Tuesday, January 20, 2026

70 DOSA BESAR DALAM ISLAM ..


CARA HILANGKAN DOSA BESAR ADALAH PERLU BERTAUBAT NASUHA

HINDARI 70 DOSA BESAR INI :

Ada 70 macam dosa besar yang disebut dalam kitab Al-Kabair (الكبائر) oleh Adz-Dzahabi (الذهبي). Alasan dan dasar hukumnya dapat dilihat sendiri dalam kitab Al-Kabair (الكبائر) karya Adz-Dhahabi.


Syirik atau Menyekutukan Allah SWT

Membunuh manusia

Melakukan sihir

Meninggalkan solat

Tidak mengeluarkan zakat

Tidak berpuasa tanpa alasan yang kuat pada bulan Ramadhan

Tidak mengerjakan Haji walaupun berkemampuan

Derhaka kepada Ibu Bapa

Memutuskan silaturahim

Berzina

Melakukan liwat atau homoseksual

Memakan riba

Memakan harta anak yatim

Mendustakan Allah SWT dan rasul-Nya

Lari dari medan perang

Pemimpin yang menipu dan kejam

Sombong

Saksi palsu

Meminum minuman beralkohol

Berjudi

Menuduh orang baik melakukan zina

Menipu harta rampasan perang

Mencuri

Merompak

Sumpah palsu

Berlaku zalim

Pemungut cukai yang zalim

Makan dari harta yang haram

Bunuh diri

Berbohong

Hakim yang tidak adil

Memberi dan menerima rasuah

Wanita yang menyerupai lelaki dan juga sebaliknya

Membiarkan isteri, anak atau ahli keluarganya yang lain berbuat keji dan memudahkan anggota keluarganya tersebut untuk melakukan perbuatan tidak bermoral.

Menikahi wanita yang telah bercerai agar wanita tersebut kemudiannya boleh kembali berkahwin dengan suaminya terdahulu (perbuatan cina buta).

Tidak melindungi pakaian dan tubuhnya dari terkena hadas kecil seperti air kencing atau kotoran.

Riak atau suka membangga diri.

Ulama yang mempunyai ilmu tetapi tidak mahu mengamalkan ilmunya tersebut untuk orang lain.

Khianat

Mengungkit-ungkit pemberian

Mangingkari takdir Allah SWT

Mencari-cari kesalahan orang lain

Menyebarkan fitnah

Mengutuk dan mendoakan keburukan untuk umat Islam

Mengingkari janji

Percaya kepada sihir dan nujum

Derhaka kepada suami

Membuat patung

Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala

Menggangu orang lain

Berbuat zalim terhadap yang lemah

Menggangu jiran tetangga

Menyakiti dan memaki orang Islam

Derhaka kepada hamba Allah SWT dan menggangap dirinya baik

Melabuhkan pakaian bagi lelaki

Lelaki yang memakai sutera dan emas

Seorang hamba (budak) yang lari dari Tuannya

Sembelihan untuk selain dari Allah SWT

Seorang yang mengaku bahawa orang lain sebagai ayahnya.

Berdebat dan bermusuhan

Enggan menyedia dan memberikan kemudahan air

Mengurangi timbangan

Merasa selamat daripada kemurkaan Allah SWT

Putus asa dari rahmat Allah SWT

Meninggalkan solat berjemaah tanpa alasan yang kuat

Meninggalkan solat Jumaat tanpa alasan yang kuat

Merebut hak warisan yang bukan miliknya

Menipu

Mengintip rahsia dan membuka rahsia orang lain

Mencela Nabi Muhammad ﷺ dan para sahabat baginda.

Syarat Taubat Nasuha :


النصوحُ الندمُ بالقَلْبِ، والاسْتِغْفَارُ بِالِسَانِ،

والاقلاعُ بالبَدْنِ، والإِضْمَارُ عَلَى ألا يعودَ


 “Taubat Nasuha ialah sesal dengan hati, istighfar dengan lidah, buang perlakuan maksiat dengan tubuh badan dan berazam tidak kembali semula.” 


NAUZUBILLAHIMIN ZALIK


WALLAHU A'LAM ..


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.