Thursday, November 7, 2013

LA ILAHA ILLA ALLAH ..

 



 Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya .Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang. (Al Ahzab 41-42)


 Kehebatan Kalimah
 
LA ILAHA ILLA ALLAH
 
 

•Tidak akan berlakunya hari kiamat selagi ada orang menyebut kalimah
LA ILAHA ILLA ALLAH 
 
 •"Dari Abu Hurairah Radiallahuanhu, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucap kalimah Lailahaillallah dengan hati yang ikhlas".(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

•Sekiranya di sediakan dacing,7 petala langit berada di sebelah dan sebelah lagi Kalimah 
LA ILAHA ILLA ALLAH  pastinya akan berat di sebelah Kalimah
LA ILAHA ILLA ALLAH .

•Rasulullah SAW telah bersabda: “pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah
LA ILAHA ILLA ALLAH   dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas”.

•Rasulullah SAW bersabda:
 
Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu.
Para sahabat Rasulullah SAW berkata ‘Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami perbaharui iman kami?
Rasulullah SAW menjawab ‘ucapkanlah  
LA ILAHA ILLA ALLAH  sebanyaknya’.

•Apabila seorang hamba mengucapkan kalimah  LA ILAHA ILLA ALLAH dengan ikhlas hati, maka pintu langit terbuka bagi kalimah ini sehingga ia sampai ke Arasy, dengan syarat ia menjauhkan diri dari dosa besar.

•Kunci syurga bagi seseorang adalah dengan menyebut kalimah 
 
LA ILAHA ILLA ALLAH  .
 
 

No comments:

SURAH AL BAQARAH AYAT 1-5 AYAT 255 DAN AYAT 284-286 ..

Di bacaa waktu SUBUH dan Maghrib.. Penghalang ahli sihir dan penyelamat hari kiamat.. Dinukil dari hadit...