Pada suatu hari Rasulullah s.a.w tidak nampak Sayyidina Muaz r.a sembahyang
Jumaat di masjid.
Pada keesokkan harinya, Sayyidina Muaz r.a ada di masjid,
Rasulullah s.a.w bertanya: "Kenapa saya tidak nampak kamu hari kelmarin, hai
Muaz?"
Sayyidina Muaz r.a. menjawab:
Sayyidina Muaz r.a. menjawab:
"Ya Rasulullah, saya kelmarin turun
dari rumah hendak ke masjid, di tengah jalan saya ditahan oleh seorang Yahudi,
kerana saya memang ada berhutang pada orang Yahudi itu cukup banyak nilainya
(satu uqiah emas) atau satu aun emas. Saya masih belum boleh membayarnya
sehingga ditahannya dan tidak diizinkan pulang ke rumah untuk ke masjid. Saya
minta bersungguh-sungguh agar dibebaskan dan berjanji akan membayar hutang
tersebut.
Lalu saya diizinkan pulang, itulah sebabnya saya tidak dapat hadir ke
masjid kelmarin.
Lalu Rasulullah s.a.w berkata:
Lalu Rasulullah s.a.w berkata:
"Aku ajarkan kepadamu
2 buah ayat (ayat di atas) jika engkau mahu mengamalkannya,nescaya Allah s.w.t
meluaskan rezekimu untuk membayar hutangmu meskipun hutang itu sebesar gunung
banyaknya"
Maka Sayyidina Muaz r.a. pun mengamalkan dan dijadikan wirid
sehingga beliau mendapatkan rezeki yang luas dan melangsaikan hutangnya.
No comments:
Post a Comment