Sunday, November 17, 2013

TAWAKKAL ALLAH ...

 
 




Pada suatu hari,ketika Rasullullah saw sedang berada di rumah, datang Malaikat Jibral membawa satu khabar gembira
yang merupakan hadiah dari ALLAH SWT kepada umat Muhamad saw.Inilah dialog diantara Malaikat Jibrail dengan Rasulullah:

Rasulullah saw: "Hadiah apakah yang kau bawa wahai sahabatku Jibril,?

Malaikat Jibril:"Sifat SABAR namun ada yang lebih baik dari itu.."

Rasulallah saw:"Apakah yang lebih baik dari SABAR?"

Malaikat Jibril:"Sifat REDHA namun ada yang lebih baik dari itu.."

Rasulullahsaw:"Apakah yang lebih baik dari sifat REDHA,?"

Malaikat Jibril:"Sifat ZUHUD malah ada yang lebih baik dari itu.."

Rasullullah saw:"Apa yang lebih baik dari ZUHUD,?"

Malaikat Jibril :"Sifat IKHLAS tetapi ada yang lebih baik dari itu..."

Rasulullah saw:"Apa yang lebih baik dari sifat IKHLAS,?

Malaikat Jibril:"Sifat YAKIN tetapi ada yang lebih baik dari itu..,"

Rasulullah saw:"Apa yang lebih baik dari sifat YAKIN,?

Malaikat Jibril:"Sifat TAWAKKAL Untuk mendapatkan  kesemua sifat sifat ini perlu kepada  sifat TAWAKKAL


iaitu...


berserah diri sepenuhnya kepada ALLAH SWT..."
 
 
Rasulullah SAW bertanya:"Apakah itu Tawakkal kepada ALLAH hai Jibril?"

"Tawakkal bererti engkau mengetahui bahawa selain ALLAH tidak ada yang boleh mendatangkan
sebarang kerugian atau manafaat,memberi atau melarang dan engkau bersikap tidak menaruh
harapan selain dariNYA.
 
Apabila seseorang bersikap dan mempunyai sifat seperti ini maka dia
tidak mengerjakan sesuatu melainkan kerana ALLAH SWT semata mata.
 
Dia tidak berharap dan
tidak takut melainkan kepada ALLAH SWT.
 
Dia tidak tamak memohon kecuali kepada ALLAH SWT


Inilah yang disebut sifat TAWAKKAL.

 
 

Rasulullah saw bertanya kepada Malaikat Jibril:"Apa erti sifat Sabar?"

"Engkau sabar disaat berduka seperti mana engkau sabar di saat bahagia,
engkau bersabar di saat miskin seperti mana engkau sabar di saat kaya,
engkau sabar di saat menerima bencana sepertimana engkau sabar di saat sihat,
engkau tidak akan mengeluh deritamu kepada makhluk lain,
engkau terima dugaan dan ujian dengan sabar."

Rasulullah saw bertanya kepada Malaikat Jibril:"Apakah sifat Qanaah?

"Sifat Qanaah ialah engkau merasa cukup dengan apa yang engkau terima dari duniamu
engkau berasa cukup walaupun sedikit dan engkau bersyukur walaupun hanya sedikit
sahaja dari bahagian dunia ini yang engkau dapat"
 
 
Rasulullah bertanya kepada Malaikat Jibril:"Apakah itu sifat REDHA?"

"Sifat REDHA adalah orang yang tidak marah kepada ALLAH SWT sama ada dia
mendapat dunia ataupun tidak dan dia tidak rela menjalankan tanggung jawab
sekadarnya..baginya dia menerima apa sahaja ketentuan ALLAH SWT dengan
syukur dan dia tahu tugasnya adalah mentaati PENCIPTANYA."

Rasulullah bertanya kepada Malaikat Jibril:"Apakah sifat ZUHUD?"

Sifat ZUHUD ialah orang yang menyintai orang yang cinta pada ALLAH SWT dan
membenci orang yang membenci ALLAH SWT .
 
Berhati hati dari di bahagian dunia
yang halal dan tidak memandang langsung pada bahagian dunia yang haram.
disebabkan dia tahu yang halal pasti di hisab dan yang haram akan di hukum.



Bersikap waspada ketika berbicara,berhati hati dengan tipu daya manusia dan
keindahan dunia dan menghindari api neraka dan menganggap ajalnya seakan
telah berada dihadapan mata.

 
 

 
 
 

No comments:

SURAH AL BAQARAH AYAT 1-5 AYAT 255 DAN AYAT 284-286 ..

Di bacaa waktu SUBUH dan Maghrib.. Penghalang ahli sihir dan penyelamat hari kiamat.. Dinukil dari hadit...