Wednesday, February 6, 2013

HADITH NABI SAW TTG IMAN ...




BAB KEIMANAN

 عَنْ عُمَرَ بْنِ الْجَطَابِ قَلَبَيْنَمَا نَحْنُ عِنْدَ
رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيْدُ بَيَاضِ الشِّيَابِ
 شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعَرِ لا يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ
 وَلا يَعْرِفُهُ مِنَا
أَحَدٌ حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَأَسْنَدَ رَكْبَتَيْهِ إِلَى رُكَبَتَيْهِ
وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ
وَقَالَ يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِى عَنِ الاسْلامُ
 فَقَالَ رَسُولُ الله صَلَّى عَلَيْهِ وَسَلَّم
 أَلاسْلَمُ أَنْ تَشْهَدُ أَنْ لا اله الا اللهُ
 وَاَنْ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ
وَتُقِيمَ الصَّلاةَ وَتُؤتِيَ الزَّكَاة
وَتصُومُ رَمَضَانَ وَتَحُجَّ الْبَيْت
إِنِ اسْتَطَعْتَ اِلَيْهِ سَبِيْلا

Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya :

Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari,
 tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki
yang berpakaian serba putih,  berambut terlalu hitam,
 tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya,
lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW,
dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW
serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW,
 lalu berkata : Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
Maka berkata Rasulullah s.a.w. :
Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat -

bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah,
dan mendirikan solat, mengeluarkan zakat,
berpuasa pada bulan Ramadhan
 dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.
Sipemuda : Benar katamu.


قَالَ صَدَقْتَ قَالَ فَعَجِبْنَالَهُ
 وَيُصَدِّقُهُ قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنِ الايِمَانِ
قَالَ أَنْ تُؤْمِنَ بِا الله وَمَلائكَتِهِ
وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الاخِرِ تُؤْمِنَ
بِالقَدَرِخَيْرهِ وَشَرِّهِ قَالَ صَدَقْدَ
فَأَخْبِرْنِى عَنِ الاحْسَانِ
قَالَ اَنْ تَعْبُدَ الله كَانَكَ تَرَاهُ
فَانْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَأنَّهُ يَرَاكَ
قَالَ فَأَخْبِرْنِى عَنِ السَّاعَةِ
قَالَ مَا المُسؤُلُ عَنْهَا بِأعْلَمَ مِنَ السَّائلِ
قَالَ فَأخْبِرْنِى عَنِ أَمَارَتِهَا
قَالَ أَنْ تَلِدَ الامَةُ رَبَّتَهَا
وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاء الشَّاءِ
يَتَطَاوَلوُنَ فِى الْبُنْيَا قَالَ
ثُمَّ انْطَلَقَ فَلَبِثْتُ مَلِيَّا ثُمَّ قَالَ لِى يَاعُمَرُا
تَدْرِى مَنِ السَّائلُ قُلْتُ الله وَرَسُولُهُ اعلم
قَالَ فَاِنَّهُ جِبْرِيْلُ أَتَاكُمْ يَعْلَمُكُمْ دِيْنَكُمْ


( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu,
dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )
Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ?
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya,
 Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat
dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya.
Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ;
Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian,
pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.


( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut )


Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?


Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.


Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.

 
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab amal baik dalam Islam

عَنْ عَبْدِ الله بْنِ عَمْرٍ وأَنَّ رَجُلا سَأَلَ رَسُولَ الله عَلَيْهِ وَسَّلَّم
أَيُّ الاسْلامِ خَيْرٌ قَلَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ
وَتَقْرَأُ السَّلامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ


Dari Abdullah bin Amr, katanya : Bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.
katanya: 


"Perbuatan apakah yang sebaik-baiknya dalam Islam?"

Jawab Rasulullah s.a.w. :


  "Mendermakan makanan,
dan memberi salam kepada orang yang telah dikenal dan belum engkau kenal."

Hadis sahih riwayat Muslim.


Bab syarat masuk syurga 

عَنْ جَابِرٍ قَلَ أَتَى النَّبِىَّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَّلَمَ
النُّعْمَانُ بْنُ قَوْقَلٍ فَقاَلَ يَارُسوْلَ اللَّه
أَرَأَيْتَ إِذَاصَلَّيْتُ النَكْتُوبَةَ وَحَرَّمْتُ الْحَرَام
وَأَحْلَلْتُ الْحَلالَ أَأَدْخُلُ الْجَنَّةَ
فَقَالَ النَّبِى صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وسَّلَّمَ نَعَنْ


Dari Jabir, katanya: Rasulullah s.a.w. didatangi oleh Nu'man bin Qauqal katanya:

"Harap penjelasan tuan, apabila saya mengerjakan sembahyang wajib dan menghalalkan yang halal serta mengharamkan yang haram,
apakah mungkin saya akan masuk syurga? 



Jawab Rasulullah s.a.w. : Ya
Hadis Sahih Riwayat Muslim


Bab malu adalah sebahagian daripada iman

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِى صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَّلَمَ
قَلَ الا يْمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ شُعْبَةُ وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الايِمَانِ


Dari Abu Hurairah r.a. , katanya : 

Bersabda Rasulullah s.a.w. :

Keimanan itu mempunyai cabang lebih dari tujuh puluh dan sifat malu itu satu cabang dari keimanan


Hadis sahih riwayat Muslim


Iman paling rendah

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَلَ قَلَ رَسُولُ الله صَلَّى عَلَيْهِ وَسَلَّم


اَلايْمَانَ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ أَوبِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً فَأَفْضَلُهَا

قَوْلُ لا اِلَهَ الا الله وَأَدْ نَاهَا اِنَاطَةُ الا ذَى عَنِ الطَّرِيْقِ
وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الايْمَانِ


Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w. :


"Keimanan itu mempunyai cabang-cabang lebih dari enam puluh atau tujuh puluh
yang terutama dengan ucapan Lailaha illallah, dan serendah-rendahnya
menyingkirkan gangguan dari jalan, sifat malu itu satu cabang dari keimanan.

Hadis sahih riwayat Muslim


Cinta kepada Rasulullah s.a.w.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ قَالَ قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى عَلَيْهِ وَسَلَّم
لا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ اِلَيْهِ مِنْ
 وَلَدِهِ وَوَالِدهِ وَالنَّاسِ اَجْمَعِيْنَ


Dari Anas bin Malik r.a. katanya : Bersabda Rasulullah s.a.w.:


"Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga cintanya kepadaku melebihi cintanya kepada anaknya, bapanya dan sekelian manusia."

Hadis sahih riwayat Muslim



Memuliakan jiran dan tamu

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولُ الله صَلَّى عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِالله وَالْيَوْمِ الاخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْلِيَصْمُتْ
وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِالله وَالْيَومِ الاخِرِ فلْيُكْرِمْ جاره
وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِالله وَالْيَومِ الاخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ


Dari Abu Hurairah r.a. , katanya: Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam ,
barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat maka hendaklah dia memuliakan jirannya,
barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat maka hendaklah ia memuliakan tetamunya."


Hadis sahih riwayat Muslim



Sifat munafiq

عَنْ عَبْدِالله بْنِ عَمْرٍوقَالَ قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى عَلَيْهِ وَسَلَّم
اَرْبَعٌ مِنْ فِيْهِ كَانَ مُنَا فِقَا خَالِصًا وَمِنْ كَانَتْ فِيْهِ خَلَّةٌ مِنْهُنَّ
كَانَتْ فِيْهِ خَلَّةٌ مِنْ نِفَاقٍ حَتَّى يَدَعَهَا
اِذَا حَدَثَ كَذَبَ وَاِذَا عَاهَدَ غَدَرَ وَاِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَاِذَا خَاصَمَ فَجَرَ


Dari Abdullah bin Amr, katanya: 

"Bersabda Rasulullah s.a.w. .:

"Barangsiapa ada padanya empat perkara, adalah dia munafiq yang nyata,
dan barangsiapa yang ada satu dari itu sebelum ia tinggalkannya:


Apabila berkata ia dusta, apabila menjamin ia khianati,
apabila berjanji ia mungkir, apabila bertengkar ia mengeji"."

 
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab tanda-tanda sifat munafiq
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ آيَةُ المُنَفِقِ ثَلاثٌ اِذَا حَدَّثَ كَذَبَ

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Tanda orang munafiq itu tiga : 

Apabila bercakap-cakap ia dusta
apabila ia berjanji ia mungkir, dan apabila dipertaruhi dititipi sesuatu ia khianat".
Hadis sahih riwayat Muslim


Kepentingan solat dan batas kekufuran
عَنْ جَابِر بْنِ عَبْدِ الله يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولُ الله صَلَّى عَلَيْهِ وَسَلَّم
يَقُولُ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّركِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاةِ


Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya: 

"Bersabda Rasulullah s.a.w.:

"Batas antara seseorang dengan kemusyrikan dan kekafiran ialah meninggalkan solat

Hadis sahih riwayat Muslim


Bab iman yang tercabut
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ
اَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ لا يَزْنِى حِيْنَ يَزْنِى وَهُوَمُؤْمِنٌ
وَلا يَشْرِقُ الشَّرِقُ حِيْنَ يَشْرِقُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ
وَلا يَشْرَبُ الْخَنْرَ حِيْنَ يَشْرِبُهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ

Dari Abu Hurairah r.a. katanya : 

"Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Tidak beriman penzina ketika ia berzina
dan tidak beriman pencuri ketika ia mencuri
dan tidak beriman peminum arak ketika ia minum arak".
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab ciri-ciri orang beriman
 عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ مَسْعُودٍ
أَنَّ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
 قَالَ مَامِنْ نَبِىٍّ بَعَثَهُ اللهُ فِى أُمَّةٍ قَبْلِى
إِلا كَانَ لَهُ مِنْ أُمَّتِهِ حَوَارِيُونَ وَأَصْحَابٌ
يَأخُذُنَ بِسُنَّتِهِ وَيَقْتَدُونَ بِأَمْرِهِ
ثُمَّ إِنَّهَا تَخْلُفُ مِنْ بَعْدِهِمْ خُلُوفٌ
 يَقُولُونَ مَا لا يَفْعَلُونَ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤمَرُونَ
 فَمَنْ جَاهَدَ هُمْ بِيَدِهِ فَهُوَ مُؤمِنٌ
وَمَنْ جَاهَدَ هُمْ بِلِسَانِهِ فَهُوَمُوْمِنٌ
وَمَنْ جَاهَدَ هُمْ بِقَلْبِهِ فَهُوَ مُوْمِنٌ
وَلَيْسَ وَرَاءَ ذَلِكَ مِنْ الإيْمَانِ حَبَّةُ خَرْدَلٍ

Dari Abdullah bin Mas'ud 
katanya :
"Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Tiap-tiap Nabi yang diutus sebelum saya mempunyai pengikut-pengikut
dan sahabat-sahabat yang terpilih dari umatnya masing-masing
mereka itu berpegang kepada contoh Nabinya dan menurut perintahnya
Kemudian setelah zaman itu silam mereka disambung oleh generasi
yang hanya pandai berkata tidak bekerja, dan bekerja tidak
menuruti pedoman-pedoman Nabinya.
Barang siapa yang berjuang dengan tangannya maka dia (daripada golongan) beriman
Barang siapa yang berjuang dengan lidahnya maka dia (daripada golongan) beriman
Barang siapa yang berjuang dengan hatinya maka dia (juga daripada golongan) beriman
dan tiada lagi iman orang-orang yang tidak menentang kemungkaran
walaupun dengan hatinnya.
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab menjaga batas iman

 عَنْ أَبِى ذَرٍّ أَنَّهُ سَمِعَ
 رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
يَقُولُ لَيْسَ مِنْ رَجُلٍ ادَّعَى لِغَيْرِ أَبِيْهِ وَهُوَ يَعْلَمُهُ اِلا كَفَرَ
وَمِنْ ادَّعَى مَالَيْسَ لَهُ فَلَيْسَ مِنَّا وَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
وَمَنْ دَعَا رَجُلا بِالْكُفْرِ أَوْ قَالَ عَدُوَّ اللهِ وَلَيْسَ كَذلِكَ اِلا حَارَ عَلَيْهِ


Dari Abu Zar katanya :
"Bahawa ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Barang siapa yang mengakui orang lain sebagai bapanya dengan sadar, kafirlah ia
barang siapa mengakui hak orang lain, bukanlah dia dari golongan kita dan pastilah kedudukannya dalam neraka
dan barang siapa yang memanggil seseorang dengan kata "kafir" atau "Musuh Allah"

sedangkan orang itu tidak demikian, nescaya kata itu akan berbalik kepadanya sendiri."

Hadis sahih riwayat Muslim




No comments:

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1438H ..

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA bulan ramahdan hampir berlalu puasa sebulan tiada jemu bazaAQ RAMADHAN kita bertamu kiriman salam bers...