بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
(Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang).
إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ
(Sesungguhnya Kami telah memberimu nikmat yang banyak).
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
(Maka sholatlah untuk Tuhanmu dan berkurbanlah).
إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ
(Sesungguhnya orang yang membencimu, dialah yang terputus).
Amal Surah Al-Kautsar
Jika dibaca 1000 kali, insha-Allah rezeki akan bertambah.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insha-llah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Khasiat untuk Perubatan :
Surah Al-Kautsar ini dapat menjadi ubat penyakit mata seperti bengkak, berair, dan gatal-gatal.
Caranya yaitu dengan mengambil segelas air tawar kemudian bacakan surat Al-Kautsar sebanyak 10 kali diatas segelas air tawar tadi kemudian sapukan air itu kebahagian mata yang sakit maka InsyaAllah penyakit mata Anda akan sembuh.
Dapat menemukan tempat letak sihir yang diletakkan dalam rumah,
Caranya yaitu dengan membacakan Surat Al-Kautsar ini sebanyak 10 kali didalam rumah maka nescaya anda dapat melihat di mana letak sihir yang ada dalam rumah Anda.
Dapat menyembuhkan orang sakit iaitu dengan membacakan surat Al-Kautsar pada segelas air kemudian air itu diminumkan kepada orang yang sedang sakit maka nescaya orang itu akan sembuh dari penyakitnya.
WALLAHU A'LAM ..

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.