QS AL KAFIRUN ..

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
1. Terdapat banyak hadis yang menjelaskan tentang fadhilat dan faedahnya surat ini, di antaranya:
2. Surah ini menyamai 1/4 Al-Quran.
Jika dibaca ketika naik matahari dan terbenam matahari, nescaya terpelihara dari syirik.
3. Jika dibaca sebanyak 10 kali ketika naik matahari, kemudian berdoa apa-apa hajat yang dikehendaki.
InsyaAllah dikabulkan walau apa hajat sekalipun.
4. Jika diamalkan selalu surah ini, nescaya semua makhluk suka dan kasih kepadanya.
5. Menyamai Seperempat Al-Qur’an
Daripada Anas bin Malik,
Rasulullah SAW bersabda,
“Bukankah kamu hafal
(Al Kafirun).?”
Orang itu menjawab, “Benar.”
Baginda menjawab,
“(Ia senilai) seperempat al-Qur’an.”
(HR. At-Tarmizi r.a.)
Rasulullah SAW bersabda:
“Surah ‘Qul ya ayyuhal kafirun’, sama dengan seperempat Al-Quran.”
(HR. Al Hakim).
Ubay bin Ka’b berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapayang membaca surah Al-Kafirun, pahalanya seperti membaca seperempat Al-Quran, ia akan dijauhkan dari godaan setan, diselamatkan dari kemusyrikan dan diampuni pada hari kiamat.”
(Tafsir Nur Ats-Taqalayn 5/684).
Sabda Nabi SAW:
“Sesiapa yang membaca Surah Al Kafirun maka bandingannya seperti membaca 1/4 dari al quran, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa bencana yang mengejutkan.”
(HR. At Tirmizi)
6. Membebaskan Diri Dari Kesyirikan
Riwayat ath-Thabaraniy dengan sanadnya dari Jibillah bin Haritsah, Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila kamu telah ke tempat tidurmu, maka bacalah (Al Kafirun) hingga kamu membacanya sampai akhir, sebab ia membebaskan diri dari kesyirikan.”
(Al-Mu’jam al-Kabir, jld.II, h.278. Al-Haytsamiy berkata di dalam Majma’ az-Zawa`id, jld.I, h.121, “Para periwayatnya telah dinilai Tsiqah).”
Dari Farwah bin Naufal, dari ayahnya ra. bahawa Nabi SAW bersabda:
“Bacalah surah Al Kafirun, kemudian tidurlah setelah itu, kerana sesungguhnya itu adalah pembebas (pembersih) dari syirik.”
(HR. Abu Dawud, Tirmidzi, An-Nasa’i, Ibnu Hibban, dan Al Hakim).
Sabda Rasulullah SAW:
“Apabila kamu hendak tidur di waktu malam maka hendaklah kamu membaca…(surah al-Kafirun) kemudian tidurlah bila selesai membacanya kerana ia adalah pembebasan daripada syirik.”
(H.R. al-Tirmidzi)
WALLAHU A'LAM ..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.