Friday, May 17, 2013

AMALAN IBADAT YANG PALING AGUNG ..

 
 
 

Adakah kalian mengetahui apakah amalan ibadat yang paling agung dan hebat untuk umat Muhammad S.A.W?
Sedangkan Rasulullah s.a.w sentiasa melakukannya pada setiap keadaan dan waktu.Alangkah ruginya jika kita tidak dapat melakukan sepertimana yang Rasulullah s.a.w lakukan.
 
 
Baginda merupakan utusan terakhir untuk menyelamatkan kita dari terjebak ke jurang yang penuh dengan penyeksaan di akhirat kelak…
 
 
Bahkan amalan ini merupakan satu perintah dari Allah Ta’ala kepada hamba-hambanya selepas solat,sebelum solat,selepas dan sebelum makan,selepas dan sebelum tidor dan ketika berjihad,puasa,haji,umrah dan sebagainya..
 
 
Ibadah ini tidak memerlukan kita menghadap ke kiblat,tidak perlu secara berjemaah,tidak perlu mengeluarkan wang,tidak perlu menggunakan tenaga yang banyak dan sesuai dilakukan oleh semua peringkat umur samada dewasa,kanak-kanak,orang tua,kurang upaya,buta dan sebagainya….
 
Alangkah ruginya jika kita tidak melakukannya. Sampai bila kita ingin menjadi manusia yang paling rugi di dunia????.
Adakah kamu mengetahui apakah ibadah yang dimaksudkan???
 
 
Inilah ibadah yang sentiasa dipuji oleh Allah Ta’ala ketika melakukannya sebagaimana firmanNya:
 
 
وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا
 
(Dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar).(Surah Al-Ahzab:35)
 
 
Rasulullah s.a.w juga bersabda :
 
 
ألا أدلكم على خير أعمالكم وأزكاها عند مليككم وأرفعها في درجاتكم وخير لكم من إنفاق الذهب والفضة وخير لكم من أن تلقوا عدوكم فتضربوا أعناقهم ويضربوا أعناقكم، قالوا: بلى يا رسول الله، قال: ذكر الله تعالى
 
 
(Mahukah kamu semua aku tunjukkan amalan yang lebih baik dan lebih suci di sisi Tuhan-mu dan yang lebih tinggi kedudukannya? Lebih baik bagi kamu berbanding menginfakkan emas dan perak? Lebih baik dari kamu bertempur dengan musuh, kamu memancung mereka dan mereka memancung kamu?” para sahabat menjawab: “Bahkan wahai Rasulullah,” baginda bersabda:
 
“Zikrullah taala.”).
 
(Al-Tirmizi:3377,Ibn Majah:3790)
 
 
Muaz Bin Jabal berkata : Tidak ada sesuatu pun yang dapat menyelamatkan aku melainkan dengan berzikir kepada Allah.
Diriwayatkan bahawa Abu Hurairah r.anhu sentiasa bertasbih siang dan malam melebihi 12000 kali tasbih setiap hari.Lalu beliau berkata:Tasbih ini merupakan pelindung diriku dari api neraka.
Diantara sebaik-baik zikir dalah membaca ayat kursi setiap kali selesai menunaikan solat sebagai mana sabda Rasulullah s.a.w :
(Sesiapa yang membaca ayat kursi selepas menunaikan solat,tidak ada sesuatu pun yang dapat menghalangnya memasuki syurga kecuali mati).(An-nasaie dan Ibnu Hibban mensahihkan hadis ini dalam Kitab Solat)
Dan Sabda Rasulullah s.a.w:
(Tidak ada seorang pun di antara kamu yang berwudu’, lalu menyempurnakan wuduknya, kemudian berkata أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ melainkan dibuka untuknya kelapan-lapan pintu syurga, ia boleh memasuki melalui mana-mana pintu yang dia kehendaki.)
Dalam riwayat yang lain, dibaca :
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إلاَّ الله وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَه وأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُه
(Muslim:553)
Imam Muslim telah meriwayatkan dalam satu hadis dari Samurah bin Jundub ia berkata : Telah bersabda Rasulullah s.a.w :
(“Perkataan yang paling dicintai oleh Allah ada empat : Subhaanallaah, alhamdulillah, laa ilaaha illallaah, dan allaahu akbar. Tidak akan memberi masalah jika kamu mulakan dengannya).(Muslim:2137)
Oleh itu,jadilah seorang yang sentiasa mengingati Allah walau apa jua pun keadaan.Boleh jadi,kita malas untuk berjaga malam (qiamullail),kurang bersedekah dan malas untuk puasa sunat.Jadilahkanlah zikir ini sebagai penganti untuk melengkapkan amalan kita yang serba kekurangan.Berzikirlah kepada Allah siang dan malam walaupun sedikit kerana kita tidak rugi walaupun satu sen.
Akhir kata,renungilah ayat di bawah.
Firman Allah Ta’ala:
فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُواْ لِي وَلاَ تَكْفُرُونِ
(Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Surah Al-Baqarah:152)
 
 

No comments:

SURAH AL BAQARAH AYAT 1-5 AYAT 255 DAN AYAT 284-286 ..

Di bacaa waktu SUBUH dan Maghrib.. Penghalang ahli sihir dan penyelamat hari kiamat.. Dinukil dari hadit...