Friday, December 15, 2017

BER ISTIGHFAR LAHHHH ..





Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 199:

“Beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon keampunan daripada Allah), sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Daripada Ibni Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda :

Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya”. (Riwayat Al-Imam Abi Daud)

Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi:

“Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Turmidzi dan Ibnu Majah, disahihkan oleh Imam Turmidzi)

Dalam surah al-Zaariyaat, Allah menyifatkan orang-orang bertaqwa sebagai orang yang menghidupkan malam dengan _bertahajjud_ dan apabila tiba waktu Sahur mereka mula beristighfar kerana melihatkan kedudukan amalan mereka.

كَانُوا قَلِيلًا مِّنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
“Adalah mereka hanya sedikit daripada malam mereka tidur dan di waktu sahur mereka sentiasa beristighfar”
(Surah al-Zaariyaat 51: 17-18)
 
JAZAK ALLAHU KHAYR
 
 

No comments:

SURAH AL BAQARAH AYAT 1-5 AYAT 255 DAN AYAT 284-286 ..

Di bacaa waktu SUBUH dan Maghrib.. Penghalang ahli sihir dan penyelamat hari kiamat.. Dinukil dari hadit...