Thursday, February 14, 2013

DEMI MASA ..

 
 
 

Jalan Yang Lurus

Abu Hurairah mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah SAW bersabda :-
 
"Allah telah berfirman, 'Aku telah membahagi (kandungan makna) surah Al-Fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian, dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'
 
Apabila dia membaca , 'Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
'Allah akan membalasnya dengan berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
 
Apabila dia membaca, 'Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.'
 
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
 
 
Apabila dia membaca, 'Yang menguasai Hari Pembalasan.'
 
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.' lalu Allah berfirman sekali lagi, 'Hamba-Ku telah pasrahkan segala urusannya kepada-Ku.'
 
 
Apabila dia membaca, 'Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.'
Allah berfirman, 'Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'
 
Apabila dia membaca 'Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang Engkau beri nikmat (iman) ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.'
Allah berfirman, 'Ini adalah untuk hamba-Ku, dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta.'
(HR. Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'ie dan Ibnu Majah)
 
 
Assalamu’alaikum wa rahmatullah
 
 
Selalu kita membaca surah Al-‘Asr. Paling kurang, apabila di hujung majlis, kita ada membaca surah tersebut walaupun ada yang tidak faham mengapa mereka membacanya.
 
Dalam kesempatan kali ini, mari kita memerhati apakah maksud al-’asr yang dinyatakan dalam surah tersebut.
 
Asas makna al-’asr ini ialah “memerah sesuatu sehingga menitis.”
 
Inilah yang dinyatakan oleh Ibn Faris dalam Mu’jam Maqayis al-Lughah.
 
 
Atas dasar itulah, ALLAH SWT menggunakan perkataan mu’siraat sepertimana tertulis dalam surah an-Naba’
ayat 14 yang bermaksud:
 
 
[Dan Kami menurunkan dari awan (mu’siraat) , air hujan yang mencurah-curah.]
 
 
Awan ialah mu’siraat yang dikaitkan dengan perkataan al-’asr di mana awan akan ‘diperah‘ bagi menghasilkan hujan yang turun dan dapat kita nikmati dalam kehidupan seharian.
 
Atas roh inilah juga kita memahami al-asr atau masa umur yang Allah kurniakan pada kita. Apa yang perlu kita buat?
 
Kita perlu ‘memerah‘nya sekuat tenaga agar terhasil iman dan amal.
 
Orang yang tidak memerah umurnya akan sentiasa berada dalam kerugian.

Selain itu, ALLAH SWT menyatakan setelah beriman dan beramal soleh, ia tidak berhenti di situ sahaja.
 
Perlu ada nasihat atas dasar kebenaran dan kesabaran kerana dengan kaedah ini sahajalah, kita akan mampu untuk terus beriman dan beramal.
 
Memang ‘amal perlu diusahakan. Ia tidak sepertimana cita-cita kosong (amal – dieja dengan alif mim laam). ‘Amal (dieja ‘ain mim laam) perlu diberi satu tujahan untuk menjadi realiti.
 
Jangan lagi kita menanti dan menunggu, tetapi tujahkan diri kita agar mampu ber’amal dengan sebenarnya.
 
 
Berkenaan tafsir surah ini pula, ianya diturunkan di Mekah dan mengandungi 3 ayat serta merupakan surah terpendek dan paling ringkas dalam Al Quran.
 
 
Terdapat kisah semasa penurunan surah ini, iaitu kisah antara ‘Amr bin Al ‘As dan Musailamah Al Kazzab.
 
Musailamah Al Kazzab bertanya pada ‘Amr:
Apa yang telah disampaikan kepada kawan kau (Muhammad) pada masa ini?
‘Amr menjawab:
Surah yang pendek dan padat.
“Apa dia?” tanya Musailamah.

‘Amr membaca:

Setelah mendengar ayat yang dibacakan itu, Musailamah berfikir sejenak, lalu berkata.
 
Hampir serupa dengan apa yang diturunkan kepada aku.

“Apa dia?” tanya ‘Amr.

Hai Wabr (kecil, mamalia berbulu mammal), Hai Wabr! Kamu hanyalah dua telinga dan satu dada dan selebihnya kamu menggali…

Apa pendapatmu ‘Amr? Musailamah bertanya.

Demi Allah! Sesungguhnya, engkau pun tahu bahawa kau ini hanya menipu dusta.
Menurut Abu Bakr Al-Khara’iti dalam bukunya Masawi’ ul-Akhlaq, Wabr itu adalah menyerupai kucing, dan benda paling besar pada Wabr adalah kedua telinganya, torsonya. Musailamah cuba meyakinkan orang lain, namun seorang penyembah berhala pun tidak mempercayai segala kata-katanya.
 
Semua itu adalah antara sebab dia digelar Al Kazzab iaitu seorang pendusta dan penipu.
 
 
Imam At Tabrani merakamkan bahawa –
 
 apabila dua orang sahabat Rasulullah bertemu, mereka tidak akan berpisah melainkan salah seorang membaca surah ini, surah Al ‘Asr dan yang seorang lagi menyampaikan salam.
 
 
 
 
 


No comments:

DOA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ..