Saturday, February 2, 2013

ISTERI CALON NERAKA ..

 
 
Isteri Calon Neraka     

 

-Tidak suka mengerjakan solat
-Suka bercakap bohong kepada suami
-Suka berhias untuk selain suaminya
-Tidak mensyukuri kesenangan yg diberikan oleh suami
-Tidak menghormati suami
-Suka mencari musuh
-Sombong
-Tidak takut kepada Allah sedikit pun
-Tidak mahu mengaku salah bila buat salah
-Tidak mahu minta maaf kepada suami
-Tidak boleh dinasihati oleh siapa saja
-Degil dan keras kepala
-Merasakan diri lebih baik dari orang lain
-Suka berpoya-poya
-Malas melakukan amalan baik seperti membaca quran, selawat dan istighfar
-Suka memandang rendah kepada orang lain

Telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahwa Rasulullah Shallallahu alaihi wa salam bersabda :

“Aku melihat neraka dan sama sekali belum pernah melihat pemandangan seperti hari ini. Aku melihat kebanyakkan penghuninya adalah para wanita “.

Para shahabat bertanya :
 
“ Mengapa wahai Rasulullah ?

“Beliau menjawab :
 
“ Kerana kekufuran mereka “.

Beliau ditanya,
 
“ Apakah mereka kufur terhadapAllah ? “.

Beliau bersabda
 
“ Mereka kufur terhadap suami dan mengingkari kebaikkan.
 
Jika engkau berbuat baik kepada salah seorang dari mereka sepanjang masa. Kemudian dia menemukan sesuatu yang dia benci pada dirimu, maka dia akan berkata :
 
“ Aku sama sekali tidak pernah melihat kebaikkan pada dirimu. “

Semoga kita semua dijauhkan olih Allah daripada bersifat dgn sifat yg akan membinasakan kita didalam neraka Allah…


NAUZUBILLAHIMINZALIK ....

 

by: Ustaz Azhar Idrus
 

 Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
 
 “Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.”
 
 (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
 
“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.”
 
(Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)

Sabda Rasulullah s.a.w :
 
“Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.”
 
(Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :
 

“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta.
 
Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.”
 
 (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka.
 
Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ …
 
dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita.
 
Para sahabat pun bertanya :
 
“Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?”
 
 Baginda s.a.w menjawab :
 
“Kerana kekufuran mereka.”
 
Kemudian ditanya lagi :
 
“Apakah mereka kufur kepada Allah?”
 
Baginda menjawab :
 
Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya.
 
Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ”
 
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya.
 
Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua.
 
Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!”
 
Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.”
 
(Hadis Riwayat Al- Bukhari)

 
 
 

No comments: