Wednesday, February 6, 2013

SEDEKAH ....

 
 
 
Rahsia di sebalik sedekah
 
Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda
“Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” (Bukhari)
 
 
Sedekah miskin dan kaya
 
Dari Abu Dzar r.a katanya:
 
”Beberapa orang sahabat Nabi SAW pernah berkata kepada beliau,:”
 
Kaum hartawan memperolehi pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti kami solat, puasa seperti kami puasa dan bersedekah dengan sisa harta mereka.” Jawab Rasulullah SAW:”
 
Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah?
 
Setiap kalimah tasbih adalah sedekah;
setiap kalimah takbir adalah sedekah;
setiap kalimah tahmid adalah sedekah;
setiap kalimah tahlil adalah sedekah;
amar makruf dan nahi mungkar (menagajak kepada kebaikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah;
bahkan pada kemaluanmu pun terdapat pula unsur sedekah.”
Mereka bertanya:
”Kalau begitu, adakah kami mendapat pahala jika kami memuaskan nafsu syahwat kami?” Jawab Rasulullah SAW “
Jika kamu melakukannya dengan yang haram, tentunya kamu berdosa.
Sebaliknya jika kamu melakukannya dengan yang halal, kamu mendapat pahala.”
(al-Bukhari)

Kembangkan sedekah
 
Dari Salim bin Abdillah bin Umar dari ayahnya r.a bahawasanya Rasulullah SAW telah memberi sesuatu kepada Umar bin al-Khattab. Maka Umar berkata :
 
“Berikanlah kepada orang yang lebih fakir daripada aku.” Nabi bersabda: “Ambillah lalu kembangkan atau engkau sedekahkan. Sesuatu yang datang kepada mu dari harta ini sedangkan engkau tidak mengharap dan tidak memintanya maka ambillah dan sesuatu yang tidak datang kepada mu maka janganlah engkau ikutkan diri mu pada sesuatu itu.” (Muslim)
 
 
Sedekah daripada usaha yang baik
 
 
Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa bersedekah seberat biji kurma dari usaha yang baik, dan tidak naik (sampai) kepada Allah melainkan yang baik, maka sesungguhnya Allah menyambutnya dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Allah memelihara sedekah itu untuk pemiliknya, sebagaimana seorang kamu memelihara anak-anak kudanya sehingga menjadilah sedekah itu setinggi gunung.” (al-Bukhari dan Muslim)
 
 
Antara 2 tangan
 
Hakim Ibnu Hizam berkata, Nabi SAW bersabda maksudnya: “Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Dan berilah lebih dahulu kepada orang yang engkau tanggungi. Dan sebaik-baik sedekah ialah sedekah yang sesudah kita berikan masih ada sisa yang cukup bagi kita. Sesiapa yang memelihara diri daripada yang haram dan meminta-minta, nescaya Allah menjadikannya orang yang terpelihara. Dan sesiapa yang memohon kepada Allah supaya diberi kecukupan, nescaya Allah memberikan kecukupan untuknya.” (al-Bukhari dan Muslim)

Pahala sedekah dapat dibahagikan
kepada 4 jenis
 
Sedekah yang mendapat pahala sepuluh
Sedekah yang mendapat pahala tujuh puluh
Sedekah yang mendapat pahala tujuh ratus
Sedekah yang mendapat pahala tujuh ribu
Sedekah yang mendapat sepuluh pahala ialah pemberian makan kepada fakir miskin
Sedekah yang mendapat pahala tujuh puluh ialah sedekah yang diberikan kepada keluarga terdekat
Sedekah yang mendapat pahala tujuh ratus ialah sedekah yang diberikan kepada kawan-kawan dan sahabat-sahabat
Sedekah yang mendapat pahala yang mendapat pahala tujuh ribu ialah sedekah yang diberikan kepada orang yang mencari ilmu.
 
Firman ALLAH SWT dalam surah
Al-Baqarah ayat 271:
 
"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terangan)maka yang demikian adalah baik (keranan menjadi contoh yang baik) dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu, dan Allah akan menghapuskan bagi kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah) Allah maha mengetahui secara mendalam apa yang  kamu lakukan." 
 
 

No comments:

SALAM AIDIL FITRI 1438H ..