SURAH YASIIN ..



Surah Yasiin:
 
-Daripada Ma’qal bin Yaasar r.a. bahawasanya telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “ Hati al-Quran ialah Surah Yasiin, tidaklah dibaca akan dia oleh seorang lelaki yang mengharapkan Allah dan kampung akhirat melainkan diampunkan oleh Allah dosanya, dan bacalah Surah Yasiin kepada mereka yang hampir akan mati dan selepas mati.” (Riwayat Ahad, Abu Daud dan An-Nasai)
 
-Daripada Jundub r.a. berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang membaca Yasiin dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredhaan Allah nescaya akan diampunkan dosanya.” (Riwayat Malik, Ibnus-Sunni dan Ibnu Hibban)
 
-Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Surah Yasiin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “al-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan tuannya (pembacanya) dengan kebaikan dunia dan akhirat dan yang menanggung segala bala dan kesusahan dunia dan akhirat dan dinamakan juga sebagai perisai dan penunai hajat, yang melindungi pembacanya dari setiap keburukan dan kejahatan dan yang menunaikan bagi pembacanya segala hajat dan kemahuan.” (Riwayat Said bin Mansur dan Al-Baihaqi dari Hasan bin Aziah)
 
-Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati al-Quran ialah Surah Yasiin; sesiapa yang membaca Surah Yasiin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai 10 kali membaca al-Quran seluruhnya.” (Riwayat At-Tirmizi dari Anas r.a.)
 
 
http://www.moha.gov.my/images/maklumat_bahagian/PQ/SURAH_YASIN.pdf


Comments

Popular Posts