Daripada Abu Bakar As-Siddiq RA, bahawa beliau telah berkata kepada Rasulullah SAW:
"Ajarkanlah daku suatu doa yang dapat daku mohon dalam solatku!.”
Maka Baginda pun bersabda:
"Berdoalah:
اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا، وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ
( Ya Allah, sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku dan tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau.
Maka, ampunilah daku dengan ampunan dari sisi-Mu serta rahmatilah daku.
Sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang )”.
(Muttafaqun ‘Alayhi, hadith riwayat Al-Bukhari, No. 834, 6326, 7388, Muslim, No. 2705, At-Tirmizi, No.3531, An-Nasaie, No.1302)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.