Tuesday, March 19, 2013

SYAFAAT AL-QURAN

 
SYAFAAT AL-QURAN

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".
 
 
Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa
 
"Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.
 
 
Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.
 
 
Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :
 
"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"
 
Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:
 
"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat" . "
 
 
Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi"
 
Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga".
 
semoga kita diberikan hidayah NYA ..
semoga kita tekad kuatkan azam mendampingi AL QURAN MEMPELAJARI SERTA MEMPRATIKKAN FIRMAN ALLAH SWT DALAM KEHIDUPAN KITA SEHARIAN ..
 
INSYA'ALLAH AAMIINN YA RABB
 
 
 

No comments:

SURAH AL BAQARAH AYAT 1-5 AYAT 255 DAN AYAT 284-286 ..

Di bacaa waktu SUBUH dan Maghrib.. Penghalang ahli sihir dan penyelamat hari kiamat.. Dinukil dari hadit...