Hadith
berkaitan Akhlak
Dari Ady bin Hatim r.a. yang berkata,
bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda,
"Tidak seorang pun di antara kamu sekelian, kecuali
Tuhannya akan berbicara kepadanya besok di hari Kiamat. Antara ia
dan Tuhannya tidak ada penterjemah. Ia memandang suatu kebaikan, maka ia tidak
melihat kecuali apa yang telah dipersembahkannya, dan ia memandang sesuatu yang
buruk darinya, maka ia tidak melihat kecuali apa yang telah dilakukannya serta
memandang apa yang ada di depannya, maka ia tidak melihat kecuali Neraka yang
persis ada di depan wajahnya. Maka takutlah kalian kepada Neraka meski dengan
hanya (bersedekah) separuh kurma, dan kalimat yang
baik."
(Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)
Rasulullah s.a.w
bersabda,
"Sesungguhnya aku diutuskan
semata-mata untuk menyempurnakan akhlak yang mulia"
(Hadis
riwayat Ibn Jarud)
Rasulullah s.a.w
bersabda,
"Sesungguhnya aku diutus hanya untuk
menyempurnakan akhlak"
-Hadith Riwayat
al-Baihaqi-
Dari Jabir r.a meriwayatkan bahawa
baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Diantara kamu orang yang
paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari Kiamat ialah
orang yang baik akhlaknya".
(HR Tirmizi)
Ibn Abbas r.a berkata :
"Baginda Rasulullah s.a.w merupakan orang yang paling
pemurah melakukan pelbagai kebaikan. Kemurahan baginda akan bertambah
menjelangnya bulan Ramadhan ketika baginda dikunjungi oleh malaikat Jibrail.
Jibrail akan datang menemani baginda pada setiap malam, pada bulan Ramadhan
sehingga akhir Ramadhan. Pada setiap malam pada bulan Ramadhan baginda
Rasulullah membaca Al-Quran dan memperdengarkan bacaan baginda kepada Jibrail.
Pada ketika itulah Rasulullah dilihat sebagai seorang yang paling pemurah dengan
melakukan pelbagai kerja kebajikan."
(Riwayat
Bukhari)
"Orang
mukmin makan dalam satu perut, walhal orang kafir makan dalam tujuh perut
"
(Riwayat Al-Bukhari dan
Muslim)
Daripada Jarir r.a daripada ayahnya, Rasulullah s.a.w
bersabda, "Sesiapa yang memberi contoh teladan, maka dia akan
mendapat pahala dan pahala orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari
kiamat".
-Hadis riwayat Ibn
Jarud-
Dari Abdullah Ibn Mas'ud r.a
meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Mahukah daku khabarkan kepadamu
siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan
menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah
lembut, berlebih kurang dan baik hati".
(HR
Tirmizi)
Sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Kebaikan itu ialah akhlak yang baik".
"Kebaikan itu ialah akhlak yang baik".
-Muttafaqa
Alaih-
Sabda Rasulullah s.a.w yang
bermaksud:
"Sesungguhnya yang terbaik di kalangan kamu ialah yang terbaik akhlaknya".
-Muttafaqa Alaih-Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Seseorang mukmin yang berakhlak mulia akan memperolehi darjat orang yang berpuasa dan menghidupkan malam dengan qiamullai".
-Riwayat Abu Daud-Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Akhlak yang baik melupuskan dosa sebagaimana air mencairkan benda keras sedangkan akhlak yang keji itu merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu".
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya seseorang itu akan mendapat martabat orang yang berpuasa dan mendirikan malam dengan membaca al-Quran kerana akhlaknya yang mulia dan tingkah laku yang baik".
-Riwayat Ahmad-
"Sesungguhnya yang terbaik di kalangan kamu ialah yang terbaik akhlaknya".
-Muttafaqa Alaih-Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Seseorang mukmin yang berakhlak mulia akan memperolehi darjat orang yang berpuasa dan menghidupkan malam dengan qiamullai".
-Riwayat Abu Daud-Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Akhlak yang baik melupuskan dosa sebagaimana air mencairkan benda keras sedangkan akhlak yang keji itu merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu".
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya seseorang itu akan mendapat martabat orang yang berpuasa dan mendirikan malam dengan membaca al-Quran kerana akhlaknya yang mulia dan tingkah laku yang baik".
-Riwayat Ahmad-
Daripada Abu
Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw.
bersabda:
"Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka."
"Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka."
Sahabat
bertanya,
"Ya
Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?"
Nabi saw.
menjawab,
"Siapa
lagi kalau bukan mereka".
(Hadith Riwayat
Muslim)
Dari
Abdullah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Orang yang terlebih dahulu memberi salam akan terhindar
dari sifat Takabbur".
(HR Baihaqi)
Pada suatu
hari baginda Nabi Muhammad s.a.w bercerita pada sahabat-sahabatnya, baginda
bersabda:
"Apakah perlu aku khabarkan kepada kamu tentang ahli syurga, iaitu setiap orang yang lemah dan merendah diri, sekiranya ia bersumpah kerana Allah (untuk melakukan sesuatu) nescaya ia akan melakukannya. Apakah perlu aku khabarkan kepada kamu tentang ahli neraka, iaitu setiap orang yang degil sombong dan takabbur".
"Apakah perlu aku khabarkan kepada kamu tentang ahli syurga, iaitu setiap orang yang lemah dan merendah diri, sekiranya ia bersumpah kerana Allah (untuk melakukan sesuatu) nescaya ia akan melakukannya. Apakah perlu aku khabarkan kepada kamu tentang ahli neraka, iaitu setiap orang yang degil sombong dan takabbur".
(al-Bukhari 8:24:Kitab
Adab)
Sabda Nabi
Muhammad s.a.w yang bermaksud :
" Sesiapa yang tawadhu'(link) kerana Allah s.w.t , darjatnya akan diangkat oleh Allah
s.w.t setinggi-tingginya."
-Riwayat Ibnu Majah-
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud
:
"Tidak ada seorang
pun yang bertawadhu' kerana Allah kecuali Allah akan meninggikan
darjatnya."
(Hadis Riwayat
Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud:
"Aku takut berlaku syirik kecil ke atas kamu. Maka sahabat bertanya apa dia syirik kecil, ya Rasulullah"?
Baginda menjawab:"Riak."
"Aku takut berlaku syirik kecil ke atas kamu. Maka sahabat bertanya apa dia syirik kecil, ya Rasulullah"?
Baginda menjawab:"Riak."
-Riwayat al-Baihaqi -
Dari Abu
Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW telah ditanya bahawa
amalan yang manakah dengannya ramai manusia akan memasuki syurga?
Sabda Baginda SAW:
"Takwa (takutkan
Allah SWT) dan akhlak yang
mulia".
Dan Baginda SAW ditanya: "Amalan apakah yang dengannya ramai manusia akan ke
neraka"?
Sabda Baginda SAW: "Lidah dan kemaluan (yang disalah
guna)".
(HR Tirmizi)
Dari Malik
r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
"Dua serigala kelaparan yang dilepaskan pada satu
kumpulan kambing tidak mampu memudaratkannya lebih dari kemudharatan pada Agama
yang dilakukan oleh sifat tamakkan
harta dan keinginan untuk menjadi orang yang berpengaruh".
(HR Tirmizi)
Dari Jabir
r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Seorang
mukmin mencintai dan dicintai. Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang yang
tidak mencintai atau tidak berkasih sayang. Orang yang terbaik di antara manusia
adalah orang yang paling banyak memberi manfaat kepada orang
lain".
(HR Dar Qutni dan
Targhib)
Kisah Tujuh
Malaikat Penjaga Pintu-Pintu Langit
Ibn Mubarak mengatakan bahwa Khalid bin Ma’dan berkata
kepada sahabat Mu’adz bin Jabbal ra., “Ceritakanlah
satu hadis yang kau dengar dari Rasulullah SAW, yang kau menghafalnya dan setiap
hari kau mengingatnya lantaran sangat keras, halus dan dalamnya makna hadis
tersebut. Hadis manakah yang menurut pendapatmu paling
penting?”
Mu’adz menjawab, “Baiklah, akan kuceritakan.”
Sesaat
kemudian, ia pun menangis hingga lama sekali, lalu ia bertutur,
“Sungguh rindunya hati ini kepada Rasulullah SAW, ingin
rasanya segera bersua dengan beliau.”
Ia melanjutkan,
Ia melanjutkan,
“Suatu saat aku menghadap Rasulullah SAW. Beliau
menunggangi seekor unta dan menyuruhku naik di belakangnya, maka berangkatlah
kamu dengan unta tersebut. Kemudian beliau menengadahkan wajahnya ke langit, dan
berdoa, ‘Puji syukur ke hadirat Allah, Yang
Maha Berkehendak kepada makhluk-Nya menurut
kehendak-Nya,”
Kemudian beliau SAW berkata,
Kemudian beliau SAW berkata,
“Sekarang aku akan mengisahkan suatu cerita kepadamu
yang, apabila engkau hafalkan, akan berguna bagimu, tapi kalau engkau sepelekan,
engkau tidak akan mempunyai hujjah kelak di hadapan Allah SWT.”
“Hai, Mu’adz!
Allah menciptakan
tujuh malaikat
sebelum Dia menciptakan langit dan bumi.
Pada setiap
langit ada satu malaikat yang menjaga pintu, dan tiap-tiap pintu langit itu
dijaga oleh malaikat penjaga pintu sesuai kadar pintu dan
keagungannya.
Maka, malaikat
Hafazhah (malaikat yang memelihara dan
mencatat amal seseorang) naik ke langit dengan membawa amal seseorang yang
cahayanya bersinar-sinar bagaikan cahaya matahari. Ia, yang menanggap amalan
orang tersebut itu banyak, memuji amal-amal orang itu.
Tapi sampai di pintu langit pertama, berkata malaikat
penjaga pintu langit itu kepada malaikat Hafazhah, ‘Tamparkanlah amal ini ke
wajah pemiliknya, aku ini penjaga tukang pengumpat, aku diperintahkan untuk
tidak menerima masuk tukang pengumpat
orang lain. Jangan sampai amal ini
melepasiku untuk mencapai langit berikutnya.’
Keesokan harinya, malaikat Hafazhah yang naik ke langit dengan membawa amal shalih seseorang lainnya yang cahanyanya berkilauan. Ia juga memujinya lantaran begitu banyaknya amal tersebut.
Keesokan harinya, malaikat Hafazhah yang naik ke langit dengan membawa amal shalih seseorang lainnya yang cahanyanya berkilauan. Ia juga memujinya lantaran begitu banyaknya amal tersebut.
Namun malaikat di langit kedua mengatakan, ‘Berhentilah, dan tamparkan amal ini ke wajah pemiliknya, sebab dengan amalnya itu dia mengharap keduniaan. Allah memerintahkanku untuk menahan amal seperti ini, jangan sampai melepasi hingga langit berikutnya.’
Maka seluruh malaikatpun melaknat orang tersebut sampai siang hari.
Kemudian kembali malaikat Hafazhah naik ke langit dengan membawa amal hamba Allah yang sangat memuaskan, dipenuhi amal sedekah, puasa, dan bermacam-macam kebaikan yang oleh malaikat Hafazhah dianggap demikian banyak dan terpuji.Namun saat sampai di langit ketiga berkata malaikat penjaga pintu langit yang ketiga, 'Tamparkanlah amal ini ke wajah pemiliknya, aku malaikat penjaga orang yang sombong. Allah memerintahkanku untuk tidak menerima orang sombong masuk. Jangan sampai amal ini melintasiku untuk mencapai langit berikutnya. Salahnya sendiri ia menyombongkan dirinya di tengah-tengah orang lain.’
Kemudian ada lagi malaikat Hafazah yang naik ke langit
keempat, membawa amal seseorang yang bersinar bagaikan bintang yang paling
besar, suaranya bergemuruh, penuh dengan tasbih, puasa, sholat, naik haji dan
umrah.
Tapi ketika sampai di langit keempat, malaikat penjaga pintu langit keempat mengatakan kepada malaikat Hafazhah,
Tapi ketika sampai di langit keempat, malaikat penjaga pintu langit keempat mengatakan kepada malaikat Hafazhah,
‘berhentilah, jangan dilanjutkan. Tamparkanlah amal ini
ke wajah pemiliknya, aku ini penjaga orang-orang yang suka ujub (membanggakan diri). Aku diperintahkan untuk tidak menerima masuk amal
tukang ujub. Jangan sampai amal itu melepasiku untuk mencapai langit yang
berikutnya, sebab ia kalau beramal selalu ujub.’
Kemudian naik lagi malaikat Hafazhah ke langit
kelima, membawa amal hamba yang diarak bagaikan pengantin wanita diiringi kepada
suaminya, amal yang begitu bagus, seperti amal jihad, ibadah haji, ibadah umrah.
Cahaya amal itu bagaikan matahari.
Namun, begitu sampai di langit
kelima, berkata malaikat penjaga pintu
kelima,
“Aku ini penjaga sifat hasad (dengki, iri hati). Pemiliki amal ini, yang amalnya sedemikian bagus, suka
hasad kepada orang lain atas kenikmatan yang Allah berikan kepadanya. Sungguh ia
benci kepada apa yang diridhai Allah SWT.
Saya diperintahkan agar tidak
membiarkan amal orang seperti ini untuk melepasi pintuku menuju pintu
selanjutnya.’
Kemudian ada lagi
malaikat Hafazhah naik dengan membawa amal lain berupa wudhu yang sempurna,
sholat yang banyak, puasa, haji dan umrah.Tapi saat ia sampai di langit
keenam, malaikat penjaga pintu ini mengatakan,
“Aku ini malaikat penjaga rahmat.
Amal
yang seolah-olah bagus ini, tamparkanlah ke wajah pemiliknya. Salah sendiri ia
tidak pernah mengasihi orang lain. Apabila ada orang lain yang mendapatkan
musibah, ia merasa senang. Aku diperintahkan agar amal seperti ini tidak boleh
melepasiku hingga dapat sampai ada pintu berikutnya.’
Kemudian
ada lagi malaikat Hafazhah naik ke langit ketujuh dengan membawa amal seseorang
hamba berupa bermacam-macam sedekah, puasa, sholat, jihad, dan kewara’an.
Suaranya pun bergemuruh bagaikan petir. Cahayanya bagaikan kilat.Namun tatkala
sampai di langit yang ketujuh, malaikat penjaga langit ketujuh
mengatakan,
‘Aku ini penjaga sum’at (ingin terkenal).
Sesungguhnya orang ini ingin dikenal dalam
kumpulan-kumpulan, selalu ingin terlihat lebih unggul di saat berkumpul, dan
ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin. Allah swt memerintahkanku agar amalnya
tidak itu tidak boleh melepasiku. Setiap amal yang tidak bersih kerana Allah,
itulah disebut riya’. Allah swt tak akan menerima amal orang-orang yang
riya’.’
Kemudian ada lagi malaikat
Hafazhah naik membawa amal seseorang hamba:
Sholat, zakat, puasa, haji, umroh,
akhlaq yang baik, pendiam, tidak banyak bicara, dzikir kepada Allah. Amalnya itu
diiringi para malaikat hingga lagit ketujuh., bahkan sampai menerobos memasuki
hijab-hijab dan sampailah ke hadirat Allah.Para malaikat itu berdiri di hadapan
Allah. Semua menyaksikan bahwa amal ini adalah amal yang shalih dan ikhlas
karena Allah SWT.
Namun Allah SWT berfirman,
‘Kalian adalah hafazhah, pencatat amal-amal hamba-Ku.
Sedangkan Akulah yang mengintip hatinya. Amal
ini tidak karena-Ku.
Yang dimaksud oleh
pemilik amal ini bukanlah Aku. Amal ini tidak diikhlaskan demi Aku. Aku lebih
mengetahuinya dari kalian apa yang dimaksud olehnya dengan amalan itu. Aku
laknat dia, karena menipu orang lain, dan juga menipu kalian (para malaikat
hafazhah).
Tapi aku tak akan tertipu olehnya .Aku ini Yang Paling Tahu akan
hal-hal yang ghaib. Akulah yang melihat isi hatinya, dan tidak akan samar
kepada-Ku setiap apapun yang samar. Tidak akan tersembunyi bagi-Ku setiap apapun
yang tersembunyi.
Pengetahuan-Ku atas apa yang telah terjadi sama dengan
pengetahuan-Ku akan apa yang akan terjadi. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah
berlalu sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang akan datang.
Pengetahuan-Ku
kepada orang-orang terdahulu sebagaimana pengetahuan-Ku kepada orang-orang yang
kemudian. Aku lebih tahu atas apapun yang lebih samar daripada rahasia.
Bagaimana bisa amal hamba-Ku menipu-Ku. Dia boleh menipu makhluk-makhluk, yang
tidak tahu, sedangkan Aku ini Yang Mengetahui hal-hal yang ghaib. Laknat-Ku
tetap kepadanya.’
Tujuh malaikat Hafazhah
yang ada pada saat itu dan 3.000 malaikat lain yang mengiringi menimpali, “Wahai
Tuhan kami, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami
kepadanya.’ Maka,
semua yang ada di langitpun mengatakan, ‘Tetaplah laknat Allah dan laknat mereka
yang melaknat kepadanya.’
Mu’adz pun kemudian
menangis terisak-isak dan berkata, “Ya
Rasulullah, bagaimana boleh aku selamat dari apa yang baru engkau ceritakan
itu?”
Rasulullah SAW
mejawab, “Wahai Mu’adz, ikutilah nabimu
dalam hal keyakinan!”Mu’adz berkata
lagi, “Wahai Tuan, engkau adalah
Rasulullah. Sedangkan aku ini hanyalah si Mu’adz bin Jabbal, bagaimana aku boleh
selamat dan terlepas dari bahaya tersebut?’
Rasulullah SAW bersabda,
“Seandainya dalam amalmu ada
kelengahan, tahanlah mulutmu, jangan sampai menjelekkan orang lain, dan juga
saudara-saudaramu sesama ulama. Apabila engkau hendak memburukkan orang lain,
ingatlah pada dirimu sendiri. Sebagaimana engkau tahu, dirimupun penuh dengan
aib.
Janganlah membersihkan dirimu dengan memburukkan orang lain.
Jangan mengangkat diri sendiri dengan menekan orang
lain. Jangan riya’ dengan amalmu agar
diketahui orang lain. Janganlah termasuk golongan orang yang mementingkan dunia
dengan melupakan akhirat. Kamu jangan berbisik-bisik dengan seseorang padahal di
sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik.
Jangan takabur kepada orang lain, nanti akan luput bagimu kebaikan dunia dan akhirat.
Jangan takabur kepada orang lain, nanti akan luput bagimu kebaikan dunia dan akhirat.
Jangan berkata kasar
dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang-orang takut akan keburukan
akhlaqmu itu.
Jangan mengungkit-ungkit apabila berbuat
kebaikan.
Jangan merobek-robek (pribadi) orang lain dengan mulutmu, kelak kamu akan dirobek-robek oleh anjing-anjing neraka jahannam, sebagaiman firman Allah ‘Wannaasyithaati nasythaa.’ (Di neraka itu ada anjing-anjing perobek badan-badan manusia, yang mengoyak-ngoyak daging dari tulangnya).
Jangan merobek-robek (pribadi) orang lain dengan mulutmu, kelak kamu akan dirobek-robek oleh anjing-anjing neraka jahannam, sebagaiman firman Allah ‘Wannaasyithaati nasythaa.’ (Di neraka itu ada anjing-anjing perobek badan-badan manusia, yang mengoyak-ngoyak daging dari tulangnya).
Aku (Mu’adz) berkata, ‘Ya Rasulullah siapa yang akan kuat menanggung
penderitaan semacam ini?’
Jawab Rasulullah SAW, ‘Wahai Mu’adz, yang kuceritakan tadi itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan Allah SWT. Cukup untuk mendapatkan semua itu, engkau menyayangi orang lain sebagaimana engkau menyayangi dirimu sendiri, dan membenci sesuatu terjadi kepada orang lain apa-apa yang engkau benci bila sesuatu itu terjadi kepadamu.’
Jawab Rasulullah SAW, ‘Wahai Mu’adz, yang kuceritakan tadi itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan Allah SWT. Cukup untuk mendapatkan semua itu, engkau menyayangi orang lain sebagaimana engkau menyayangi dirimu sendiri, dan membenci sesuatu terjadi kepada orang lain apa-apa yang engkau benci bila sesuatu itu terjadi kepadamu.’
Apabila boleh seperti itu,
engkau akan selamat, terhindar dari penderitaan itu’.”
Khalid bin Ma’dan (yang meriwayatkan hadist itu dari Mu’adz RA) mengatakan, “Mu’adz sering membaca hadits ini sebagaimana seringnya ia membaca Al Quran, mempelajari hadits ini sebagaimana ia mempelajarai Al Quran dalam majlisnya.”
Khalid bin Ma’dan (yang meriwayatkan hadist itu dari Mu’adz RA) mengatakan, “Mu’adz sering membaca hadits ini sebagaimana seringnya ia membaca Al Quran, mempelajari hadits ini sebagaimana ia mempelajarai Al Quran dalam majlisnya.”
Dari Aisyah r.h berkata:"Rasulullah s.a.w ditanya mengenai amalan apakah yang
paling dicintai oleh Allah."
Baginda
menjawab: "Amalan yang berterusan,
walaupun sedikit."
(Riwayat Muslim)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang
bermaksud :
"Sesungguhnya Allah s.w.t mengasihi
seorang apabila dia melakukan sesuatu kerja dengan
bersungguh-sungguh".
-Riwayat Abu
Ya'la-
Sabda Rasulullah s.a.w yang
bermaksud:
"Allah S.W.T melaknat pemberi rasuah
dan penerima rasuah dalam pemerintahan."
-Riwayat
Tirmizi-
Dari Muaz
bin Jabal r.a, berkata :
"Khabarkan kepadaku suatu amalan
yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka.
"
Jawab Nabi
SAW :
"
Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat
mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala,
iaitu :
Hendaklah
engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau
mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan
mengerjakan haji
ke Baitullah. "
Kemudian
Nabi bersabda lagi :
" Mahukah
engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? "
Aku
menjawab :
" Mahu,
ya Rasulullah ."
Sabda
baginda :
" Pokok
amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad.
"
Kemudian
Nabi bersabda lagi :
" Mahukah
engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini ? "
Aku menjawab : "
Mahu, ya Rasulullah. "
Lalu baginda
memegang lidahnya seraya berkata :
" Awas,
jaga ini baik-baik. "
Aku bertanya
:
" Ya
Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya ?
"
Baginda lalu
menjawab :
" Dan
tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke
dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. "
-Imam Nawawi di dalam kitab karangannya
yang bernama Matan Arba'in.-
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ الْبَدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلاَمِ النُّـبُوَّةِ الْأُولَى إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ.))
Dari Abu Mas'ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a,
katanya :
Telah bersabda Rasulullah SAW :" Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih
dipakai untuk orang ramai ( sehingga kini ) ialah : Jika engkau tiada malu, buatlah sesuka hati kamu.
'
-Imam Nawawi di dalam kitab karangannya
yang bernama
Matan Arba'in.-
Dari Abu
Hurairah r.a, katanya :
"Telah
bersabda Rasulullah SAW :
" Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu
tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan
kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian
sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.
Seorang Muslim adalah bersaudara
sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas,
tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya.
Taqwa itu berpunca
dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah
kejahatan seorang itu jika ia menghina
saudaranya yang Islam.
Seorang Muslim ke
atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan
kehormatannya. ' "
-Imam Nawawi di dalam kitab karangannya
yang bernama Matan Arba'in.-
Dari Thauban
r.a meriwayatkan bahawa aku telah mendengar Rasulullah SAW
bersabda:
Berbahagialah orang-orang yang ikhlas. Mereka adalah
pelita di dalam gelap dan kerana mereka terpadam fitnah-fitnah yang
besar.
(HR Baihaqi)
Sabda Nabi
Muhammad s.a.w yang bermaksud :
"Seorang mukmin itu adalah cermin kepada seorang
mukmin yang lain dan mereka adalah bersaudara, di samping menjaga barangan
mereka yang hilang serta mempertahankan
mereka". -
-Riwayat Abu Daud-
Dari Muaz
bin Jabal r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa memalukan saudaranya
yang muslim dengan sesuatu dosa yang dia telah bertaubat dengannya, Allah tidak
akan mematikannya sehinggalah dia sendiri terjerumus ke dalam dosa
tersebut".
(HR Tirmizi)
Dari
Abdullah bin Umar r.a berkata bahawa Rasulullah SAW memegang bahuku (untuk
menarik perhatianku kepada perkara yang penting ini) lalu bersabda:
" Hiduplah kamu di dunia ini seperti musafir atau
sebagai orang yang sedang melintasi jalan".
(HR Bukhari)
Dari Abu
Said r.a dan Jabir bin Abdullah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda:
Mengumpat
adalah lebih buruk dari zina. Para sahabat r.hum bertanya; Wahai Rasulullah,
bagaimana mengumpat itu lebih buruk dari zina?
Baginda SAW menjawab: Seorang yang berzina boleh memohon ampun, maka Allah SWT mengampunkannya, tetapi orang yang diumpat, apabila dia tidak memaafkan orang yang mengumpat, maka pengumpat tetap berdosa.
Baginda SAW menjawab: Seorang yang berzina boleh memohon ampun, maka Allah SWT mengampunkannya, tetapi orang yang diumpat, apabila dia tidak memaafkan orang yang mengumpat, maka pengumpat tetap berdosa.
(HR
Baihaqi)
Dari Abu
Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Tahukah
kamu apa itu memfitnah"?
Para sahabat r.hum berkata: "Allah dan RasulNya lebih
mengetahui".
Baginda SAW bersabda: "Memfitnah adalah mengatakan sesuatu tentang saudara
(muslim) ketika dia tiada yang dia tidak suka".
Ditanya: "Wahai
Rasulullah, jika kekurangan itu sungguh ada dalam diri seorang muslim, maka apa
yang harus aku katakan"?
Baginda SAW menjawab:" Jika apa yang dikatakan benar, maka itu adalah
mengumpat (bahkan lebih buruk daripada memfitnah)".
(HR Muslim)
Dari Ibnu
Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Jangan
menyakiti orang-orang Islam, jangan mencela mereka dan jangan mencari keburukan
mereka".
(HR Ibnu Hibban)
Dari Abu
Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Dunia
ialah penjara bagi orang-orang mukmin dan syurga bagi orang-orang
kafir".
(HR Muslim)
Hazrat
Abdullah bin Qais Al Khuza’i r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda:
"Barangsiapa
berdiri dengan penuh perasaan riak dan sum’ah (suka dipuji-puji), dia sentiasa
di dalam kemurkaan Allah SWT sehingga dia duduk (dan meninggalkan niatnya
itu)".
(Tafsir Ibnu Kathir)
Dari Abu
Said al-Khudri r.a. dari Nabi SAW sabdanya:
"Sesungguhnya dunia ini manis dan
menghijau (yakni lazat dan nyaman) dan sesungguhnya Allah itu menjadikan engkau
semua sebagai pengganti di bumi itu, maka itu Dia akan melihat apa-apa yang
engkau lakukan. Oleh yang demikian, maka takutilah harta dunia dan takutilah
pula tipu daya kaum wanita. Sebab sesungguhnya pertama-tama fitnah yang terjadi
di kalangan kaum Bani Israil adalah disebabkan kaum wanita".
(Riwayat Muslim)
Dari Ali r.a
meriwayatkan, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Tidaklah
seorang muslim mengunjungi seorang muslim yang sakit diwaktu pagi kecuali 70,000
malaikat berdoa memohon rahmat ke atasnya sehingga ke petang, atau berkunjung
kepadanya di waktu petang, melainkan 70,000 malaikat berdoa ke atasnya sehingga
ke pagi, dan dia mendapat sebuah kebun buah-buahan dalam
syurga".
(HR Tirmizi)
Dari Abu
Said Al-Khudri r.a dan Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah
SAW bersabda:
"Tiada seorang muslim yang ditimpa musibah, keletihan, sakit, terganggu fikirannya, sedih, bimbang, kecemasan sehingga tercucuk dengan duri sekali pun melainkan diampuni akan dosa-dosanya".
(HR Bukhari)
عَنْ أَبِي ذَرٍّ جُنْدُبِ بْنِ جُنَادَةَ وَ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمٰنِ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ((اِتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّـيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا، وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ.)) رواه الترمذي
وقال : حديث حسن ، وفي بعض النسخ : حسن صحيح
Daripada Abu
Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, r.a., daripada
Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:
"Bertaqwalah engkau
kepada Allah walaupun di mana engkau berada,
dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan
tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang
baik."
(Riwayat At Tirmizi)
Dari Ibnu
‘Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
"Bukanlah dari kalangan pengikut kami, yang tidak berkasih sayang kepada yang kecil dikalangan kami, yang tidak menghormati yang tua
dikalangan kami, yang tidak menyuruh akan kebaikan, yang tidak melarang dari
kejahatan".
(HR Tirmizi)
Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud:
”Bukankah
aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka
atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping
rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut
serta mudah dibawa berunding.”
(Riwayat At-Tirmizi)
Sabda Nabi
Muhammad s.a.w yang bermaksud :
" Berilah
ganjaran yang sewajarnya terhadap mereka yang telah melakukan kebaikan
terhadapmu. Jika kamu tidak memiliki sesuatu untuk berbuat demikian maka
doakanlah mereka sehingga terbukti kepada mereka bahawa kamu memang
bersungguh-sungguh untuk memberikan mereka ganjaran".
-Riwayat Abu Daud-
Dari Zaid
bin Thabit r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
"Tiga perkara yang dengannya hati orang beriman akan
suci dari sifat khianat, dengki (dan semua
keburukan):
1.
Beramal untuk redha Allah SWT.
2.
Inginkan kebaikan untuk para pemimpin,
3.
Sentiasa bersama dengan jemaah orang Islam. Ini kerana orang yang bersama-sama
jemaah akan dilingkungi oleh doa ahli-ahli jemaah itu".
(HR Ibn Majah)
Nabi SAW bersabda :-
ان
العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق
والمغرب
Ertinya : " Sesungguhnya seorang
hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan
hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka
lebih sejauh antara timur dan barat"
(
Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)
Sombong
Dari Abu Hurairah ra bahwasannya Nabi
Muhammad saw bersabda: “Sesungguhnya pada hari kiamat
nanti Allah tidak akan melihat orang yang menurunkan kainnya di bawah mata kaki
karena sombong.”
(HR Bukhari dan
Muslim)
Dari Abu Hurairah ra berkata, Nabi
Muhammad saw bersabda:
“Ada tiga kelompok orang yang nanti pada hari kiamat Allah tidak akan berbicara dengan mereka, Allah tidak akan membersihkan (mengampuni dosa) mereka, dan Allah tidak akan memandang mereka, serta mereka akan disiksa dengan siksaan yang pedih, yaitu: orang tua yang berzina, raja (penguasa) yang suka bohong, dan orang miskin yang sombong.”
(HR. Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan
bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
"Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak
melihat rupa paras dan harta-harta kamu, Akan tetapi Allah Ta’ala melihat hati
kamu dan amalan-amalan kamu".
(HR Muslim)
Dari Abdullah bin Mas’ud
ra dari Nabi Muhammad saw, beliau bersabda: “Tidak akan masuk
sorga orang yang di dalam hatinya ada sifat sombong walaupun hanya
sebesar
atom.”
Ada seorang laki-laki berkata:
"Sesungguhnya seseorang itu suka memakai pakaian yang
bagus dan sandal/sepatu yang bagus pula.”
Nabi Muhammad saw
kembali bersabda:
“Sesungguhnya Allah itu indah, suka pada keindahan.
Sombong itu menolak kebenaran dan merendahkan sesame manusia.”
(HR. Muslim)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang
bermaksud :
" Wahai Abu Hurairah!
Bersifat wara' lah kamu nescaya kamu akan menjadi manusia yang paling tinggi
pengabdiannya.
Hinakanlah diri kepada Allah s.w.t nescaya kamu akan menjadi
manusia yang paling bersyukur. Kasihilah manusia sepertimana kamu mengasihi
dirimu sendiri nescaya kamu akan menjadi mukmin sejati.
Perbaikilah hubungan
sesama jiran pasti kamu akan menjadi seorang Islam sejati.
Oleh itu kurangilah
ketawa kerana banyak ketawa itu akan mematikan hati."
Riwayat Ibnu Majah
Hadith Qudsi yang bermaksud
:
"Wahai manusia, Aku telah menaikkanmu
ke atas kenderaan kuda dan unta, aku mengahwinkan engkau dengan pasanganmu, Aku
jadikan engkau secantik-cantiknya dan sebagai seorang pemimpin. Dimanakah sifat
syukurmu".
-Riwayat Muslim-
Daripada Ibnu Umar r.a., katanya, saya
mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Setiap orang daripada kamu adalah
pemimpin dan setiap seorang dari kamu akan ditanya perihal kepimpinannya.
Pemimpin adalah yang bertanggungjawab memimpin dan akan ditanya perihal yang
dipimpin olehnya. Seorang lelaki adalah pemimpin dalam keluarganya dan akan
ditanya perihal kepimpinannya.
Seorang wanita adalah pemimpin dalam rumah
suaminya dan akan ditanya perihal kepimpinannya.
Buruh adalah pemimpin dalam
harta majikannya dan akan ditanya perihal kepimpinannya.
Jadi setiap
seorang dari engkau semua itu adalah pemimpin dan tentu akan ditanya
perihal kepimpinannya."
(Hadis sahih Muttafaq
'alaih)
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Aku adalah pemimpin anak Adam pada
hari kiamat dan tidak sombong, di tanganku panji-panji pujian dan tidak sombong.
Tidak seorang nabi pun baik Nabi Adam mahupun yang lainnya melainkan berada di
bawah panji-panjiku dan aku adalah orang pertama yang memberi syafaat dan orang
yang pertama yang diterima syafaat dan tidak sombong."
(Hadis Hasan Riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah
dari Abu Sa’id)
Pengajarannya
:
Rasulullah s.a.w. adalah contoh pemimpin yang tidak
sombong samaada di dunia maupun di hari Akhirat.
Baginda memimpin dengan penuh
adil, saksama dan bertanggung jawab dalam kepimpinannya. Oleh itu sesiapa sahaja
yang telah dilantik menjadi pemimpin dalam apa bidang sekali pun
hendaklah memimpin dengan adil dan buangkan
segala sifat sombong. Sesungguhnya sesiapa
sahaja pemimpin yang ada sifat ini akan dimurkai oleh Allah
s.w.t.
Sabda Rasulullah s.a.w yang
bermaksud:
"Pemimpin itu pada tiga keadaan, satu golongan pemimpin yang masuk syurga dan dua golongan yang masuk neraka. Pemimpin yang tahu tentang kebenaran tetapi tidak memimpin kearah kebenaran, maka masuk neraka. Pemimpin yang memimpin tanpa ilmu, dia masuk neraka."
"Pemimpin itu pada tiga keadaan, satu golongan pemimpin yang masuk syurga dan dua golongan yang masuk neraka. Pemimpin yang tahu tentang kebenaran tetapi tidak memimpin kearah kebenaran, maka masuk neraka. Pemimpin yang memimpin tanpa ilmu, dia masuk neraka."
-Riwayat
Tirmizi-
ZINA
Dari Jarir bin Abdullah, ia
berkata:
Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja.
Maka jawab Nabi: "Palingkanlah pandanganmu itu!"
Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja.
Maka jawab Nabi: "Palingkanlah pandanganmu itu!"
(Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan
Tarmizi)
Sabda Nabi SAW:
“Apabila zahir/nyata zina dan riba dalam sesebuah tempat, maka penduduk tempat itu telah menghalalkan untuk diri mereka azab dan siksa Allah”.
“Apabila zahir/nyata zina dan riba dalam sesebuah tempat, maka penduduk tempat itu telah menghalalkan untuk diri mereka azab dan siksa Allah”.
(Riwayat al-Hakim, dan katanya; sahih
isnadnya)
Daripada Maimunah RA berkata, Aku
mendengar Rasulullah SAW bersabda :
“Umatku akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah ‘Azza wajalla akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.”
(Riwayat Ahmad, kata al-Munziri – 3/265: isnadnya hasan) Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As RA, sabda Nabi SAW:
“Tidak akan berlaku kiamat itu sehingga orang berzina di jalanan sebagaimana keldai. Aku bertanya, Sesungguhnya itu akan terjadi? Jawab baginda: Ya, nescaya akan terjadi”.
(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan al-Tabarani, hadith sahih)Daripada Jarir bin ’Abdillah al-Bajali RA, berkata:
“Aku bertanya kepada Nabi SAW tentang memandang perempuan dengan pandangan secara tiba-tiba, maka baginda memerintahkanku untuk memalingkan pandanganku.” Dalam riwayat lain beliau bersabda: “Tundukkan pandanganmu.”
“Umatku akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah ‘Azza wajalla akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.”
(Riwayat Ahmad, kata al-Munziri – 3/265: isnadnya hasan) Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As RA, sabda Nabi SAW:
“Tidak akan berlaku kiamat itu sehingga orang berzina di jalanan sebagaimana keldai. Aku bertanya, Sesungguhnya itu akan terjadi? Jawab baginda: Ya, nescaya akan terjadi”.
(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan al-Tabarani, hadith sahih)Daripada Jarir bin ’Abdillah al-Bajali RA, berkata:
“Aku bertanya kepada Nabi SAW tentang memandang perempuan dengan pandangan secara tiba-tiba, maka baginda memerintahkanku untuk memalingkan pandanganku.” Dalam riwayat lain beliau bersabda: “Tundukkan pandanganmu.”
(Riwayat Muslim)
Daripada ’Abdullah bin Buraidah, dari
ayahnya berkata, Rasulullah SAW bersabda kepada ’Ali bin Abi Talib
RA:
“Hai ‘Ali, janganlah engkau ikuti satu pandangan dengan pandangan lainnya. Sesungguhnya bagimu hanya pandangan yang pertama dan tidak bagi pandangan yang selanjutnya.”
“Hai ‘Ali, janganlah engkau ikuti satu pandangan dengan pandangan lainnya. Sesungguhnya bagimu hanya pandangan yang pertama dan tidak bagi pandangan yang selanjutnya.”
(Riwayat Abu Dawud)
Daripada Ibnu ’Umar RA, Rasulullah SAW
bersabda:
“Tidaklah seorang lelaki yang berdua-duaan dengan seorang wanita, kecuali yang ketiganya adalah syaitan.”
“Tidaklah seorang lelaki yang berdua-duaan dengan seorang wanita, kecuali yang ketiganya adalah syaitan.”
(Riwayat al-Tirmizi)
ARAK/KHAMAR
Nabi SAW pernah bersabda maksudnya
:
"Empat (macam manusia) tidak Allah SWT. masukkan mereka ke syurga dan tidak akan merasai kenikmatannya, peminum arak, pemakan riba, menzalimi (memakan) harta anak-anak yatim dengan tiada hak dan derhaka pada ibu bapanya"
"Empat (macam manusia) tidak Allah SWT. masukkan mereka ke syurga dan tidak akan merasai kenikmatannya, peminum arak, pemakan riba, menzalimi (memakan) harta anak-anak yatim dengan tiada hak dan derhaka pada ibu bapanya"
(Hadis Riwayat Al-Hakimi)
Dari Ibn Umar r.a. bahawasanya Nabi Muhammad SAW pernah
bersabda: "Ingatlah tiap sesuatu yang
memabukkan itu khamar (arak) dan tiap khamar itu haram"
(Riwayat Ahmad dan Abu
Ya'la)
Nabi SAW pernah bersabda:
"Tidak akan berzina seorang pelacur
semasa berzina jika dia beriman, dan tidak akan minum khamar (arak) ketika
meminumnya jika beriman dan tidak akan mencuri seorang pencuri jika dia
beriman"
(Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud:
"Janganlah kalian tamak, sebab tamak
adalah kefakiran yang abadi".
(Ibn Abi A'sim no 2249)
“Maksud Hadis Nabi
SAW:
“Mencela sesama muslim adalah kefasikan
dan membunuhnya adalah kekufuran.”
(Bukhari no.46,48, muslim no. 64,97,
Tirmidzi no.1906,2558, Nasa’I no.4036, 4037, Ibnu Majah no.68, Ahmad no.3465,3708)
No comments:
Post a Comment