Thursday, February 13, 2014

Doa Ismul A'zham Zaid Haritsah RA ...

 
 
 
Doa Ismul A'zham Zaid Haritsah RA
 
 
Rasulullah SAW bersabda, “hai Zaid, engkau telah di ajar oleh Allah SWT kalimah ismul ‘akzham, sesiapa yang berdoa dengannya akan diperkenankan, dan sesiapa yang meminta dengannya akan di beri dengan segera.” 

 
 
[Ya Allah, Maha Pencinta 3x Wahai Pemilik Arasy Yang Mulia, Wahai Zat Yang Menzahirkan, Wahai Zat Yang Mengembalikan, Wahai Zat Yang Berbuat SekehendakNya, aku memohon padaMu demi nur wajahMu yang memenuhi seluruh ruang ArasyMu, dan demi qudratMu yang telah Engkau taqdirkan ke atas sekelian makhlukMu, dan demi rahmatMu yang meliputi setiap sesuatunya, tiada tuhan melainkan Engkau, demi rahmatMu yang memberi pertolongan, Wahai Zat Yang Menolong orang yang meminta pertolongan, tolonglah aku 3x].
Suatu peristiwa telah berlaku pada Zaid bin Haritsah, iaitu anak angkat Rasulullah SAW, juga panglima perang islam yang sangat disayangi.
 
Zaid sedang berhadapan dengan seorang musuh yang ganas dengan pedangnya terhunus dari suku Kurdi.
 
Orang itu berkata, “hai Zaid, bersiaplah untuk mati!” Zaid menjawab, “tunggulah sebentar, aku ingin solat dahulu.” Zaid kemudian bersolat 2 rakaat.
 
Selesai bersolat, Zaid lalu menghadap wajahnya ke langit, menadah kedua tangannya dan berdoa dengan doa yang tersebut di atas.

Tidak lama kemudian, datanglah seorang yang tidak dikenali menunggang kuda dengan pedang terhunus, lalu bertempur dengan musuh Zaid.
 
Akhirnya musuh Zaid terkorban. Kemudian pendatang baru itu berkata pada Zaid, “waktu engkau berdoa pertama kalinya, ketika itu aku sedang berada di atas langit ke7, aku di perintah oleh Jibril untuk turun membantumu. Ketika engkau berdoa kedua kalinya, aku telah berada di langit dunia.
 
Dan ketika engkau berdoa ketiga kalinya, aku kini berada di hadapan musuhmu. Ketahuilah hai Zaid, bahawa sesiapa yang berdoa dengan doamu ini, akan diperkenankan Allah SWT di saat itu juga.”

Ketika Zaid pulang ke Madinah, dia memberitahu peristiwa tersebut kepada Rasulullah SAW.
 
Rasulullah SAW lalu bersabda, “hai Zaid, engkau telah di ajar oleh Allah SWT kalimah ismul a'zham, sesiapa yang berdoa dengannya akan diperkenankan, dan sesiapa yang meminta dengannya akan di beri dengan segera.”
 
 
 
 
 

No comments:

SURAH AL BAQARAH AYAT 1-5 AYAT 255 DAN AYAT 284-286 ..

Di bacaa waktu SUBUH dan Maghrib.. Penghalang ahli sihir dan penyelamat hari kiamat.. Dinukil dari hadit...