Saturday, February 9, 2013

Wirid, zikir dan sembahyang sunat ..


 

Wirid, zikir dan sembahyang sunat

Semua bacaan wirid yang kita baca selepas solat (terutamanya lepas solat jemaah) adalah dari nabi. Cuma Nabi SAW tak buat secara ramai-ramai dan dibuat secara beramai-ramai hanya untuk mengajar makmum.



Selepas salam, istigfarlah (Astagfirullah hal azim) , bacalah 

“Allahuma antas salam wa minka salam, taba rak ta, ya zal jala liwal ikram”, la ila ha illallah wahdahu…. 
 wirid ini juga dari nabi saw.


Kalau wirid dengan membaca ayat kursi, lebih baik jika terus dibaca “Allahu la ila”. Tidak perlu baca ‘Waila hukum” kerana ayat kursi itu ayat terbesar, sangat besar fadilatnya dan lebih baik dibaca bersendirian.


Bacalah surah Al-Falaq dan An-Nas selepas solat untuk menolak sihir.
Bilangan zikir untuk tasbih, tahmid, takbir 33 atau 10 kali bergantung kepada solat. 

Lepas maghrib, seelok-eloknya dipendekkan / cepatkan zikir kerana solat sunat lepas maghrib diangkat bersama fardhu maghrib.


 Kalau ada solat sunat, pendekkan zikir dan buat solat sunat. Boleh sambung zikir lagi selepas solat sunat jika mahu.


Lepas subuh dan asar, berzikirlah panjang sedikit (contohnya tasbih, tahmid, takbir 33 kali) kerana tidak ada solat sunat selepas itu. 
 Kecuali ada majlis ilmu, ceramah agama.


Zikir itu lebih besar dari jihad dan sedekah. Tetapi zikir kalah pada majlis ilmu, kelas agama dan khutbah. Ramai juga orang yang duduk atas tilam empuk masuk syurga kerana berzikir.


Lepas Isya’ juga ada solat sunat. Seeloknya 4 rakaat kerana 4 rakaat sunat lepas Isya’ pahalanya seperti Lailatulqadar
 
Nabi saw juga tidak pernah meninggalkan sembahyang witir dan tidak mengaku umat orang yang tidak solat witir (dalam satu hadis).



 terimakasih dipetik dari link :

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2006/12/21/wirid-zikir-dan-solat-sunat/

JAZAK ALLAH KHAYR ..



No comments: