Tuesday, February 12, 2013

PINTU REZEKI ...

 
 
 
 
4 Perkara mengundang rezeki berlimpah ruah
 
1- Qiamul Lail.
 
2- Memperbanyakkan Istighfar di waktu pagi.
 
3- Bersedekah.
 
4- Berzikir di waktu pagi dan petang.
 
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 199:
 
“Dan kamu mohonlah keampunan daripada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
 
 
Tahukah kita akan keajaiban disebalik istighfar itu?
 
“Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
 
Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya”.
 
 (Riwayat Al-Imam Abi Daud)
 
 
Hadis di atas jelas nyata menunjukkan tuhan memberi rahmat kepada yang mereka yang suka beristighfar. Selain dari beristighfar dari melakukan dosa, ianya zikir untuk yang paling cukup bermakna, untuk mengingatkan kita agar tidak terjebak dari melakukan dosa. Sedangkan Nabi juga sentiasa beristighfar  seperti dalam hadis ini :
 
 
Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah SAW dan kami mendengar Rasulullah SAW mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: “Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih.”
 
 (Hadis Riwayat Abu Dawud, Turmidzi dan Ibnu Majah, disahihkan oleh Imam Turmidzi)
 
 
InsyaAllah, makbul doa kita jika sentiasa terus menerus beristighfar kepadanya.
 
Untuk merungkaikan kefahaman kelebihan istighfar, lihat sahaja kisah mengenai Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Abu ‘Abd Allah al-Shayban yang cukup terkenal dengan nama mazhabnya, iaitu mazhab Hanbali.
 
 
Suatu ketika itu, Imam Ahmad singgah di sebuah tempat yang kebanyakan mereka tidak mengenalinya (kurangnya teknologi ketika itu). keadaan sudah larut malam dan
Imam Ahmad merasa letih dan ingin tidur
didalam sebuah masjid.
 
Tapi niatnya tidak kesampaian kerana penjaga masjid tersebut melarang Imam Ahmad untuk tidur di masjid.
 
Imam Ahmad kemudian bertanya kepada penjaga tersebut sama ada dia dibenarkan untuk tidur di luar masjid, penjaga itu melarangnya. Imam Ahmad bertanya lagi jika dia tidak tidur, tetapi hanya berdiri di perkarangan masjid, penjaga itu melarangnya lagi. Penjaga itu kemudian menolak Imam Ahmad dari masjid tersebut.
 
 
Seorang pembuat roti ternampak kelakuan antara Imam Ahmad dan penjaga masjid tersebut. Setelah jelas akan situasi Imam Ahmad, maka si pembuat roti mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam sahaja dirumahnya. Imam Ahmad menerima pelawaan tersebut.
 
 
Ketika Imam Ahmad hendak tidur, dia terdengar zikir istighfar dari si pembuat roti yang sedang sibuk membuat rotinya. Imam Ahmad mendengarkan zikir itu sehingga boleh dikatakan si pembuat roti itu berzikir istighfar sepanjang malam.
 
 
Paginya Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti mengapa dia beristighfar. maka si pembuat roti menjawab,
 
“Setakat ini segala doa saya dikabulkan Allah melainkan satu perkara sahaja belum lagi”.
 
 
Imam Ahmad bertanya
 
“Apakah doa kamu yang belum di perkenankan oleh Allah itu?.
 
Jawab lelaki itu ”
 
Saya berdoa agar dipertemukan dengan Imam Ahmad bin Hanbal”
 
Maka kata Imam Ahmad :
 
” Saya lah orangnya, Akulah Imam Ahmad Bin Hanbal, demi Allah, sesungguhnya aku telah diseret untuk menuju kepadamu.”
 
 
Lihat sahaja betapa agungnya kuasa ALLAH  SWT memakbulkan doa si pembuat roti itu untuk menemukan dia dengan Imam Ahmad.
 
 Berkat Istighfar yang sentiasa dilakukan dengan hati yang ikhlas, tuhan telah memakbulkan doa si pembuat roti tersebut.
 
Nyata kelebihan Istighfar begitu besar buat kita, dan ikhlaskan hati kita untuk beristighfar kepadaNya, insyaAllah, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
 
 
TERIMAKASIH
 
JAZAK ALLAH KHAYR
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

lagu ``` NILAI CINTA KU - Ahmad Daud dan Saloma

Noor Fadzila Wan Teh · 0:08 nilai cinta LAGU ahmad daud / saloma Antara bulan bintang beribu Manakan sama bulan yang satu Antara ribu bint...