Monday, October 23, 2017

syirik khafi .. ujub riak takbur



SYIRIK KHAFI / SYIRIK TERSEMBUNYI


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Syirik yang dilakukan umat ku lebih tersembunyi daripada semut halus yang merayap di atas batu yang besar.” (Riwayat Al Hakim)


“Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan atas kamu sekalian adalah syirik kecil (syirik khafi), riya’. Pada hari kiamat, ketika memberi balasan manusia atas perbuatannya, Allah berfirman, “Pergilah kalian kepada orang-orang yang kalian tujukan amalanmu kepada mereka di dunia. Lihatlah, apakah engkau dapati balasan di sisi mereka?” (Riwayat Imam Ahmad)


Di antara perbuatan syirik tersembunyi yang lain adalah seperti;


a) Menanamkan perasaan takut dan gerun kepada kekuatan sesuatu yang lain dari Allah.


b) Menumpukan harapan kepada sesuatu yang lain daripada Allah.


c) Bersumpah dengan sebarang sebutan yang lain daripada menyebut nama atau sifat Allah.


d) Mengatakan: Kalaulah tidak kerana pertolongan dia, tentulah aku tidak berjaya dan sebagainya.


e) Mengatakan: Kalaulah tidak kerana ayam berkokok, polis meronda dan sebagainya tentulah rumahku dimasuki pencuri.


f) Melakukan sesuatu amal ibadat atau membuat sesuatu pengorbanan, perjuangan, bukan kerana menjunjung perintah Allah tetapi untuk suatu tujuan yang lain.


g)Bergantung Hati Kepada Sesuatu Selain Allah, Ujub, Riak dan Takabbur (bangga diri)


Sebagai umat Islam hendaklah kita menjauhi segala bentuk perbuatan yang mensyirikkan Allah kerana dosa syirik adalah dosa yang paling besar. Sebaliknya hendaklah meletakkan keyakinan bahawa segala sesuatu itu adalah bergantung pada takdir Allah dan keizinan-Nya jua.

jazakAllah khayr

sumber :  https://www.facebook.com/DakwahJakim/posts/10155219187027398


No comments:

SUBUHUN QUDDUSUN ROBBUL MALAIKATI WAR-RUH ..

Subbuhun Quddusun Ummul Momineen `Aishah (May Allah be pleased with her) reported: The Messenger of Allah (sallAllaahu al...