Sunday, January 27, 2013

wirid selepas solat fardhu ....




 

Wirid Selepas Solat fardhu - Majlis Ta'lim Darul Murtadza 23.03.2012




Kitab Bidayatul Hidayah m/s 55

Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid
Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa, KL


Setelah selesai solat, ucapkan selawat kepada Nabi Muhammad SAW dan baca bacaan berikut:

1.
Maknanya: 
Ya ALLAH, Engkaulah tuhan kesejahteraan. Daripada-Mu datang kesejahteraan, dan kepada-Mu kembali kesejahteraan.
 
Oleh sebab itu hidupkanlah kami dengan kesejahteraan, dan masukkanlah kami ke dalam syurga darus-salam (kampung kesejahteraan). Maha berkat Engkau ya tuhan kami yang mempunyai keagungan dan kemuliaan.



2. Ayatul Kursi:
Maknanya: 
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi.
 
Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi[161] Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

3. Zikir yang diajar oleh Nabi SAW kepada Muadz bin Jabal:
 
 


4. Zikir:
 33x

 33x

 33x
5. Baca:

 
Maknanya:  
Tidak ada Tuhan, melainkan ALLAH sendiri, tak ada yang menyekutui-NYA. DIA yang empunya kerajaan dan DIA yang empunya pujian, dan DIA berkuasa di atas segala sesuatu.

6. Doa sebelum memberi salam selepas tashahud ...

 

 
 

KHAS untuk solat Subuh dan  Maghrib:
  • Selepas memberi salam dan masih dalam keadaan duduk tawarruk (duduk tahiyyat akhir), baca (bacaan 5 seperti di atas) sebanyak 10 kali.


Doa selepas membaca tasyahud akhir sebelum Salam
        
     



Maksudnya:


"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian dan berlindung denganMu daripada Al-Masih Dajjal".

 
 

 

No comments:

DOA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ..