Monday, July 29, 2013

asmaul husna .. pengertiaan NYA

 
 
Berikut ini adalah 99 nama Allah SWT (Asmaul Husna) beserta maknanya:
 
 
1. Ar-Rahmaan: ( الرحمن ) Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan pengasih di dunia.
2. Ar-Rahim: ( الرحيم ) Maha Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan penyayang di akhirat.
3. Al-Malik: ( الملك ) Maha Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendakNya sendiri.
4. Al-Quddus: ( القدوس ) Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan.
5. As-Salaam: ( السلام ) Maha Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh makhlukNya.
6. Al-Mu’min: ( المؤمن ) Maha Pengaman / Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang bersalah dan makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa, sedang kepada yang taat akan benar-benar dipenuhi janjiNya dengan pahala yang baik.
7. Al-Muhaimin: ( المحيمن ) Maha Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta Pengawas, iaitu memerintah dan melindungi segala sesuatu.
8. Al-’Aziiz: ( العزيز ) Maha Mulia / Maha Berkuasa, iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat sekehendakNya
9. Al-Jabbaar: ( الجبار ) Maha Perkasa / Maha Kuat / Yang Menundukkan Segalanya, iaitu mencukupi segala keperluan, melangsungkan segala perintahNya serta memperbaiki keadaan seluruh hambaNya.
10. Al-Mutakabbir: ( المتكبر ) Maha Megah / Maha Pelengkap Kebesaran. iaitu yang melengkapi segala kebesaranNya, menyendiri dengan sifat keagungan dan kemegahanNya.
11. Al-Khaaliq: ( الخالق ) Maha Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang menakdirkan adanya semua itu.
12. Al-Baari’: ( البارئ ) Maha Pembuat / Maha Perancang / Maha Menjadikan, iaitu mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya.
13. Al-Mushawwir: ( المصور ) Maha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk, memberikan gambaran atau bentuk pada sesuatu yang berbeza dengan lainnya. (Al-Khaaliq adalah mengadakan sesuatu yang belum ada asal mulanya atau yang menakdirkan adanya itu. Al-Baari’ ialah mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya, manakala Al-Mushawwir ialah yang memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya).
14. Al-Ghaffaar: ( الغفار ) Maha Pengampun, banyak pemberian maafNya dan menutupi dosa-dosa dan kesalahan.
15. Al-Qahhaar: ( القهار ) Maha Pemaksa, menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya serta memaksa segala makhluk menurut kehendakNya.
16. Al-Wahhaab: ( الوهاب ) Maha Pemberi / Maha Menganugerah, iaitu memberi banyak kenikmatan dan selalu memberi kurnia.
17. Ar-Razzaaq: ( الرزاق ) Maha Pengrezeki / Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi berbagai rezeki serta membuat juga sebab-sebab diperolehnya.
18. Al-Fattaah: ( الفتاح ) Maha Membukakan / Maha Pembuka , iaitu membuka gedung penyimpanan rahmatNya untuk seluruh hambaNya.
19. Al-’Aliim: ( العليم ) Maha Mengetahui, iaitu mengetahui segala yang maujud dan tidak ada satu benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya.
20. Al-Qaabidh: ( القابض ) Maha Pencabut / Maha Penyempit Hidup / Maha Pengekang, iaitu mengambil nyawa atau menyempitkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki olehNya.
21. Al-Baasith: ( الباسط ) Maha Meluaskan / Maha Pelapang Hidup / Maha Melimpah Nikmat, iaitu memudahkan terkumpulnya rezeki bagi siapa yang diinginkan olehNya.
22. AI-Khaafidh: ( الخافض ) Maha Menjatuhkan / Maha Menghinakan / Maha Perendah / Pengurang, iaitu terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan akibat kelakuannya sendiri dengan memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan.
23. Ar-Raafi’: ( الرافع ) Maha Mengangkat / Maha Peninggi, iaitu terhadap orang yang selayaknya diangkat kedudukannya kerana usahanya yang giat, iaitu termasuk golongan kaum yang bertaqwa.
24. Al-Mu’iz: ( المعز ) Maha Menghormati / Memuliakan / Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan, iaitu kepada orang yang berpegang teguh pada agamaNya dengan memberinya pentolongan dan kemenangan.
25. Al-Muzil: ( المذل ) Maha Menghina / Pemberi kehinaan, iaitu kepada musuh-musuhNya dan musuh ummat Islam seluruhnya.
26. As-Samii’: ( السميع ) Maha Mendengar.
27. Al-Bashiir: ( البصير ) Maha Melihat.
28. Al-Hakam: ( الحكم ) Maha Menghukum / Maha Mengadili, iaitu sebagai hakim yang menetapkan / memutuskan yang tidak seorang pun dapat menolak keputusanNya, juga tidak seorang pun yang berkuasa merintangi kelangsungan hukumNya itu.
29. Al-’Adl: ( العدل ) Maha Adil. Serta sangat sempurna dalam keadilanNya itu.
30. Al-Lathiif: ( اللطيف ) Maha Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lembut serta Halus, iaitu mengetahui segala sesuatu yang samar-samar, pelik-pelik dan kecil-kecil.
31. Al-Khabiir: ( الخبير ) Maha Waspada/  Maha Mengetahui.
32. Al-Haliim: ( الحليم ) Maha Penyabar / Maha Penyantun / Maha Penghamba, iaitu yang tidak tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak pula gelojoh memberikan siksaan.
33. Al-’Adzhiim: ( العظيم ) Maha Agung, iaitu mencapai puncak tertinggi dan di mercu keagungan kerana bersifat dengan segala macam sifat kebesaran dan kesempunnaan.
34. Al-Ghafuur: ( الغفور ) Maha Pengampun, banyak pengampunanNya kepada hamba-hambaNya.
35. Asy-Syakuur: ( الشكور ) Maha Pembalas / Maha Bersyukur, iaitu memberikan balasan yang banyak sekali atas amalan yang kecil.
36. Al-’Aliy: ( العلي ) Maha Tinggi Martabat-Nya / Maha Tinggi serta Mulia, iaitu mencapai tingkat yang setinggi-tingginya yang tidak mungkin digambarkan oleh akal fikiran sesiapa pun dan tidak dapat difahami oleh otak yang bagaimanapun pandainya.
37. Al-Kabiir: ( الكبير ) Maha Besar, yang kebesaranNya tidak dapat dicapai oleh pancaindera ataupun akal manusia.
38. Al-Hafidz: ( الحفيظ ) Maha Pemelihara Maha Pelindung / Maha Memelihara, iaitu menjaga segala sesuatu jangan sampai rosak dan goyah. Juga menjaga segala amal perbuatan hamba-hambaNya, sehingga tidak akan disia-siakan sedikit pun untuk memberikan balasanNya.
39. Al-Muqiit: ( المقيت ) Maha Pemberi kecukupan/ Maha Pemberi Keperluan , baik yang berupa makanan tubuh ataupun makanan rohani.
40. Al-Hasiib: ( الحسيب ) Maha Penjamin / Maha Mencukupi / Maha Penghitung, iaitu memberikan jaminan kecukupan kepada seluruh bamba-hambaNya pada hari Qiamat.
41. Al-Jaliil: ( الجليل ) Maha Luhur, iaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana kesempurnaan sifat-sifatNya.
42. Al-Kariim: ( الكريم ) Maha Pemurah, iaitu mulia tanpa had dan memberi siapa pun tanpa diminta atau sebagai penggantian dan sesuatu pemberian.
43. Ar-Raqiib: ( الركيب ) Maha Peneliti / Maha Pengawas Maha Waspada, iaitu yang mengamat-amati gerak-geri segala sesuatu dan mengawasinya.
44. Al-Mujiib: ( المجيب ) Maha Mengabulkan, iaitu yang memenuhi permohonan siapa saja yang berdoa padaNya.
45. Al-Waasi’: ( الواسع ) Maha Luas Pemberian-Nya , iaitu kerahmatanNya merata kepada segala yang maujud dan luas pula ilmuNya terhadap segala sesuatu.
46. Al-Hakiim: ( الحكيم ) Maha Bijaksana, iaitu memiliki kebijaksanaan yang tertinggi kesempurnaan ilmuNya serta kerapiannya dalam membuat segala sesuatu.
47. Al-Waduud: ( الودود ) Maha Pencinta / Maha Menyayangi, iaitu yang menginginkan segala kebaikan untuk seluruh hambaNya dan juga berbuat baik pada mereka itu dalam segala hal dan keadaan.
48. Al-Majiid: ( المجيد ) Maha Mulia, iaitu yang mencapai tingkat teratas dalam hal kemuliaan dan keutamaan.
49. Al-Ba’ithu: ( الباعث ) Maha Membangkitkan, iaitu membangkitkan semangat dan kemahuan, juga membangkitkan para Rasul dan orang-orang yang telah mati dari kubur masing-masing nanti setelah tibanya hari Qiamat.
50. Asy-Syahiid: ( الشهيد ) Maha Menyaksikan / Maha Mengetahui keadaan semua makhluk.
51.  Al-Haq: ( الحق ) Maha Haq / Maha Benar yang kekal dan tidak akan berubah sedikit pun.
52. Al-Wakiil: ( الوكيل ) Maha Pentadbir / Maha Berserah / Maha Memelihara penyerahan, yakni memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa yang menjadi keperluan mereka itu.
53. Al-Qawiy: ( القوى ) Maha Kuat / Maha Memiliki Kekuatan , iaitu yang memiliki kekuasaan yang sesempurnanya.
54. Al-Matiin: ( المتين ) Maha Teguh / Maha Kukuh atau Perkasa / Maha Sempurna Kekuatan-Nya , iaitu memiliki keperkasaan yang sudah sampai di puncaknya.
55. Al-Waliy: ( الولى ) Maha Melindungi, iaitu melindungi serta mengaturkan semua kepentingan makhlukNya kerana kecintaanNya yang amat sangat dan pemberian pertolonganNya yang tidak terbatas pada keperluan mereka.
56. Al-Hamiid: ( الحميد ) Maha Terpuji, yang memang sudah selayaknya untuk memperoleh pujian dan sanjungan.
57. Al-Muhshii: ( المحصى ) Maha Menghitung  / Maha Penghitung, iaitu yang tiada satu pun tertutup dari pandanganNya dan semua amalan diperhitungkan sebagaimana wajarnya.
58. Al-Mubdi’: ( المبدئ ) Maha Memulai/Pemula / Maha Pencipta dari Asal, iaitu yang melahirkan sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum maujud.
59. Al-Mu’iid: ( المعيد ) Maha Mengulangi / Maha Mengembalikan dan Memulihkan, iaitu menumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau setelah rosaknya.
60. Al-Muhyii: ( المحي ) Maha Menghidupkan, iaitu memberikan daya kehidupan pada setiap sesuatu yang berhak hidup.
61. Al-Mumiit: ( المميت ) Maha Mematikan, iaitu mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa yang hidup.
62. Al-Hay: ( الحي ) Maha Hidup, iaitu sentiasa kekal hidupNya itu.
63. Al-Qayyuum: ( القيوم ) Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya , iaitu baik ZatNya, SifatNya, Af’alNya. Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. DenganNya pula berdirinya langit dan bumi ini.
64. Al-Waajid: ( الواجد ) Maha Penemu / Maha Menemukan, iaitu dapat menemukan apa saja yang diinginkan olehNya, maka tidak berkehendakkan pada suatu apa pun kerana sifat kayaNya yang secara mutlak.
65. Al-Maajid: ( الماجد ) Maha Mulia, (sama dengan no. 48 yang berbeda hanyalah tulisannya dalam bahasa Arab, Ejaan sebenarnya no. 48 Al-Majiid, sedang no. 65 A1-Maajid).
66. Al-Waahid: ( الواحد ) Maha Esa.
67. Al-Ahad: ( الأحد ) Maha Tunggal.
68. Ash-Shamad: ( الصمد ) Maha Diperlukan / Maha Diminta / Yang Menjadi Tumpuan, iaitu selalu menjadi tujuan dan harapan orang di waktu ada hajat keperluan.
69. Al-Qaadir: ( القادر ) Maha Berkuasa/ Maha Kuasa / Maha Berupaya
70. Al-Muqtadir: ( المقتدر ) Maha Menentukan.
71. Al-Muqaddim: ( المقدم ) Maha Mendahulukan / Maha Menyegera, iaitu mendahulukan sebahagian benda dari yang lainnya dalam mewujudnya, atau dalam kemuliaannya, selisih waktu atau tempatnya.
72. Al-Muakhkhir: ( المؤخر ) Maha Menangguhkan / Maha Mengakhirkan / Maha Membelakangkan / Maha Melambat-lambatkan., iaitu melewatkan sebahagian sesuatu dari yang lainnya.
73. Al-Awwal: ( الأول ) Maha Pemulaan  / Maha Pertama, iaitu terdahulu sekali dari semua yang maujud.
74. Al-Aakhir: ( الآخر ) Maha Penghabisan / Yang Akhir, iaitu kekal terus setelah habisnya segala sesuatu yang maujud.
75. Azh-Zhaahir: ( الظاهر ) Maha Zahir / Maha Nyata / Maha Menyatakan, iaitu menyatakan dan menampakkan kewujudanNya itu dengan bukti-bukti dan tanda-tanda ciptaanNya
76. Al-Baathin: ( الباطن ) Maha Tersembunyi, iaitu tidak dapat dimaklumi ZatNya, sehingga tidak seorang pun dapat mengenal ZatNya itu.
77. Al-Waalii: ( الوالى ) Maha Menguasai / Maha Menguasai Urusan / Yang Maha Memerintah, iaitu menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi milikNya.
78. Al-Muta’aalii: ( المتعال ) Maha Suci/Tinggi , iaitu terpelihara dari segala kekurangan dan kerendahan.
79. Al-Bar: ( البار ) Maha Dermawan / Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan) / Yang banyak membuat kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan besar kenikmatan yang dilimpahkanNya.
80. At-Tawwaab: ( التواب ) Maha Penerima Taubat, iaitu memberikan pertolongan kepada orang-orang yang melakukan maksiat untuk bertaubat lalu Allah akan menerimanya.
81. Al-Muntaqim: ( المنتقم ) Maha Penyiksa / Yang Maha Menghukum, kepada mereka yang bersalah dan orang yang berhak untuk memperoleh siksaNya.
82. Al-’Afuw: ( العفو ) Maha Pemaaf / Yang Maha Pengampun, menghapuskan kesalahan orang yang suka kembali untuk meminta maaf padaNya.
83. Ar-Rauuf: ( الرؤف ) Maha Pengasih / Maha Mengasihi, banyak kerahmatan dan kasih sayangNya.
84. Maalikul Mulk: ( المالك الملك ) Maha Pemilik Kekuasaan  / Maha Menguasai kerajaan / Pemilik Kedaulatan Yang Kekal, maka segala perkara yang berlaku di alam semesta, langit, bumi dan sekitarnya serta yang di alam semesta itu semuanya sesuai dengan kehendak dan iradatNya.
85. Zul-Jalaali Wal Ikraam: ( ذوالجلال والإكرام ) Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan  / Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Juga Zat yang mempunyai keutamaan dan kesempurnaan, pemberi kurnia dan kenikmatan yang amat banyak dan melimpah ruah.
86. Al-Muqsith: ( المقسط ) Maha Mengadili / Maha Saksama, iaitu memberikan kemenangan pada orang-orang yang teraniaya dari tindakan orang-orang yang menganiaya dengan keadilanNya.
87. Al-Jaami’: ( الجامع ) Maha Mengumpulkan / Maha Pengumpul, iaitu mengumpulkan berbagai hakikat yang telah bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari pembalasan.
88. Al-Ghaniy: ( الغنى ) Maha Kaya Raya / Maha Kaya serta Serba Lengkap, iaitu tidak berkehendakkan apa juapun dari yang selain ZatNya sendiri, tetapi yang selainNya itu amat mengharapkan padaNya.
89. Al-Mughnii: ( المغنى ) Maha Pemberi kekayaan / Maha Mengkayakan dan Memakmurkan, iaitu memberikan kelebihan yang berupa kekayaan yang berlimpah-ruah kepada siapa saja yang dikehendaki dari golongan hamba-hambaNya.
90. Al-Maani’: ( المانع ) Maha Membela atau Maha Menolak / Maha Pencegah, iaitu membela hamba-hambaNya yang soleh dan menolak sebab-sebab yang menyebabkan kerosakan.
91. Adh-Dhaar: ( الضار ) Maha Mendatangkan Mudharat / Maha Pembuat Bahaya  / Maha Pemberi bahaya, iaitu dengan menurunkan seksa-seksaNya kepada musuh-musuhNya
92. An-Naafi’: ( النافع ) Maha Pemberi Manfaat , iaitu meluaslah kebaikan yang dikurniakanNya itu kepada semua hamba, masyarakat dan negeri.
93. An-Nuur: ( النور ) Maha Pemberi Cahaya  / Maha Bercahaya, iaitu menonjokan ZatNya sendiri dan menampakkan untuk yang selainNya dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.
94. Al-Haadi: ( الهادى ) Maha Pemberi Petunjuk / Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk, iaitu memberikan jalan yang benar kepada segala sesuatu agar berterusan adanya dan terjaga kehidupannya.
95. Al-Badii’: ( البديع ) Maha Indah / Tiada Bandingan  / Maha Pencipta yang baru, sehingga tidak ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu.
96. Al-Baaqi: ( الباقع ) Maha Kekal, iaitu kekal hidupNya untuk selama-Iamanya
97. Al-Waarits: ( الوارث ) Maha Membahagi / Maha Mewarisi  / Maha Pewaris, iaitu kekal setelah musnahnya seluruh makhluk.
98. Ar-Rasyiid: ( الرشيد ) Maha Cendekiawan / Maha Pandai / Bijaksana / Maha Memimpin, iaitu yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi penerangan dan panduan pada seluruh hambaNya dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut ketentuan yang digariskan oleh kebijaksanaan dan kecendekiawanNya.
99. Ash-Shabuur: ( الصبور ) Maha Penyabar yang tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan tidak juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum masanya.

asmaul husna ...

 
 
FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA
 
 
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat…”
 
 

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:”Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga.” dari Sahih Bukhari.


Apabila berzikir dengan nama-nama Allah hendaklah dibaca dengan dimulai dengan perkataan Yaa (Wahai). Contohnya: ar-Rahman menjadi Ya Rahman.
Allah:
Nama yang Maha Agung dan Mulia. Pemilik utama segala pujian. Di baca dengan khusyuk, tertib dan dengan kebersihan rohani untuk dekat dengan Allah setiap hari.
Ar Rahman (Maha Pengasih): 100x selesai solat 5 waktu, insyaAllah sesiapa yang membacanya akan menjadi seorang yang pengasih, terang hatinya dan tidak mudah menjadi pelupa.
Ar Rahim (Maha Penyayang): 100x setiap hari. InsyaAllah akan di jadikan orang tersebut penyayang dan di sayangi orang dan di beri kemudahan.
Al Malik (Maha Menguasai): 121x setiap hari selepas fajar, insyaAllah akan di kayakan Allah dengan bersebab atau dengan pintu yang di bukakan Allah.
Al Quddus (Maha Suci): 100x setiap hari setelah tergelincir matahari. InsyaAllah hari-harinya akan bersih dengan kesombongan, iri hati dan hasad dengki.
As Salaam (Maha Sejahtera): 160x setiap hari, insyaAllah penyakit yang di deritai akan sembuh atau bila di bacakan kepada pesakit akan sembuh selagi belum sampai ajal.
Al Mu'min (Maha Pemelihara Keamanan): 136x setiap hari insyaAllah akan aman diri dan hartanya daripada kejahatan.
Al Muhaimin (Maha Menjaga): Sebanyak-bayaknye setiap hari, insyaAllah akan sentiasa di awasi Allah dan di bersihkan zahir & batinnya. Juga bercahaya hatinya.
Al Aziz (Maha Mulia): 40x setiap hari selesai solat subuh selama 40 hari, insyaAllah akan di kurniakan Allah kekayaan dan di muliakan oleh Allah. Tidak akan dia mengharap atau berhajat sesuatu selain daripada Allah.
Al Jabbar (Maha Perkasa): 100x setiap pagi dan petang, insyaAllah tidak berdaya orang yang memusuhi untuk menganiayakannya. Akan tunduk mereka semua dengan pertolongan Allah.
Al Mutakabbir ( Maha Megah): 100x setiap hari, insyaAllah akan terlindung daripada musuh dan tunduk orang yang takabbur. Jika di baca saat bersama isteri, insyaAllah akan di kurniakan anak yang soleh dan sihat.
Al Khaliq (Maha Pencipta): 100x insyaAllah akan di temui harta, kekasih atau keluarga yang hilang. Jika di baca di waktu malam Allah akan mengirimkan malaikat untuk membantu menempuh hidup di atas jalan yang benar.
Al Bari (Maha Membebaskan): 100x pada siang hari, insyaAllah akan terhindar dan selamat dari kesulitan dan kebinasaan.
Al Musawwir (Maha Pembentuk): 336x, insyaAllah segala perbuatan dan pekerjaannya akan menjadi baik.
Al Ghaffur (Maha Pengampun): 100x dalam keadaan menunggu solat Jumaat di dalam Masjid; dosa-dosa yang terdahulu akak diampun kan Allah SWT, insyaAllah.
Al-Qahhar (Maha Pemaksa/Maha Menguasai): Di baca setiap malam secara terus-menerus sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan mendapat ketenangan batin dan bebas daripada kehidupan yang sukar.
Al-Wahhab (Maha Pemberi): 300x setiap hari atau selepas selesai solat 5 waktu; insyaAllah akan dan mendapat kekayaan, kehebatan dan kebesaran.
Ar-Razzaq (Maha Pemberi Rezeki): Baca berulang-ulang kali insyaAllah segala usaha kita akan berjalan lancar serta sentiasa dikurniakan rezeki yang mencukupi.
Al-Fattah (Maha Membebaskan/ Maha Membukakan): di baca 71x setiap selesai fardhu subuh sambil meletakkan tangan di atas dada; insyaAllah akan bercahaya hatinya dan dipermudahkan segala urusannya.
Al-Alim (Maha Mengetahui): 100x sesudah solat 5 waktu, insyaAllah akan memperoleh ilmu ma'rifat dan kasyaf serta iman yang sempurna.
Al-Qabid (Maha Penggenggam): Sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan terlepas daripada ancaman jahat.
Al-Basit (Maha Meluaskan): Baca 10x setelah solat Dhuha, insyaAllah akan dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus dan di luaskan ilmunya.
Al-Khafid (Maha Menjatuhkan): 500x dengan khusyuk dan tawadhuk; insyaAllah akan terlindung daripadanya perbuatan dan maksud jahat serta di kabulkan hajatnya.
Ar-Rafi' (Maha Meninggikan): 100x setiap hari, insyaAllah akan ditinggikan darjatnya oleh Allah SWT.
Al-Muiz (Maha Memuliakan): 140x seepas solat isya' setiap Isnin dan Jumaat, insyaAllah akan dipandang mulia oleh orang.
Al-Muzill (Maha Menghinakan): 75x , akan dijauhkan Allah SWT daripada bahaya orang-orang yang berbuat jahat dan memudaratkan.
As-Sami' (Maha Mendengar): 100x setiap khamis setelah selesai solat zuhur tanpa pengetahuan orang lain akan termakbul doanya, insyaAllah.
Al-Basir (Maha Melihat): 100x sebelum solat Jumaat; Allah akan membuka hati dan fikirannya, insyaAllah.
Al-Hakam (Maha Menetapkan hokum): Dibaca sebanyak-banyaknya selepas tengah malam, insyaAllah akan dikurniakan ilmu rahsia dan hikmah agama.
Al-'Adl (Maha Adil): 100x setiap selesai solat 5 waktu; insyaAllah akan dikurniakan Allah sifat yang adil dan diperlukan pula untuk mengadili orang lain.
Al-Latif (Maha Penyantun / Maha Lemah-Lembut): 133x setiap hari, insyaAllah akan di peroleh taufiq dan hidayah daripada Allah SWT. Akan berhasil dalam perniagaan dan sentiasa dilimpahi rezeki.
Al-Khabir (Maha Bijaksana): Zikir sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan berhenti dari segala tabiat buruknya dan akan terhindar dari perbuatan khianat orang-orang zalim.
Al-Halim (Maha Penyantun/ Maha Penyabar): 88x setiapkali selesai solat sunat fardhu; insyaAllah akan kekal berpangkat kedudukannya dan akan bertambah baik kedudukannya, insyaAllah.
Al-'Azim (Maha Agung): 70x setiap hari dan setiap malam selama sebulan: insyaAllah akan naik darjatnyadan memperoleh kelebihan dan kesenangan yang banyak dalam kehidupan dunia.
Al-Ghafur (Maha Pengampun): Zikir sebyanyak-banyaknya setiap malam: insyaAllah akan dilenyapkan segala kesukarannya dan diampunkan dosa bagi mereka yang bertaubat.
As-Syakur (Maha Mensyukuri): Zikir sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan di jernihkan hatinya dan disembuhkan penyakit yang di alaminya.
Al'Aliy (Maha Tinggi): Zikirlajh sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan terbela nasib mereka yang membaca nya dan terarah matlamat hidupnya dan jika sedang mengembara akan selamat sampai ke destinasinya, insyaAllah.
Al-Kabir (Maha Besar) 100x setiap selesai solat fardhu,; insyaAllah akan dibukakan Allah pintu makrifat baginya. Jika ia berhutang insyaALlah akan berkemampuan melunaskan hutangnya.
Al-Hafiz (Maha Memelihara): 16x setiap hari: insyaAllah akan terselamat daripada malapetaka.
Al-Muqit (Maha Mencukupkan): bacalah sebanyak-banyaknya kedalam segelas air dan diberi minum kepada anak yang buruk perangainya; insyaAllah akan berubah perangai anak itu kepada baik.
Al-Hasib (Maha Menghisab): Zikir setiap hari: insyaAllah akn terhindar daripada bahaya dan bebas daripada rasa takut.
Al-Jalil (Maha Luhur): 75x setiap pagi `kira-kira 2.30 pagi setiap hari; insyaAllah usahanya dan kedudukannya akan meningkat dengan tidak diduga.
Al-Karim (Maha Pemurah): 280x setiap kali hendak tidur, insyaAllah akan lapang reqzekinya dan mendapat kemuliaan dan kehormatan dalam hidupnya.
Ar-Raqib (Maha Mengawasi): 50x dengan niat agar Allah memelihara hartanya; insyaAllah akan terpeliharalah.
Al-Mujib (Maha Mengabulkan): 55x setiap selesai solat subuh; insyaAllah akan di kabulkan permohonannya oleh Allah SWT.
Al-Wasi' (Maha Luas): 127x setiap hari; insyaAllah akan di anugerahkan Allah SWT kehidupan yang mencukupi serta jalan keluar daripada segala kesempitan hidup.
Al-Hakim (Maha Bijaksana): Biasakan zikir ini setiap hari; insyaAlllahtidak akan mengalami kesukaran dalam menjalankan segala tugas dan pekerjaannya.
Al-Wadud (Maha Mencintai): 100x setiap hari; insyaAllah akan diperbaiki segala urusan dunia dan di akhirat.
Al-Majid (Maha Mulia): 99x setiap hari selepas solat subuh dan kemudian ditiupkan ke telapak tangan dan di sapukan ke mukanya; insyaALlah akan dapat kemuliaan dan kasih saying dari keluarganya.
Al-Ba'its (Maha Membangkitkan): 100x sebelum tidur dengan meletakkan kedua-dua tangan di atas dadanya; insyaAllah akan diterangkan hatinya dan di beri ilmu hikmat dan makrifat.
As-Syahid (Maha Menyaksikan): 319x setiap malam; insyaAllah akan meninggalkan segala perbuatan tidak baik dan akan kembali ke jalan yang benar.
Al-Haqq (Maha Haq/Maha Benar): Zikirlah setiap hari; insyaAllah akan tetap hatinya dan keimanannya kepada Allah SWT.
Al-Wakil (Maha Memelihara): 100x; insyaAllah akan Allah redakan hujan lebat yang berbadaikan taufan dan akan pula dibukakan pintu rezeki oleh Allah.
Al-Qawi (Maha Kuat): Bacalah Yaa Qawiyyul Matiin 100x setiap malam; insyaAllah akan kembali bertenaga seperti yang di perlukan bagi mereka yang lemah jasmani dan rohani.
Al-Matiin (Maha Kukuh): Sebanyak-banyaknya dengan hati yang ikhlas dan rendah diri; insyaAllah akan lenyap segala kesulitan yang di hadapi.
Al-Waliyy (Maha Melindungi): 100x pada malam Jumaat, insyaAllah alan diberi Allah satu wilayah dan apabila dihisab di padang mahsyar akan di hisab dengan cara yang amat mudah.
Al-Hamid (Maha Terpuji): 100x setiap kali selepas solat 5 waktu; insyaAllah akan terhindar daripada tabiat buruk akan akan menjadi orang yang soleh.
Al-Muhsi (Maha Menghitung): 100x, insyaAllah akan mendapat kemudahanpada hari perhitungan nanti.
Al-Mubdiyy (Maha Memulai): setiap hari dengan hati yang khusyuk; insyaAllah akan di jernihkan hati dan fikirannya.
Al-Mu'id (Maha Mengembalikan): Zikir sebanyak 124x sebeum mengerjakan solat 5 waktu; insyaAllah barang yang hilang akan di jumpai kembali.
Al-Muhyi (Maha Menghidupkan): 68x setiap selesai solat 5 waktu; insyaAllah akan terkeluar dari badannya segala jenis penyakit.
Al-Mumit (Maha Mematikan): Zikir sebanyak-banyaknya sebelum tidur; insyaAllah sesiapa yang tiada kekuatan melawan nafsunya akan berupaya mengawal nafsunya.
Al-Hayy (Maha Hidup): Zikirlah sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan diberi hati yang terang dengan cahaya tauhid dan iman. Akan terhindar daripada sifat keji dan mungkar.



Al-Qayyum (Maha Tegak/Berdiri dengan SendiriNya):
Zikirlah Yaa Hayyu Yaa Qayyum sebanyak 100x setiap hari; insyaAllah hartanya akan bertambah, di turuti orang perkataannya, dikasihi dia oleh semua dan ditinggikan martabatnya.
Al-Wajid (Maha Mengadakan): Di bacakan sebanyak-banyaknya setiap hari; insyaAllah akan Allah kurniakan kekayaan batin dan kemantapan jiwa.
Al-Majid (Maha Luas Kemuliaan): 100x setiap hari; insyaAllah di jernihkan hati & fikirannya.
Al-Wahid (Maha Esa): zikir secara berulang-ulang kali di tempat sunyi; insyaAllah akan bebas daripada ketakutan.
As-Samad (Maha Diperlukan): 313x dalam waktu 3 hari dan disertai dengan puasa 3 hari juga; insyaAllah akan di kabulkan hajatnya.
Al-Qadir (Maha Kuasa): Di baca sebanyak 100x setiap hari; insyaAllah akan tercapai segala maksud serta hajatnya dan tercapai cita-citanya.
Al-Muqtadir (Maha Menentukan): 100x setiap kali bangun tidur; insyaAllah di permudahkan segala urusan dan pekerjaannya.
Al-Muqaddim (Maha Mendahulukan): 124x setiap hari; insyaAllah akan maju di dalam apa yang di usahakannya.
Al-Muakhir (Maha Mengakhirkan): 100x setiap hari; akan mendapat rahmat dan redha Allah dan di terima taubatnya; insyaAllah.
Al-Awwal (Maha Awal): 40x setiap hari selama 40 hari; insyaAllah akan di kurniakan anak lelaki. Jika di baca sebanyak 100x selama 40 hari ; insyaAllah akan di mudahkan hidupnya.
Al-Akhir (Maha Akhir): 100x setiap selesai solat 5 waktu dan di amalkan selama sebulan ; insyaAllah akan dibukakan pintu rezeki yang halal baginya oleh Allah.
Az-Zahir (Maha Nyata): Zikir Ya Zahir sebanyak 100x setiap selesai solat 5 waktu dan di amalkan selama sebulan; insyaAllah akan di terangi hatinya dan di buka rahsia dari ilmu yang sukar.
Al-Batin (Maha Tersembunyi): 300x setiap selesai solat 5 waktu; insyaAllah akan di bukakan kepadanya keberanian yang sejati.
Al-Waliyy (Maha Menguasai): 100x pada waktu siang dan 100x pada waktu malam insyaAllah akan di bukakan pintu makrifat baginya; insyaAllah.
Al-Muta'ali (Maha Suci/Terpelihara): 100x setiap hari; insyaAllah akan mendapat hasil yang baik dan di tinggikan martabatnya.
Al-Barr (Maha Dermawan): Di baca 70x kepada anak yang baru lahir; insyaALLAH akan terlindung anak tersebut daripada bahaya sehingga akil baligh.
At-Tawwab (Maha Penerima Taubat): Sebanyak mungkin; insyaAllah akan di permudahkan untuk kembali ke jalan yang benar dan di redhai.
Al-Muttaqim (Maha Menyeksa): Zikir sebanyak 100x setiap kali selesai solat 5 waktu atau 100x pada waktu malam; insyaAllah akan mendapat pertolongan untuk mengalahkan musuh.
Al-'Afuw (Maha Pemaaf): Baca sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan di ampunkan dosanya.
Ar-Rauf (Maha Mengasihani): Sesispa yang selalu membaca doa ini akan di kasihi Allah SWT. Akan di limpahi rahmat dan tidak pula dia sengsara di dalam hidupnya.
Al-Malikul Mulk (Maha Menguasai Kerajaan): Zikir sebanyak 212x atau lebih setiap hari; insyaAllah akan di anugerahkan harta dan kekayaan kepadanya.
Dzul Jalaali wal Ikram (Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan): Baca sebanyak 100x setiap hari selama sebulan maka Alllah akan memakbulkan hajat dan doanya.
Al-Muqsit (Maha Mengadili): Di baca sebanyak 70x dengan niat; insyaAllah di kabulkan niatnya.
Al-Jami' (Maha Mengumpulkan): Baca sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan jumpa barang yang hilang dan keluarga yang jauh akan di ketemukan semula.
Al-Ghani (Maha Kaya): Di baca sebanyak 100x setiap hari; insyaAllah akan di anugerahkan kepadanya kekayaan zahir & batin dan juga di permudahkan jalan hidupnya.
Al-Mughni (Maha Mengkayakan): Zikir sebanyak 100x; insyaAllah akan menjadi kaya dengan kurnia Allah.
Al-Mani' (Maha Menolak/Melarang): Baca sebanyak 164x sebelum solat subuh; insyaAllah akan di kurniakan kehidupan kekeluargaan yang baik dan terhindar daripada kezaliman.
Ad-Dharr (Maha Memudharatkan): 100xsetiap hari ; insyaAllah akan sembuh daripada penyakit yang telah lama tidak dapat di sembuhkan.
An-Nafi' (Maha Pemberi Manfaat): setiap hari sebanyak-banyaknya: insyaAllah segala penyakit dan kesusahannya akan hilang.
An-Nur (Maha Bercahaya): sebanyak 256x setiap hari; insyaAllah akan terang hati nurani dan jiwanya untuk makrifat kepada Allah SWT.
Al-Hadi (Maha Pemberi Petunjuk): Sesiapa yang selalu menyebut asma' ini; insyaAllah akan memperoleh ilmu kerohanian.
Al-Badi' (Maha Pencipta Yang Baru): Di baca yaa Badi' as Samawaati wal Ardh sebanyak 70x; insyaAllah akan bebas dia dari sebarang kesulitan.
Al-Baqi (Maha Kekal): 100x; insyaAllah akan hilang segala dukacitanya dan kemudharatan.
Al-Warith (Maha Mewarisi): 70x setiap malam; insyaAllah akan memperoleh kejayaan di dalam bidang kehidupan yang di ceburi.
Ar-Rashid (Maha Pemberi Petunjuk): zikir sebanyak 100x antara Maghrib dan Isya'; insyaAllah segala kesusahan dan kepayahannya akan hilang.
As-Sabur (Maha Penyabar): Zikirlah sebanyak 300; insyaAllah akan hilanglah penderitaan dan kesusahan yang sedang di hadapi.

 
 
 

AIR KELAPA MUDA ....

 
 
 
Seperti yang diketahui ramai, kelapa sememangnya mempunyai seribu satu kegunaan. Keseluruhan pokok kelapa termasuk airnya turut memberikan khasiat kepada tubuh badan manusia.

Antara khasiat air kelapa muda untuk kesihatan anda ialah :

Air kelapa sebagai minuman isotonik kerana ia membekalkan tenaga dan mengandungi nutrien penting seperti kalsium, potasium, magnesium, sodium, riboflavin, klorida dan elektolit.

Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolesterol. Malah ia dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) di dalam badan.

Air kelapa berunsur alkali dan mampu meneutralkan kandungan asid yang tinggi dalam badan manusia. Oleh itu ia dapat menstabilkan PH dalam badan anda.

Berguna untuk ibu-ibu yang mengandung bagi mencantikkan kulit bayi dan mudah bersalin. Ia juga dikatakan dapat memperbanyakkan air ketuban bayi.

Dapat mengelak tubuh dari terhidrasi dengan menambah kandungan air dalam badan, memberi tenaga kepada badan anda seterusnya meningkatkan stamina badan.

Ia membantu melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh dan membawa oksigen ke sel badan manusia.

Air kelapa turut digunakan sebagai minuman diet kerana fungsinya sebagai minuman isotonik dapat membantu mengurangkan berat badan seseorang tanpa menjejaskan bekalan nutrien penting kepada badan.

Air kelapa dapat meningkatkan sistem imunisasi di dalam badan bagi melawan penyakit.

Dapat mengubati pelbagai penyakit seperti selsema, demam campak, demam panas dan demam kuning pada bayi. Risiko mendapat penyakit kanser, buah pinggang dan batu karang dapat dikurangkan jika minum air kelapa muda. Ia juga dikatakan berkesan untuk mengawal AIDS.

Selain itu, ia dapat mengawal kandungan gula di dalam darah, jadi amat sesuai diminum oleh pesakit diabetes.

Ia dapat mengeluarkan toksid di dalam badan dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.
Mengatasi mabuk dan keracunan makanan seperti cendawan, udang, ketam dan jering.

Bagi yang panas badan, boleh minum air kelapa kerana ia dapat menyejukkan badan di samping menstabilkan suhu badan.

Berfungsi membersihkan sistem pencernaan dalam badan dan mengelaknya daripada tersumbat.

Bersifat antigen, jadi berkesan untuk mengubati parut akibat terbakar, jerawat, gatal-gatal badan dan sebagainya.

Salah satu bahan rahsia menyedapkan masakan seperti kari, gulai dan rendang.
 
 
Apakah kelebihan Air Kelapa Muda? Ia dianggap lebih berkhasiat berbanding susu lembu kerana kandungan lemaknya rendah dan ia tiada kolesterol.
 
Ia lebih berkhasiat berbanding jus oren kerana kalorinya jauh lebih rendah.
 
Ia juga lebih baik dari susu bayi yang diproses kerana ia mengandungi asid laurik yang wujud dalam susu ibu yang asli.
 
Ia juga adalah penderma darah yang universal kerana sifatnya yang serupa dengan plasma darah manusia.
 
 
Ia adalah minuman isotonik asli, tahapnya sama dengan apa yang ada dalam darah orang yang sihat.
 
Air Kelapa Muda telah “menyelamatkan nyawa” ramai penduduk Dunia Ketiga melalui kaedah perubatan tradisional dan petua, tapi kita mungkin tidak perasan.
 
 
Tanda-tanda keracunan
muntah, pening, cirit-birit, sakit perut, badan lemah dan gatal-gatal atau ditumbuhi bintik-bintik merah. Hanya minum air kelapa muda sebiji.
 
 
H1N1 dan selesema burung
Air kelapa muda dicampur dengan madu dan kurma.
 
 
Keracunan cendawan

 air kelapa muda hendaklah dicampur dengan satu sudu makan madu asli. la juga amat mujarab untuk mengubati pelbagai penyakit dan melegakan kesan-kesan mabuk akibat keracunan makanan seperti cendawan, udang, ketam dan jering.
 



Demam campak, demam kuning dan demam panas

 Untuk demam panas, ia hendaklah dicampur dengan jus limau nipis.
 
 
 
Buang racun

 Selain bekam, minum air kelapa muda boleh membuang racun dalam darah.
 
 
Ibu mengandung
Selain itu, kepercayaan dulu juga disarankan ibu yang sedang mengandung perlu kerap minum air kelapa muda.
 
Air kelapa ini dipercayai dapat membersihkan janin di dalam rahim dan memudahkan kelahiran bayi, menjadi bersih, tiada kurap dan sebagainya.
 
 
Colitis, luka, cirit-birit, disentri, dan buasir
Air kelapa juga dapat mengatasi kerosakan sistem saluran pecernaan seperti mengurangkan gas, mual, dan sakit perut.
 

Sunday, July 28, 2013

Surah Al-Mulk - Bacaan Syeikh Saad Al-Ghamdi -


SURAH AL MULK ...

 

 

 

Kelebihan Surah Al Mulk

Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.
 
 
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
 
 
Di antara kelebihan Surah ini ialah:
 
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.
 .
.

Fadhilat Dari Hadis

Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:
.
1. Mendapat Syafaat
 
  • Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”
  •  
  • Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.” 
 
  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.” 
 
  • Ulama berkata: ”Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”
 .
.
2.  Menyelamatkan daripada seksa kubur
 
 
Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi  hukuman.  Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”.
 
Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.
 
 
Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.
.
  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.” 
  • Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.” 
  • Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”. 
  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.” 
  • Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”
  • Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda; “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.”  (HR At-Tarmizi)
 .
 .
3. Hati Beriman
 
  • Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).
  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”
 .
 .
4.  Mendapat Keistimewaan
 
  • Saiyidina ‘Ali berkata: ”Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.” 
  • Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.” 
.
.

Khasiat Ayat Dari Surah Al-Mulk

Ayat dari Surah Al Mulk juga mempunyai khasiat dan keistimewaan yang lain. Diantaranya:
 .
1.  Khasiat Ayat 14 Surah Al-Mulk

أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ‌ ﴿١٤

Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
1. Dipandang hebat dan berwibawa.
2. Boleh mengetahui apakah kelebihan diri sendiri.
3..Dapat merasai apabila ajal telah hampir tiba.
4. Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir.
5. Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang besar.
6. Jauh dari seksa kubur jika dibaca ayat 14 dan 15 surah Al Mulk.
7. Jika berhajat hendak melihat orang yang melakukan jahat, pencuri, sihir, memfitnah, orang yang sudah meninggal dalam kubur dan perkara yang penting dalam peperiksaan lakukan:
a. Solat hajat.
b. Baca ayat di atas 9 kali dan diniatkan.
c. Tidur dalam keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan tidur mengiring dengan lembung kanan.
.
.
 
2.  Khasiat Ayat 23 Surah Al-Mulk

قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ‌ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُ‌ونَ ﴿٢٣

Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.
.
- Jika diamalkan ayat ini, iaitu dibacakan pada gigi yang sakit. InsyaAllah, akan berkurangan dan sembuh sakit giginya.
.
.
Terdapat banyak keistimewaan daripada tiga puluh ayat Surah Al – Mulk tersebut. Ia akan terus mensyafaati bagi orang yang membacanya dengan istiqamah hingga ia diampunkan.
.
.
Wallahua’lam bish showab
.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

SURAH AD DHUKAN ...

 

 

 

Kelebihan Dan Fadhilat Surah Ad-Dukhan

Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menyatakan fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Ad Dukhan ini, diantaranya:
 
 
1.  Dari Khalil bahawa Rasulullah SAW bersabda:  
 
 
“Di dalam Al Quran terdapat 7 surah yang dimulai dengan Haa Miim, akan datang di depan setiap pintu neraka jahanam dan memohon kepada Allah SWT dengan katanya; “Ya Allah! Janganlah Dikau masukkan ke dalam neraka ini orang yang percaya kepadaku dan membacaku.” (HR: Al Baihaqi).
 
 
 
2.  Daripada Zaid Ibnu Haritsah r.a, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda kepada Ibnu Zayyad;
 
 “Sesungguhnya aku simpan sesuatu, maka apakah ia?. Maka Nabi SAW simpan baginya surah Ad-Dukhan, maka baginda bersabda dia ialah (Ad-Dukhan) dan bersabda lagi; Pergilah. Masyaallah, kemudian dia pergi”.
 
 
3.  Dari Abi Ja’far r.a., beliau berkata,
Rasulullah SAW bersabda:
 
“Orang yang membaca surah Ad-Dukhan dalam solat-solat fardhu dan nafilahnya (sunatnya), maka Allah akan membangkitkannya bersama orang-orang yang mendapatkan penjagaan Allah pada hari Kiamat, menaunginya di bawah Arsy-Nya, menghisabnya dengan mudah dan memberi kitab (catatan amal) nya dari sebelah kanannya.” (HR: Abu Hamzah Tsumali)
 

Malam Jumaat

 
 
1.  Daripada Abi Hurairah r.a berkata,
Nabi SAW bersabda:
 
“Sesiapa membaca “Haa Miim – Ad Dukhan” pada malam Jumaat; maka diberi keampunan baginya ." (HR: Ibnu Katsir).
 
 
2.  Dari Umamah pula menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: 
 
“Sesiapa yang membaca surah Ad Dukhan pada malam atau hari Jumaat maka Allah akan membinakan sebuah rumah dalam syurga.”
(HR: At Tabrani).
 
 
3.  Disebutkan dalam tafsir al-Burhan, dari Nabi SAW bersabda;
 
“Orang yang membacanya (surah ad-Dukhan) pada malam Jumaat, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” 
 
Baginda SAW juga bersabda, “Orang yang membaca surah ad-Dukhan pada malam Jumaat akan dimintakan ampun (atas dosa-dosanya) menjelang paginya oleh tujuh puluh ribu Malaikat.”
.
.

Membaca Surat Ad-Dukhan, dimohonkan ampun oleh Malaikat.

 
1.  Rasulullah SAW bersabda:
 
“Sesiapa membaca Ad-Dukhan setiap malam, maka tujuh puluh ribu (70.000) malaikat memohon ampun untuknya.” (HR. Tirmidzi).
 
 
2.  Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda:
 
“Sesiapa yang membaca surah “Haamim – Ad Dukhan” pada waktu malam; maka esoknya 70 ribu malaikat akan meminta ampun baginya“. (HR.Ibnu Katsir)
 
 
3.  Rasulullah SAW bersabda :
 
“Sesiapa membaca Ad-Dukhan di waktu malam, maka 70.000 malaikat memohon ampun untuknya.” (HR. Tirmidzi).
 
 

Khasiat Ayat-Ayat Surah Ad-Dukhan

  1. Mengamalkan membaca keseluruhan surah Ad-Dukhan ini, akan terselamat dari segala gangguan
  2. Khasiat ayat 1-8 – Membantu membinasakan musuh.
  3. Khasiat ayat 12 – Dijauhkan daripada ditimpa bala.
  4. Khasiat ayat 68-73   - Dapat membantu memenangi berhujah.
.
Mudah-mudahan kita sentiasa dapat membaca surah Ad-Dukhan bersekali dengan Surah Yasin, pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
 
Surah Ad-Dukhan yang mengandungi 59 ayat ini dikaitkan dengan memohon keampunan dan elok difahami erti dan maksudnya.
 
Dan istimewanya membaca Surah Ad-Dukhan juga, Malaikat akan memohon ampun untuk  pembacanya.
.
.والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
.
 
 
 
TERIMAKASIH
 
JAZAK ALLAH KHAYR ...
 
 

SURAH AL BAQARAH AYAT 1-5 AYAT 255 DAN AYAT 284-286 ..

Di bacaa waktu SUBUH dan Maghrib.. Penghalang ahli sihir dan penyelamat hari kiamat.. Dinukil dari hadit...