Wednesday, January 1, 2014

Ucapan Salam Fadilat Dan Kebaikannya ..

 
Assalamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh
 

 بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
 
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Salam adalah satu ucapan dari seseorang Islam kepada saudaranya yang lain dengan maksud mendoakan kesejahteraanya dan keselamatannya.
 
Kata salam dalam Bahasa Arab mempunyai erti keselamatan, kesejahteraan atau ‎kedamaian. Beberapa bentuk lafaz salam yang selalu ducapkan oleh seseorang muslim antaranya adalah; ‎


 1. Assalamu ' alikum,
2. Assalamu ' alikum warahmatullaah
3. Assalaamu ‘alaikum warahmatullaahi ‎wabarakaatuh

Ketiga-tiga bentuk salam itu mempunyai makna yang berbeza dan sudah tentu mempunyai markah pahala yaang berbeza juga. Ini dihuraikan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya yang diceritakan oleh;


 ‎Imran Bin Hushain r.a menceritakan tentang seseorang yang mendatangi ‎Rasulullah SAW dan mengucapkan salam: "Assalaamu ‘alaikum!"
 
Rasulullah SAW ‎menjawab salam tersebut, dan kemudian memberikan komentar:
 
"Sepuluh!"
 
Kemudian ‎datang orang lain yang mengucapkan salam:
 
"Assalaamu ‘alaikum warahmatullaah!" ‎
 
Rasulullah SAW menjawab dan kemudian memberikan komentar: "Dua puluh!"
 
Dan ‎datanglah orang ketiga dan mengucapkan salam:
 
"Assalaamu'alaikum warahmatullahi ‎wabarakaatuh!"
 
Maka Rasulullah SAW menjawab: "Tiga puluh!"
 
(Hadis Riwayat Abu Daud dan ‎Tirmidzi).‎


 Ini bererti mengucap salam dengan lafaz salam yang lebih sempurna akan mendapat lebih pahala. ‎Sebagaimana Firman Allah Subhanahu wataala dalam al-Qur’an:‎
Maksudnya: "Dan apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah ‎penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). ‎Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu." (Surah An-Nisaa' ayat 86).‎
Ucapan yang paling indah di Syurga adalah salam.
 
 
http://abubasyer.blogspot.com/2014/01/ucapan-salam-fadilat-dan-kebaikannya.html
 
 
TERIMAKASIH
 
JAZAK ALLAHU KHAYR ..
 

No comments: