Firman Allah SWT:
كَانَ ٱلنَّاسُ أُمَّةٗ وَٰحِدَةٗ
فَبَعَثَ ٱللَّهُ ٱلنَّبِيِّۧنَ مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ وَأَنزَلَ
مَعَهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِيَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ فِيمَا
ٱخۡتَلَفُواْ فِيهِۚ وَمَا ٱخۡتَلَفَ فِيهِ إِلَّا ٱلَّذِينَ أُوتُوهُ مِنۢ
بَعۡدِ مَا جَآءَتۡهُمُ ٱلۡبَيِّنَٰتُ بَغۡيَۢا بَيۡنَهُمۡۖ فَهَدَى
ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَا ٱخۡتَلَفُواْ فِيهِ مِنَ ٱلۡحَقِّ
بِإِذۡنِهِۦۗ وَٱللَّهُ يَهۡدِي مَن يَشَآءُ إِلَىٰ صِرَٰطٖ مُّسۡتَقِيمٍ
٢١٣
“Manusia itu ialah umat yang satu (setelah timbul
perselisihan),
maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi
peringatan,
dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar,
untuk
memberi keputusan antara manusia tentang perkara yang mereka
perselisihkan.
Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang
yang telah didatangkan kepada mereka Kitab,
iaitu setelah datang kepada
mereka keterangan-keterangan yang nyata,
kerana melampau (sempadan
Allah) antara mereka sendiri.
Maka, Allah memberi petunjuk kepada
orang-orang yang beriman ke arah kebenaran tentang hal yang mereka
perselisihkan itu dengan kehendak-Nya.
Dan Allah sentiasa memberi
petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.”
[Surah al-Baqarah: 213]
Firman Allah SWT:
إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن
تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ
ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم
بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨ يَـٰٓأَيُّهَا
ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ
وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ
إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ
ٱلۡأٓخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا ٥٩
“Sesungguhnya,
Allah menyuruh kamu supaya menunaikan segala jenis amanah kepada yang
berhak menerimanya,
dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara
manusia,
(Allah menyuruh) kamu supaya menghukum dengan adil.
Sesungguhnya, Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang
sebaik-baiknya kepada kamu.
Sesungguhnya, Allah itu Maha Mendengar, lagi
Maha Melihat. (58)
Wahai orang-orang yang beriman!
Taatilah kamu kepada
Allah, taatilah Rasul-Nya dan kepada ulu al-amri (ulama’ dan umara’)
antara kamu.
Kemudian, jika kamu saling berbantah (berselisihan) dalam
sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah
(al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada
Allah dan Hari Akhirat.
Oleh yang demikian, perkara itu adalah lebih
baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (59)”
[Surah al-Nisa’: 58-59]
Firman Allah SWT:
إِنَّآ أَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَٰبَ
بِٱلۡحَقِّ لِتَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ بِمَآ أَرَىٰكَ ٱللَّهُۚ وَلَا
تَكُن لِّلۡخَآئِنِينَ خَصِيمٗا ١٠٥
“Sesungguhnya, Kami telah
menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa
kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia menurut apa yang Allah
telah wahyukan kepadamu;
dan janganlah kamu menjadi pembela (orang yang
tidak bersalah) kerana (membela) orang-orang yang khianat.”
[Surah al-Nisa’: 105]
Firman Allah SWT lagi:
كِتَٰبٌ أَنزَلۡنَٰهُ إِلَيۡكَ مُبَٰرَكٞ لِّيَدَّبَّرُوٓاْ ءَايَٰتِهِۦ وَلِيَتَذَكَّرَ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَٰبِ ٢٩
“Ini
adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan keberkatan
supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran
orang-orang yang mempunyai fikiran.” [Surah Sad: 29]
Dan dinyatakan dalam ayat-ayat yang lain. Seterusnya, Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا حَكَمَ الْحَاكِمُ فَاجْتَهَدَ ثُمَّ أَصَابَ فَلَهُ أَجْرَانِ، وَإِذَا حَكَمَ فَاجْتَهَدَ ثُمَّ أَخْطَأَ فَلَهُ أَجْرٌ
“Apabila
seseorang hakim menentukan keputusan,
lalu dia berijtihad dan betul,
nescaya baginya dua pahala.
Namun, apabila dia menentukan keputusan,
lalu dia berijtihad dan salah, maka baginya satu pahala.”
[Riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari,
Kitab al-I‘tisam bi al-Kitab wa al-Sunnah, No. 7352, dan Muslim, Sahih
Muslim, Kitab al-Aqdiyah, No. 1716, daripada ‘Amr bin al-‘As]
Firman Allah SWT:
أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ ضَرَبَ ٱللَّهُ
مَثَلٗا كَلِمَةٗ طَيِّبَةٗ كَشَجَرَةٖ طَيِّبَةٍ أَصۡلُهَا ثَابِتٞ
وَفَرۡعُهَا فِي ٱلسَّمَآءِ ٢٤ تُؤۡتِيٓ أُكُلَهَا كُلَّ حِينِۢ بِإِذۡنِ
رَبِّهَاۗ وَيَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡأَمۡثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ
يَتَذَكَّرُونَ ٢٥
“Tidakkah kamu memerhatikan bagaimana Allah
telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti sebatang pohon yang
baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit. (24)
Pohon itu
memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya.
Allah membuat
perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka sentiasa
beringat. (25)”
[Surah Ibrahim: 24-25]
Imam al-Ghazali RH menyebut dalam kitabnya, al-Iqtisad fi al-I‘tiqad:
الدِّينُ أُسٌّ والسُّلْطَانُ حَارِسٌ وَمَا أُسَّ لَهُ فَمَهْدُومٌ وَمَا لَا حَارِسَ لَهُ فَضَائِعٌ
“Agama
(Islam) itu menjadi asas yang kukuh, adapun pihak yang berkuasa itu
pula menjadi pengawasnya.
Suatu perkara yang tiada asasnya, pasti akan
runtuh (binasa);
manakala suatu perkara yang tiada pengawasnya akan
hilang.”
[Al-Ghazali, al-Iqtisad fi al-I‘tiqad, Hlm. 128]
Ayat ini bagi mentafsirkan firman Allah SWT:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ
أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ
فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن
كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ
وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا ٥٩
“Wahai orang-orang yang beriman!
Taatilah kamu kepada Allah,
taatilah Rasul-Nya dan kepada ulu al-amri
(ulama’ dan umara’) antara kamu.
Kemudian, jika kamu saling berbantah
(berselisihan) dalam sesuatu perkara,
maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada Allah (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunnah), jika
kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.
Oleh yang
demikian, perkara itu adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula
kesudahannya.”
[Surah al-Nisa’: 59]
Islam mewajibkan berilmu dan bertafaqquh (berilmu dengan faham urusan agama) berdasarkan
Firman Allah SWT:
۞وَمَا كَانَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ
لِيَنفِرُواْ كَآفَّةٗۚ فَلَوۡلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرۡقَةٖ مِّنۡهُمۡ
طَآئِفَةٞ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوۡمَهُمۡ إِذَا
رَجَعُوٓاْ إِلَيۡهِمۡ لَعَلَّهُمۡ يَحۡذَرُونَ ١٢٢
“Dan tidaklah
sepatutnya orang-orang yang beriman itu semuanya pergi (ke medan
perang).
Mengapa tidak pergi sebahagian daripada mereka (yang tinggal)
untuk bertafaqquh (memperdalam pengetahuan dan kefahaman mereka tentang
agama),
dan untuk memberikan peringatan kepada kaumnya (yang keluar
berjuang) apabila mereka telah kembali kepadanya;
supaya mereka dapat
menjaga dirinya (daripada melakukan larangan Allah dengan
petunjuk-Nya).”
[Surah al-Taubah: 122]
WALLAHU A'LAM ..
https://harakahdaily.net/2024/10/islam-agama-allah-yang-sempurna-tinggi-dan-berdaulat-suatu-pandangan-terhadap-ruu-mufti/