Wednesday, March 20, 2013

KEUTAMAAN HAMDALLAH ...

 

AMALAN ZIKIR PARA MALAIKAT

IBNU Abbas ra berkata: “Ketika Allah SWT menjadikan Arasy, lalu menyuruh malaikat memikulnya. Para malaikat merasakan amat berat memikulnya. Kemudian Allah SWT menyuruh malaikat membaca (menyebut); Subhanallah. Sebaik sahaja malaikat membacanya, maka terasa ringan memikul Arasy dan mereka terus menyebut (berzikir) selama-lamanya.”

Kata Ibnu Abbas ra lagi: “Apabila Allah SWT menjadikan Adam as. Maka mula-mula yang keluar dari mulut Adam ialah bersin.
 
Lalu Allah ilhamkan kepadanya untuk membaca (menyebut); Alhamdulillah. Sebaik sahaja Adam as menyebut Alhamdulillah, lalu Allah menjawab; Yarhamuka Rabbuka (kerana rahmat itulah Aku menjadikan engkau).

“Kemudian malaikat berkata: Inilah kalimah mulia dan baik dan tidak sepatutnya kami abaikan. Maka para malaikat pun membaca (berzikir) Suhhanallah Walhamdulillah.

“Para malaikat membaca (berzikir) demikian sehinggalah Allah SWT mengutuskan Nabi Nuh as. Oleh kerana kaum Nabi Nuh adalah kaum pertama menyembah berhala, maka Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Nuh as supaya menyuruh kaumnya membaca; Laa illaha illallah bagi mendapatkan keredhaan Allah.”

“Lalu berkata malaikat: “Inilah kalimah ketiga yang besar dan baik yang tidak boleh kami abaikan.


Maka malaikat pun menggabungkan dengan dua kalimah sebelumnya untuk menjadi:

Subhanallah Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah.”

“Para malaikat mengamalkan kalimah tersebut sehingga terutusnya Nabi Ibrahim as. Setelah terutusnya Nabi Ibrahim as, Allah SWT telah memerintahkan baginda menjalankan korban ke atas anaknya, yang mana akhirnya Allah telah menebus anaknya Ismail dengan seekor kibas (kambing).

“Apabila Nabi Ibrahim as melihat anaknya terselamat dari disembelih dan digantikan dengan kibas (kambing), maka Nabi Ibrahim as menyebut: Allahu akbar, kerana merasa terlalu gembira atas nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya.

Berkata para malaikat: “Inilah kalimah keempat yang sungguh baik dan besar. Kemudian para malaikat menggabungkan kalimah itu dengan tiga kalimah sebelumnya menjadi: Subhanallah, Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah, Wallahu akbar.”

“Ketika malaikat Jibril as menceritakan kisah ini kepada Rasulullah SAW, baginda merasa kagum dan terus melafazkan:


Laa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem.”

Kemudian Jibril as berkata:


Gabungkan kalimah yang empat itu
sehingga menjadi

Subhanallah, Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah, Wallahu akbar, Walaa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem.
 
 Abu Hurairah meriwayatkan
Rasulullah s.a.w. berkata :
 
"Membaca Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar lebih aku sukai daripada seisi dunia."
 
(Hadith Riwayat Muslim)
 
Zikir bererti menyucikan dan memuji (Allah) seperti ingat mengingat, peringatan, menutur seperti menyebut dan melafazkan. Manusia ingat pada Allah, lalu lidahnya terus menyebut Allah.
 
Oleh kerana sentiasa ingat kepada Allah, hatinya juga terus ingat kepadanya.
 
Abdullah bin Busr berkata, 
 
“Ya Rasulullah , ajaran-ajaran Islam banyak aku

ketahui, beritahulah aku
 
sesuatu yang dapat aku jadikan pegangan.”
 
Rasulullah SAW menjawab, 
 
 
“Biarkan lidah kamu sentiasa basah dengan

menyebut Allah,”
 
(Hadis Riwayat Tirmizi)
 
Dan Zikir yang lebih baik adalah La ilaha illallah

“Orang yang beriman dan hati mereka menjadi


tenteram dengan mengingat Allah.


Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati

menjadi tenteram,” 

 
(Surah ar-Ra’d ayat 28)

 
 
Wahai orangyang beriman, janganlah harta-harta


kamu dan anak-anak kamu

 
melalaikan daripada mengingati Allah.


Sesiapa yang berbuat demikian , maka


mereka itulah orang yang rugi,” 


(Surah al-Munafiqun, ayat 9)
 
Rasulullah berkata, “Perumpamaan orang yang


 berzikir kepada Tuhannya dan

 
orang yang tidak berzikir adalah seperti orang


yang hidup dan orang yang mati,” 


(Hadis Riwayat Bukhari)
 

No comments:

SURAH AL BAQARAH AYAT 1-5 AYAT 255 DAN AYAT 284-286 ..

Di bacaa waktu SUBUH dan Maghrib.. Penghalang ahli sihir dan penyelamat hari kiamat.. Dinukil dari hadit...