Saturday, February 2, 2013

AIRMATA TAUBAT ...

 
Air Yang Paling Sedap Didunia
(Air Mata Taubat)
"Semenjak Nabi Adam terkeluar dari Syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun.
Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah SWT. Beliau sujud di atas gunung selama 100 tahun.
 
Kemudian beliau menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip.
 
Dan air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pokok kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung-burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."
Nabi Adam terdengar kata-kata burung itu. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dari air mata taubatmu."

Begitulah rasa berdosa dan bersalah kepada Allah telah menyebabkan Nabi Adam menangis selama beratus tahun lamanya. Sehingga kemudiannya Allah telah menerima taubatnya dan menjadikan air yang lazat, pohon cengkih dan kayu manis daripada air mata taubatnya itu."
 
Disebut dalam kitab Bidayatul Hidayah. Pada hari kiamat, didatangkan api yang bergemuruh. Hinggakan menggetarkan hati setiap ummah. Ketika mereka mendekatinya, gemuruh tersebut semakin kuat.
 
Hingga terdengar dari jarak perjalanan 500 tahun.
Setiap orang sampai para nabi berkata; “Nafsi-nafsi”(sendiri-sendiri).
Kecuali Rasulullah saw yang sering kau lupakan.
Baginda berkata, “Umatku-umatku.”
 
Kemudian, keluarlah api bagaikan gunung. Umat Muhammad saw berusaha untuk menolaknya sambil berkata;
 
“Demi orang-orang yang bersolat, demi orang-orang yang siddiq, demi orang-orang yang khusyu’.
Dan demi orang-orang yang berpuasa.
 
Kembalilah engkau wahai api!”
 
Malangnya, api itu tidak juga kembali. Maka, berkatalah Jibril as:
 
Sesungguhnya api hendak membakar umat Muhammad.”
 
Lalu datanglah ia sambil membawa segelas air sambil berkata lagi:
 
“ Ambillah air ini. Dan percikkan ke api itu!” Rasulullah saw melakukan perkara itu.
 
Dan seketika itu, api itu pun padam.
 
Lalu, Nabi Muhammad saw bertanya:
 
“Air apakah ini?”
 
Jibril menjawab:
 
“Itulah air mata umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah dan sekarang aku diperintahkan untuk memberikan air itu kepadamu supaya engkau memercikkannya kepada api sehingga padam dengan izin Allah”
 
Rasulullah saw seringkali berdoa:
 
“Ya Allah, berilah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau
sebelum air mata ini habis.”
 
Barangsiapa yang ingin selamat daripada azab Allah serta mendapatkan pahala serta
rahmatNya, hendaklah dia sabar atas kesulitan dunia, taat kepada Allah serta menjauhi maksiat.
 
Dalam kitab Zahrir Riyadh, dirawikan dari Rasulullah saw,
sesungguhnya baginda bersabda:
 
“Ketika masuk ahli syurga, mereka disambut
oleh para malaikat dengan
segala kebaikan dan kenikmatan.
 
Dipersilakan untuk mereka singgahsana berpermaidani indah.
 
Disajikan untuk mereka segala rupa makanan
dan minuman yang lazat.
 
Oleh itu, mereka menjadi kehairanan.”
 
 
 
Lantas Allah berfirman.
 
“Wahai hamba-hambaKu mengapakah
engkau hairan?
Ini bukan tempat untuk merasa hairan.”
 
Dan mereka menjawab:
“Janji untuk kami telah tiba waktunya.”
Kemudian, Allah swt  telah berfirman kepada malaikat:
Bukakanlah hijab dari muka mereka.
Malaikat menjawab:
Ya Tuhanku, bagaimana mereka dapat melihat Engkau sedangkan mereka itu derhaka?
Lalu Allah menjawab;
“Sesungguhnya mereka telah berzikir, bersujud dan menangis di dunia kerana ingin bertemu denganKu.”
Lalu malaikat pun membukakan tabir sehingga mereka dapat melihat.
 
Maka, segera mereka bersujud kepada
Allah swt.
Tetapi Allah berfirman:
 
“Angkatlah kepalamu. Hari ini bukanlah hari untuk kamu semuanya rukuk
dan sujud kepadaKu.
 
Tetapi hari ini adalah hari pembalasan nikmat kepada kamu semua.
Sesungguhnya wahai hamba-hambaKu,
syurga bukanlah tempat untuk beribadat tetapi adalah tempat mulia untuk kamu merasakan nikmat dan kesenangan yang berkekalan.” 
 
Kemudian, mereka nampak Allah swt tanpa kaifiyah.
 
Allah swt berfirman lagi:
 
“Salam sejahtera bagi engkau hamba-hambaKu. Aku redha kepadamu.
 
Apakah engkau redha kepadaKu?”
 
Mereka menjawab:
 
“Bagaimana kami tidak rela wahai Tuhan kami.
 Engkau telah memberi kami sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga, bahkan belum pernah terlintas dalam hati manusia.”
 
Inilah yang dimaksudkan oleh Allah swt dalam surah Al Baiyinah ayat 8:
 
Ertinya; “Allah rela kepada mereka dan mereka pun rela kepadaNya.”
 
Dan firman Allah swt dalam Yasin ayat 58 yang membawa makna: “…
 
(Dan ucapan) perkataan selamat daripada Tuhan yang pengasih.”
 
Dan Rasulullah saw telah bersabda:
 
“Api neraka tidak akan menjilat orang yang pernah menangis kerana takut kerana Allah swt.

Sehingga air susu kembali ke tempat asalnya.”
 
 

No comments:

iman dan takwa ..

PENGERTIAN IMAN Dalam hadist di riwayatkan Ibnu Majah Atthabrani, iman didefinisikan dengan keyakinan dalam hati, diikr...