Saturday, April 30, 2022

SELAMAT HARI RAYA .. TAQABBALLAHU MINNA WA MINKUM ..


تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ

( Taqabbalallahu minna wa minkum)

Yang artinya semoga Allah menerima (puasa dan amal) dari kami dan (puasa dan amal) dari kalian.

“Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila bertemu di hari raya, mereka mengucapkan kepada sebagian lainnya: taqabbalallahu minna wa minka,” tulis Ibnu Hajar Al Asqalani dalam kitab Fathul Baari.


Jika seseorang mengucapkan Taqabbalallahu Minna Wa Minkum atau mengucapkan Taqabbalallahu Minna Wa Minka (semoga Allah menerima (puasa dan amal) kami dan (puasa dan amal) sebagai umat muslim.
 
 


Tuesday, April 26, 2022

SURAH AL FATIHAH DAN 3 QUL .. QULHU .. AL FALAQ DAN AN NAS !


Kelebihan dan Manfaat Surah Al Falaq

Surah Falaq memerintahkan untuk memohon perlindungan dari keburukan yang samar. 

 

Manakala Surat An Naas memerintahkan untuk memohon perlindungan kepada Allah SWT dari segala kejahatan syaitan dari kaum jin dan manusia.

 

Nama Surah ini diambil dari perkataan al-Falaq yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Ia membawa maksud waktu subuh. Surah ini terdiri dari 5 ayat dan tergolong surah Makkiyah iaitu surah yang diturunkan di Makkah atau kawasan sekitarnya (sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah)

  

 Surah ini adalah perintah agar manusia sentiasa memohon perlindungan kepada Allah SWT dalam menghadapi segala jenis keburukan yang tersembunyi.

 

Dari Uqbah bin Amir dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: 

“Tidakkah engkau melihat ayat-ayat yang diturunkan pada malam ini? Tidak diketahui ada ayat-ayat yang semisal ini sama sekali. 

 

“Katakanlah, “Aku berlindung kepada Rabb Yang Menguasai Al-Falaq,” dan “Katakanlah, “Aku berlidung kepada Rabb (yang memelihara dan mengatur) manusia.” – 

Hadis Riwayat Imam Muslim

 

Surah Al-Falaq selalunya dibaca bersama Surah An-Nas untuk tujuan berikut:


Dibaca sebelum tidur untuk menghindari dari segala macam jenis sihir, godaan syaitan yang terkutuk, baik yang berasal dari golongan manusia mahupun jin.
 
 
Bila dibaca 100 kali – sebagai melindungi diri dari akan godaan syaitan, manusia, kegelapan malam, mahupun kejahatan manusia.
 
 
Bila dibaca 3 kali waktu pagi dan petang, Allah akan mencukupkan keperluannya.
 

Nabi Muhammad SAW bersabda:


“Apakah engkau tidak melihat ayat-ayat yang diturunkan malam ini yang belum pernah ada bandingannya. 

 

Ayat-ayat itu ialah ‘Qul A’uzdu Birabbil Falaq’ (Al-Falaq) dan ‘Qul A’udzu Birabbin Naas’ (An-Nas).”

~ Hadis Riwayat Muslim~

 


 SURAH AL FATIHAH .

Surah Al-Ikhlas & Mua'wwizatain (An-Nas & Al-Falaq). 

Surah Al-Ikhlas bersamaan dengan 1/3 Al-Quran. 

Manakala Surah Al-Falaq & An-Nas dinamakan mua'wwizatain (dua pelindung) oleh Rasulullah dan ia adalah surah perlindungan. 

 

Dibaca setiap surah 3x, setiap pagi & petang.

 



Friday, April 22, 2022

ZIKIR SELEPAS SOLAT ...















 


SURAH AL IKHLAS - QULHU ALLAHU AHAD ..


 


 

Pengenalan

Ikhlas bermaksud ‘Kesucian atau Keikhlasan’. Surah Al-Ikhlas adalah surah ke-112 dalam al-Quran yang diturunkan di Mekah terdiri daripada empat ayat Makkiyah. Selain itu, surah Tauhid ini menegaskan tentang Allah Yang Maha Esa dan manusia diseru untuk menolak segala yang musyrik, tiada sesuatu yang menyamai atau menyerupai Allah S.W.T. Surah Al-Ikhlas mempunyai nama lain seperti al-Asbab, al-Iman dan At-Tauhid.

Imam Fakhruddin al-Razi dalam laman web Mufti Wilayah Persekutuan mengatakan bahawa terdapat 19 lagi nama lain bagi surah al-Ikhlas. Ini adalah salah satu surah yang paling banyak dibaca oleh Muslim di seluruh dunia yang menghafalnya sebagai salah satu surah pertama dari petikan al-Quran yang mulia. Surah al-Ikhlas bukan sahaja selalu dibaca ketika solat wajib lima waktu, malah dalam solat-solat sunat. Artikel menyenaraikan sembilan (9) kelebihan surah Al-Ikhlas iaitu :

  1. Membacanya sama seperti membaca 1/3 al-Quran

Kelebihan membaca surah al-Ikhlas membawa pahala yang setara dengan membaca sepertiga al-Quran. Tiada masalah membaca surah al-Ikhlas berulang-ulang kali ketika solat. Amalkan membacanya tiga kali di waktu malam sebelum tidur sama seperti membaca 1/3 al-Quran.

“Sesungguhnya seseorang mendengar orang lain membaca ‘Qul hu wallah hu A’had’ dengan mengulang-ulangnya, maka tatkala pagi harinya, dia mendatangi Rasulullah dan menceritakan hal itu kepadanya dan seolah-olah orang itu menganggap remeh surah al-ikhlas, maka Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Demi Zat yang jiwaku berada di tanganNya, sesungguhnya surah itu sebanding dengan sepertiga al-Quran.” (HR al-Bukhari, Abu Daud, An-Nasaie)

  1. Dibaca sebelum tidur sebagai pelindung

Digelar dengan nama al-Munaffirah kerana syaitan lari daripadanya apabila dibaca. Surah al-Ikhlas yang dibaca bersama-sama dengan surah al-Fatihah sebelum tidur boleh melindungi pembacanya dari segala bahaya. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Jika kamu membaca surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas ketika berbaring di tempat tidurmu, kamu akan dilindungi dan menjadi tidak takut akan segala sesuatu kecuali kematian.” (Tafsir Mazhari) 

   3. Mengingatkan keesaan Allah S.W.T. dan beriman kepada Allah secara ikhlas

Seorang mukmin yang beriman dan bertakwa berpegang teguh dan percaya dengan satu Pencipta alam semesta ini. Seperti yang diketahui umum, Allah S.W.T. adalah Tuhan Yang Maha Esa, tidak melahirkan dan juga tidak dilahirkan. Surah ini dipenuhi dengan sifat-sifat Allah S.W.T. yang indah dan sangat sempurna yang perlu diketahui. Tidak ada yang menyerupaiNya dan juga yang lebih besar seperti yang dinyatakan dalam al-Quran:

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad) : “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa, Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya.” (Surah al-Ikhlas, ayat 1-4)

Sudah jelas lagi nyata bahawa Allah itu Maha Esa walaupun kita tidak nampak Allah. Menurut Syeikh Muhammad al-Tahir Ibn ‘Asyur, nama al-Ikhlas lebih menonjol kerana menggabungkan semua makna surah ini di mana ia mengajar seseorang untuk ikhlas beriman kepada Allah, iman yang suci dari sebarang bentuk syirik untuk mempercayai Tuhan. (Rujuk : Al-Tahrir wa al-Tanwir, 30 / 609-610).

  1. Ganjaran syurga

Kita selalu berdoa selepas beribadah solat lima waktu. Surah al-Ikhlas adalah medium untuk doa diterima. Pembaca surah al-Ikhlas menjadi hamba Allah yang disukai. Seseorang yang membaca surah al-Ikhlas dalam solat wajib lima waktu, Allah mengurniakan rahmatNya kepada orang tersebut, ibu bapa dan anak-anaknya, bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Seseorang yang membaca surah al-Ikhlas sepuluh kali, maka Allah akan mendirikan rumah di syurga baginya.“

Pernah seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W. berkata :

“Aku sangat menyukai surah ini (al-Ikhlas).”

Nabi S.A.W. menjawab :

“Dan cintamu terhadapnya akan membuatkan kamu memasuki syurga.” (HR Tirmizi)

  1. Mencapai kejayaan dalam hidup dan memperbaiki aqidah

Surah al-Ikhlas membawa kejayaan dan kebahagiaan serta boleh membantu menjaga aqidah seseorang. Membaca surah ini juga meningkatkan kebijaksanaan seseorang dan apa sahaja yang mereka lakukan, mereka akan memperolehi kejayaan dalam hidup mereka.

Ramai yang menghadapi masa-masa sukar diminta membaca surah al-Ikhlas untuk keperibadian rohani dan kebanyakannya mempamerkan kepuasan dan kebahagiaan setelah membaca surah al-Ikhlas secara teratur. Nabi S.A.W. pernah menasihati seorang lelaki untuk mengucapkan salam dan membaca surah al-Ikhlas ketika memasuki rumahnya. Dalam beberapa hari, lelaki itu menjadi kaya.

Nabi S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud : “Barangsiapa membaca surah al-Ikhlas ketika masuk ke rumahnya, kemiskinan akan dihapuskan dari rumahnya dan jirannya.“

Berdasarkan ayat kedua surah al-Ikhlas, Ibn Kathir berkata :

“Daripada Ibn Abbas, makna al-Somad ialah semua makhluk bergantung harap kepadaNya dalam keperluan kehidupan dan masalah mereka untuk ditunaikannya.” (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 8/528)

  1. Penyembuh atau pelindung

Surah al-Ikhlas digelar juga dengan nama al-Mu’awwizah iaitu penyembuh atau pelindung. Perkara yang paling menarik mengenai surah ini ialah sesiapa yang membacanya secara teratur dilindungi dari segala jenis penyakit dan jangkitan virus.

Bacakan surah al-Ikhlas bersama dengan tiga surah lain iaitu surah al-Kafirun, surah al-Falaq dan surah An-Nas. Keempat-empat surah ini adalah empat Qul. Empat Qul mempertahankan pembacanya daripada bahaya, malapetaka dan menghancurkan serta pematah sihir.

  1. Menghalang daripada azab kubur dan neraka

Surah al-Ikhlas mempunyai nama lain iaitu al-Mani’ah kerana ia mampu menghalang daripada azab kubur dan neraka. Selain itu, surah al-Ikhlas menyelamatkan seseorang daripada menjadi orang yang kufur di dunia dan mengelakkan daripada diazab di akhirat.

  1. Hadirnya ramai malaikat

Surah al-Ikhlas dinamakan juga al-Mahdhar kerana para malaikat hadir untuk mendengar surah al-Ikhlas apabila ia dibaca. Bacaan surah al-Ikhlas secara rutin akan meningkatkan kehadiran malaikat pada saat kematian seseorang untuk mendoakan dan memohon keampunan dari Allah.

  1. Dijauhi daripada syirik kepada Allah S.W.T. dan diampuni dosanya

Surah al-Ikhlas mendapat nama al-Barra’ah kerana seseorang terlepas daripada syirik. Surah al-Ikhlas membersihkan dan menyucikan jiwa orang beriman daripada menduakan Allah.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Seseorang yang membaca surah al-Ikhlas dua ratus kali setiap hari, dia akan mendapat pengampunan dosa lima puluh tahun, kecuali jika dia berhutang.“

 





 

 

Thursday, April 14, 2022

Tasawwuf ..

Bab 1 : Pengenalan

1. Pengertian Ilmu Tasawwuf : 

 Ilmu tasauf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela . 

2. Ilmu tasawwuf bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah . 

3. Syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu mutmainah:

 a) Banyak bersabar . 
 b) Banyak menderita yang di alami oleh jiwa . 

4. Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah / terpuji di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu : 

1) Taubat .

 2) Khauf ( Takut )

 3) Zuhud 

4) Sabar. 

5) Syukur.

 6) Ikhlas. 

7) Tawakkal. 

8) Mahabbah ( Kasih Sayang )

 9) Redha.

 10) Zikrul Maut ( Mengingati Mati ) 

5. Dan Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah / tercela / sifat keji di dalam kitab tersebut iaitu : 

1) Banyak Makan 

2) Banyak bercakap.

 3) Marah. 

4) Hasad. 

5) Bakhil. 

6) Cintakan kemegahan. 

7) Cintakan dunia .

 8) Bangga Diri. 

9) Ujub ( Hairan Diri ). 

10) Riya' ( Menunjuk-nunjuk)

Saturday, April 2, 2022

chuck berry .. johnny b goode





Lyrics
Deep down in Louisiana close to New Orleans
Way back up in the woods among the evergreens
There stood a log cabin made of earth and wood
Where lived a country boy named Johnny B. Goode
Who never ever learned to read or write so well
But he could play a guitar just like a-ringin' a bell
Go go
Go Johnny go go
Go Johnny go go
Go Johnny go go
Go Johnny go go
Johnny B. Goode
He used to carry his guitar in a gunny sack
Go sit beneath the tree by the railroad track
Oh, the engineers would see him sitting in the shade
Strumming with the rhythm that the drivers made
The people passing by they would stop and say
"Oh my what that little country boy could play"
Go go
Go Johnny go go
Go Johnny go go
Go Johnny go go
Go Johnny go go
Johnny B. Goode
His mother told him "someday you will be a man
And you will be the leader of a big old band
Many people coming from miles around
To hear you play your music when the sun go down
Maybe someday your name will be in lights
Saying "Johnny B. Goode tonight"
Go go
Go Johnny go
Go go go Johnny go
Go go go Johnny go
Go go go Johnny go
Go
Johnny B. Goode

Friday, April 1, 2022

SEDEKAH ..

 

 


 KELEBIHAN SEDEKAH

Sedekah mempunyai banyak kelebihan antaranya ialah:

1. Allah SWT memuliakan orang yang bersedekah.

Allah SWT menjanjikan banyak keutamaan dan balasan kepada mereka yang suka memberi (bersedekah). 

 

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

اليد العليا خير من اليد السفلى

Yang bermaksud: “Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.” (Riwayat al-Bukhari)

 

2. Sedekah dapat menghapuskan dosa.

Hadis daripada Muaz bin Jabal r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

والصدقةُ تُطفِيءُ الخطيئةَ كما تُطفِيءُ الماءُ النارَ

Yang bermaksud: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (Riwayat al-Tirmizi)

Namun demikian, penghapusan dosa dengan sebab sedekah di sini mestilah disertai dengan taubat atas dosa yang telah dilakukan.

 

3. Allah melipatgandakan pahala kepada orang yang bersedekah.

 

Allah SWT berfirman:

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah al-Baqarah: 261)

 

4. Harta orang yang suka bersedekah tidak akan berkurang.

 

Hadis daripada  Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا

Yang bermaksud: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” (Riwayat Muslim)

 

5. Orang yang bersedekah akan mendapatkan naungan di hari akhirat.

 

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda berkenaan 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan di hari akhirirat salah satunya adalah:

ورجلٌ تصدَّق بصدقةٍ فأخفاها حتى لا تعلمَ شمالُه ما تنفقُ يمينُه

Yang bermaksud: “Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.” (Riwayat al-Bukhari)

 

6. Terdapat pintu syurga yang hanya akan dapat dimasuki oleh orang yang bersedekah.

 

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ومن كان من أهل الصدقة دُعي من باب الصدقة

Yang bermaksud: “Jika dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” (Riwayat al-Bukhari)

 



 

Selamat Hari Raya..

  Aidil fitri hari bahgia Hari yang mulia Mohon maaf bersama dipinta Selamat Selamat Hari Raya Sembah salam ayah dan bonda Ampun...