Pahala amalan dalam Islam dinilai berdasarkan niat.
Sesuatu amalan yang kecil boleh menjadi besar pahalanya dengan niat yang baik, dan sebaliknya, amalan yang besar boleh menjadi kecil pahalanya kerana niat yang tidak ikhlas.
DAKWAHdanTARBIAH.com
Menurut Istilah pula, terdapat beberapa definisi yang diberikan:
النِّيَّةُ عَزْمُ الْقَلْبِ عَلَى عَمَلِ فَرْضٍ أَوْ غَيْرِهِ
Maksudnya:
“Niat adalah keazaman (tekad) di dalam hati di atas setiap perkara yang fardhu dan selain daripadanya (wajib)”.
[Lihat: al-Majmu’, 310/1]
Telah berkata Ibn Abidin:
قَصْدُ الطَّاعَةِ وَالتَّقَرُّبِ إلَى اللَّهِ تَعَالَى فِي إيجَاد الْفِعْلِ
[Lihat: Rad al-Mukhtar, 105/1]
(HADITH pertama daripada Himpunan Hadith Arba’in susunan Imam Nawawi)
عَنْ أَمِيرِ الْمُؤْمِنِينَ أَبِي حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ: سَمِعْت رَسُولَ اللَّهِ يَقُولُ: “إنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إلَى مَا هَاجَرَ إلَيْهِ”
Daripada Amirul Mu’minin Abu Hafs, Umar bin Al-Khattab Radhiallahu’anhu, katanya:
“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda:
‘Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat, dan setiap orang mendapat (pahala) berdasarkan apa yang dia niatkan.
Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasul-Nya.
Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang dia ingin memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang dia ingin menikahinya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan.’”
(Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)
WALLAHU A'LAM ..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.