Tuesday, March 5, 2013

CINCIN AHLI SYURGA DAN NERAKA ...

 

Apabila ALLAH SWT ingin memasukkan manusia ke dalam syurga, Allah swt memerintahkan malaikat membawa HADIAH..
iaitu kain daripada syurga dan apabila penghuni syurga hendak melangkah masuk ke dalam syurga...

Malaikat berkata :

"Sesungguhnya..aku membawa hadiah daripada Allah, aku membawa KAIN yang wangi dan 10 CINCIN dari Allah.."

Apabila penghuni syurga mendapat kain yang wangi itu, mereka memakai kain itu..mereka memerhatikan 10 bentuk cincin yang diberikan Allah itu..

Setiap cincin ada TULISANNYA :

~ cincin 1 ditulis : BERBAHAGIALAH kamu, masuklah kamu ke dalam syurga
sedangkan kamu KEKAL di dalamnya..

~ cincin 2 ditulis : Kami HILANGKAN KESEDIHAN dan kebingungan kamu..

~ cincin 3 ditulis : Inilah SYURGA yang diwariskan pada kamu atas amalan ketika hidup dahulu..

~ cincin 4 ditulis : Kami kahwinkan kamu dengan BIDADARI yang cantik jelita..

~ cincin 5 ditulis : Syurga ini penuh dengan PELBAGAI KENIMATAN yang akan kamu dapat tanpa bersusah payah..

~ cincin 6 ditulis : Di dalam syurga kamu akan mendapat SEMUA PAHALA dan kenikmatan berkat amal kebajikan..

~ cincin 7 ditulis : Kamu TIDAK AKAN TUA selama-lamanya..

~ cincin 8 ditulis : Kamu akan menjadi orang yang AMAN dan TIDAK AKAN TAKUT selama-lamanya..

~ cincin 9 ditulis : Kamu akan bersama dengan NABI, PARA SAHABAT, para tabi'in, para syuhada', siddiqin, solihin..

~ cincin 10 ditulis: Kamu akan berada di sisi TUHAN yang memiliki ARASY yang Maha Mulia..
 
Bila Allah hendak memasukkan ahli neraka ke dalam neraka maka Allah swt mengutus malaikat kepada mereka dengan membawa sepuluh cincin yang ditulis dengan ungkapan:
 
Namun, apabila kamu menjadi penghuni neraka...

malaikat akan turun dengan membawa kain yang busuk dan membawa 10 bentuk cincin ..

10 bentuk cincin ini ditulis..

cincin 1: masuklah kamu ke dalam neraka , kamu tidak akan mati selama-lamanya dan kamu tidak akan keluar dairpada neraka ini..

cincin 2: tenggelamlah kamu di dalam seksa yang tidak henti-henti.

cincin 3: putuslah harapan kamu untuk mendapat rahmat dari ALLAH

cincin 4: masuklah kamu dalam neraka dengan penuh kebingungan dan kesedihan

cincin 5: pakaian kamu adalah api, makanan kamu adalah zaqqum yang pedih, minuman kamu adalah air yang sangat panas mendidih, tilam dan tempat berteduh kamu adalah api..

cincin 6: ini adalah merupakan balasan dan perbuatan maksiat yang kamu lakukan

cincin 7: kemurkaan ALLAH atas kamu untuk selama-lamanya..

cincin 8: kamu akan dilaknat atas dosa besar yang kamu lakukan dengan sengaja tetapi kamu tidak bertaubat dan menyesal
cincin 9: teman kamu adalah Syaitan selamanya
cincin 10: kamu telah mengikuti syaitan dan mengharapkan dunia..maka inilah balasan kamu..

No comments:

SURAH AL BAQARAH AYAT 1-5 AYAT 255 DAN AYAT 284-286 ..

Di bacaa waktu SUBUH dan Maghrib.. Penghalang ahli sihir dan penyelamat hari kiamat.. Dinukil dari hadit...