Berikut adalah 10 ayat pertama
Surah Al-Baqarah ..
1.المٓAlif, Laam, Miim.2.ذٰلِكَ الْكِتٰبُ لَا رَيْبَۛ فِيْهِۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِيْنَۙDzaalikal-kitaabu laa raiba fiih, hudal lil-muttaqiin.(Kitab Al-Qur'an ini) tidak ada sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.3.الَّذِيْنَ يُؤْمِنُوْنَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيْمُوْنَ الصَّلٰوةَ وَمِمَّا رَزَقْنٰهُمْ يُنْفِقُوْنَۙAlladziina yu'minuuna bil-ghaibi wa yuqiimuunas-shalaata wa mimmaa razaqnaahum yunfiquun.Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka.4.وَالَّذِيْنَ يُؤْمِنُوْنَ بِمَآ اُنْزِلَ اِلَيْكَ وَمَآ اُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَۚ وَبِالْاٰخِرَةِ هُمْ يُوْقِنُوْنَۙWal-ladziina yu'minuuna bimaa unzila ilaika wa maa unzila min qablik, wabil-aakhirati hum yuuqinuun.Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab Suci Al-Qur'an yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat.5.اُولٰئِكَ عَلٰى هُدًى مِّنْ رَّبِّهِمْ وَاُولٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُوْنَۙUlaa'ika 'alaa hudam mir-rabbihim wa ulaa'ika humul-muflihuun.Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.6.اِنَّ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا سَوَآءٌ عَلَيْهِمْ اَأَنْذَرْتَهُمْ اَمْ لَمْ تُنْذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُوْنَInnal-ladziina kafaruu sawaa'un 'alaihim a-andzartahum am lam tundzirhum laa yu'minuun.Sesungguhnya orang-orang kafir (ingkar), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau amaran (ingatkan) mereka atau engkau tidak amaran mereka, mereka tidak akan beriman.7.خَتَمَ اللّٰهُ عَلٰى قُلُوْبِهِمْ وَعَلٰى سَمْعِهِمْۗ وَعَلٰٓى اَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ ۖ وَّلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيْمٌKhatamallaahu 'alaa quluubihim wa 'alaa sam'ihim, wa 'alaa abshaarihim ghisyaawatuw wa lahum 'adzaabun 'azhiim.Allah telah memateri (menutup) hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.8.وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَّقُوْلُ اٰمَنَّا بِاللّٰهِ وَبِالْيَوْمِ الْاٰخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِيْنَۘWa minan-naasi may yaquulu aamannaa billaahi wabil-yaumil-aakhiri wa maa hum bimu'miniin.Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
9.
يُخٰدِعُوْنَ اللّٰهَ وَالَّذِيْنَ اٰمَنُوْاۚ وَمَا يَخْدَعُوْنَ اِلَّآ اَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُوْنَۗ
Yukhaadi'uunallaaha wal-ladziina aamanuu, wa maa yakhda'uuna illaa anfusahum wa maa yash'uruun.Mereka cuba memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdayakan diri mereka sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
10.
فِيْ قُلُوْبِهِمْ مَّرَضٌۙ فَزَادَهُمُ اللّٰهُ مَرَضًاۚ وَلَهُمْ عَذَابٌ اَلِيْمٌ ۢ بِّمَا كَانُوْا يَكْذِبُوْنَ
Fii quluubihim maradahun fazaadahumullaahu maradhaa, wa lahum 'adzaabun aliimum bimaa kaanuu yakdzibuun.
Dalam hati mereka terdapat penyakit (syak dan munafik), lalu Allah menambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya dengan sebab mereka berdusta (selama ini).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.