Sunday, January 26, 2014

MENZIARAHI SAUDARA YG SEDANG SAKIT ..

 
 
 
Diriwayatkan hadith dari Abdul Rahman b Abi Laila hadith dari Ali (r.a) yg berkata:
 
'Aku mendengar RasulAllah (s.a.w) bersabda:
 
 'Barangsiapa yg datang kpd saudaranya yg sama Islam menjenguk (atau menziarahinya) (maka dia seumpama) berjalan di taman-taman syurga sehingga duduk dia (di rumah saudara yg diziarahinya); maka ketika duduk dia (maka) menutupi (atau menyelubungi atasnya) kerahmatan Allah (a.w).
 
Maka jika berpagi dia (menziarahi saudaranya itu) mendoakan selamat sejahtera atasnya 70,000 para malaikat sehingga petang hari; dan jika ada dia (menziarahi saudaranya itu) ketika petang, maka mendoakan selamat sejahtera atasnya 70,000 malaikat hingga pagi esoknya.'
 
[Hadith ibnu Majah, Kitab Janaiz]
 
Saudara, demikianlah banyak kefadhalan bagi seseorang iman itu dalam melakukan suatu amal soleh yg mudah, iaitu menjenguk atau menziarahi saudaranya yg Islam (ketika hidup mahupun ketika berlaku kematiannya).
 
Kalau menjenguk dia ketika sakit tenat, dan kemudian mati saudaranya itu, disolatnya, maka Allah (a.w) berikan satu kirat pahala (
 
Nota: satu kirat pahala sebesar gunung Uhud. Gunung Uhud itu adalah satu banjaran gunung di Mekah yg panjangnya adalah 7.5 kM. Jika menemani jenazahnya ke kubur diberi pula satu kirat lagi pahala).
 
Menziarahi saudara sesama Islam itu mendapat kerahmatan Allah (a.w).
 
Demikianlah utamanya hubungan keakraban dan persaudaraan dalam Islam itu.
 
 
 
 
 
 
 
 


No comments:

Selamat Hari Raya..

  Aidil fitri hari bahgia Hari yang mulia Mohon maaf bersama dipinta Selamat Selamat Hari Raya Sembah salam ayah dan bonda Ampun...