Friday, February 1, 2013

RAHSIA SOLAT ....



Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya.Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur.

Baginda ambil ranting sebatang pohon yg daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya,seraya Baginda s.a.w bersabda,”Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH,dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini”.


Solat ini ada banyak kebaikan dan rahsianya. 
Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.


  • Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
  • Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
  • Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
  • Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
  • Ruqu’ : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
  • I’tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
  • Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
  • Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
  • Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
  • Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
  • Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
  • Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
  • Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Posted by
TERIMAKASIH .. 
 

No comments:

PERIA KATAK ..

Ramai yang tahu Peria katak ni bagus.. So, apa sebenarnya yg ada dalam Peria Katak & apa fungsinya pada kesihatan kita? ~ Sangat rendah ...