SURAH AL IKHLAS - QULHU ..
HADITH BACA QULHU KETIKA MASUK RUMAH.
Terdapat hadis yang menyebut tentang amalan membaca surah Al-Ikhlas (Qulhu) ketika masuk ke rumah untuk menjauhkan kefakiran dan meluaskan rezeki.
Sabda baginda Rasulullah ﷺ :
“Barangsiapa membaca Surah Al Ikhlas ketika memasuki rumah, maka hilanglah kefakiran penghuni rumah dan jirannya.”
(Hadis Riwayat At Tabarani).
Adab & Amalan Tambahan Masuk Rumah
Selain membaca surah Al-Ikhlas, sunnah yang lebih sahih dan dianjurkan termasuk:
Membaca Bismillah:
Untuk menghalang syaitan daripada turut bermalam di dalam rumah.
Memberi Salam:
Sama ada ada orang di rumah atau tidak (seperti yang disebut dalam surah An-Nur, ayat 61).
Mendahulukan Kaki Kanan:
Memulakan sesuatu yang baik dengan anggota kanan.
Khasiat Surah Al-Ikhlas
Hadis-hadis di atas menunjukkan betapa agungnya Surah Al-Ikhlas, kerana di dalam Surah Al-Ikhlas ini sepenuhnya menegaskan ‘Kemurnian’ atas ‘Keesaan’
Allah SWT.
Adapun khasiat-khasiat yang terkandung di dalamnya banyak sekali, di antaranya:
1. Tercapai Setiap Hajat
Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat Subuh dan Maghrib, berdoalah minta apa yang dihajati, Allah akan mengabulkan semua yang dimaksudkan.
2. Penawar Penyakit
Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas 3 X selepas setiap solat fardu, kita mengubati diri kita sendiri.
Daripada Abu Hurairah; Rasulullah SAW bersabda:
“Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit
(Rohani / Jasmani).”
(HR: Ibnu Majah r.a.)
3. Menghindari Kesukaran
a. Jika dibaca 3 surah ini – Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas pagi dan petang, nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
b. Bacalah Surah Al-Ikhlas 3 X sebelum terbit matahari dan 3 X selepas terbenam matahari. Allah selamatkan dari segala kejahatan.
4. Menundukkan Orang Zalim
Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat fardhu, kemudian bacalah doa berikut;
“Sesungguhnya daku menguasakan roh surah ini, panas dan sejuk, kepada roh…. (sebutlah nama orang berkenaan) yang zalim itu.”
InsyaAllah berhasil.
WALLAHU A'LAM ..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.