Tuesday, February 12, 2013

KASIH SAYANG ALLAH SWT ...

 
 
 
Sesungguhnya kasih sayang Allah SWT terhadap hamba-Nya adalah dalam keadaan adil tidak kiralah hamba-Nya itu dalam keadaan bermaksiat atau tengah beramal ibadah. Sesungguhnya kasih sayang Allah SWT terhadap hamba-Nya adalah kasih sayang yang tiada tolok bandingnya lagi.
 
 
Berikut adalah kisah dan bukti bagaimana kasih sayang Allah SWT terhadap hamba-Nya berdasarkan nasihat yang diberikan oleh Nabi Muhammad saw kepada Abu Jahal yang lantang menentang akan kebenaran Islam.
 
 
 
” Wahai Abu Jahal, ” kata Rasulullah saw memulai. ” Tahukah kamu akan kisah tentang Nabi Ibrahim as saat beliau diangkat oleh Allah swt ke alam ghaib iaitu alam Malaikat dan ianya merupakan tempat yang teletak sedikit di bawah langit.
 
Dari sana beliau diberikan oleh Allah swt kekuatan hinggakan boleh meyaksikan apa yang dilakukan oleh manusia di dunia, baik yang hidup di luar atau mereka yang tersembunyi. Tiba-tiba matanya memandang kepada satu pasangan yang sedang enak berzina.
 
 
 
Nabi Ibrahim mengangkat kedua belah tangannya memohon kutukan dan kecelakaan bagi mereka. Kemudian Nabi Ibrahim melihat lagi akan pasangan lain yang melakukan perbuatan yang sama mendorong beliau mendoakan lagi pasangan ini hinggakan mereka mendapat kecelakaan.
 
Kali ketiga, dia melihat lagi pasangan yang berzina namun apabila beliau ingin mendoakan untuk kali ketiga,
Allah SWT segera berfirman kepada Nabi Ibrahim
 
 
“Wahai Ibrahim, tahan doamu kepada mereka. Ssesungguhnya Aku adalah Allah Yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Dosa hamba-Ku tidak akan merugikan-Ku, sebagaimana ketaatan mereka tidak akan menambahkan manafaat apa-apa bagi-Ku. Aku tidak mengatur mereka dengan cara melepaskan kemarahan seperti engkau lakukan.
 
 
Tahan doamu dari hamba-hamba-Ku yang lelaki atau perempuan kerana engkau hanya seorang hamba yang bertugas memberi peringatan. Engkau tidak bersekutu dengan-Ku dalam kerajaan. Engkau tidak mempunyai kuasa terhadap-Ku dan terhadap hamba-hamba-Ku.
 
Hamba-hamba-Ku berada antara tiga sifat:
 
 
Pertama, mereka memohon keampunan dari-Ku. Aku mengampuni mereka. Aku maafkan kesalahan mereka dan Aku sembunyikan keaiban mereka.
 
 
Kedua, hamba-hamba-Ku yang Kutahan dari azab-Ku kerana Aku tahu kelak dari sulbi mereka akan lahir anak keturunan yang beriman. Aku bersifat lunak terhadap ayah mereka yang kafir dan tidak terburu- buru terhadap ibu mereka yang kafir.
 
Aku angkat mereka azab-Ku agar hamba yang mukmin itu boleh dikeluarkan dari sulbi mereka. Apabila mereka, ayah dan anak telah terpisah, maka akan datanglah saat azab-Ku dan akan turunlah bencana dari-Ku.
Ketiga, mereka yang bukan dari golongan pertama dan kedua.
 
Untuk mereka telah Aku siapkan azab yang lebih besar dari yang engkau (Ibrahim) inginkan. Kerana azab-Ku terhadap hamba-hamba-Ku berdasarkan Keagungan dan KeMahaperkasaan-Ku
 
 
Wahai Ibrahim, biarkan antara Aku dan hamba-hamba-Ku kerana Aku lebih kasih sayang  terhadap mereka .
 
Berikan antara Aku dan hamba-hamba-Ku kerana Aku adalah Allah Yang Maha Kuasa. Maha Sabar, Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Aku mengatur mereka dengan ilmu-Ku dan Aku laksanakan terhadap mereka ketentuan dan takdir-Ku “
 
 
 
 
 

No comments: