Fadhilat istighfar itu antaranya adalah:
1) Memperoleh keampunan dari Allah Subhanahu wa
Ta‘ala atas segala dosa yang dilakukan samada sengaja atau tidak.
2) Menyenangkan hati dari kegelisahan dan gundah
gulana kerana dosa yang dilakukan.
3) Mendekatkan diri kepada Allah Subhanhu wa
Ta‘ala kerana istighfar bukan hanya terbatas kepada permohonan ampun saja tapi
juga sebagai bukti ketaatan kepada Allah Subhanahu Ta‘ala dan untuk mencapai
keredhaanNya.
4) Memperolehi perlindungan dari Allah Subhanahu
wa Ta‘ala daripada tipu daya serta hasutan syaitan kerana menghiasi lidah dengan
istighfar merupakan salah satu perkara yang dibenci oleh syaitan.
5) Memelihara diri dari melakukan dosa atau
kesalahan yang belum dilakukan kerana dengan istighfar dapat membersihkan hati
dari lalai dan lupa akan tanggungjawab terhadap apa yang diperintahkan oleh
Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan apa yang dilarangNya.
6) Memperoleh keutamaan dan anugerah dari Allah
Subhanahu wa Ta‘ala berupa nikmat bagi sesiapa yang mengamalkannya seperti
diberi kelapangan, kesenangan, kesihatan serta rezeki yang melimpah.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali.
Sabdanya yang bermaksud:
Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali.
Sabdanya yang bermaksud:
"Sesiapa yang membaca:
Maksudya:
Aku minta ampun daripada Allah SWT yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.
nescaya Allah swt ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah swt pada waktu itu hendaklah kamu lakukan.
Sabdanya yang bermaksud:
Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.
Sabdanya yang bermaksud:
Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah swt ) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah swt setiap hari 100 kali.
No comments:
Post a Comment