Friday, May 15, 2026

ZIKIR KALIMAH THAYYIBAH .. Lā`ilāha`illāllāh (Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah).




Kalimah thayyibah yang mana seluruh jenis zikir masuk ke dalamnya ialah Tahlil, iaitu lafaz 


(La ilaha illallah)

 (لا إله إلا الله).


 Kalimah tauhid ini merupakan zikir yang paling utama (afdal) kerana ia merangkumi seluruh makna ketauhidan, penyucian, dan pujian kepada Allah SWT.


Mengapa Semua Zikir Masuk ke Dalamnya?


Puncak Ketauhidan:

 Kalimah ini mengandungi penafian terhadap segala tuhan (Nafi) dan menetapkan hanya Allah yang berhak disembah (Ithbat).


Meliputi Pujian Lain: 

Semua zikir seperti

 tasbih (Subhanallah), 

tahmid (Alhamdulillah), dan

 takbir (Allahu Akbar) 

adalah cabang untuk mengagungkan Allah yang Esa.


Paksi Keimanan:


 Kalimah ini merupakan syarat utama bagi keislaman dan keselamatan seseorang di akhirat.






Keutamaan Kalimah Tahlil

Zikir Paling Afdal: 

Rasulullah SAW bersabda bahawa seutama-utama zikir adalah lafaz


LA ILAHA ILLALLAH.


Kunci Syurga:

 Sesiapa yang akhir kalamnya sebelum meninggal dunia menyebut kalimah ini, dijanjikan masuk syurga .

Timbangan Paling Berat: 

Di padang Mahsyar, kad kalimah tauhid ini menubuatkan timbangan amalan kebaikan menjadi lebih berat daripada dosa seluas langit dan bumi.

Berzikir dalam keadaan lalai lebih baik daripada tidak berzikir langsung. 

Berkata Syeikh Ibn Ataillah al-Iskandari Rahimahullah:
 
لا تترك الذكر لعدم حضورك مع الله فيه لأن غفلتك عن وجود ذكره أشد من غفلتك في وجود ذكره فعسى أن يرفعك من ذكر مع وجود غفلة إلى ذكر مع وجود يقظة
 
Maksudnya:

 “Janganlah engkau tinggalkan zikir hanya kerana gagar menghadirkan hati bersama Allah ketika berzikir, kerana lalai daripada berzikir berlebih bahaya daripada lalai ketika berzikir.

 Mudah-mudahan (kerana sebab itu) Allah akan mengangkat darjatmu daripada berzikir yang lalai kepada zikir yang sedar”. 


Rujuk Syarah Hikam al-Ataiyyah hal. 55
 
Contohnya, 

seseorang yang berzikir kalimah tayyibah

 (لا إله إلا الله)

 sebanyak 100 kali.

 Jika hatinya mula dengan lalai, mungkin sahaja pada kali ke-89, Allah campakkan kesedaran dan hadir hati. 

Ini lebih baik daripada tidak berzikir langsung.


 Asalnya, seseorang yang berzikir itu tetap beroleh pahala walaupun tidak mengetahui maknanya, tetapi adalah lebih baik dan meninggalkan kesan pada hati, jika kita dapat mengkaji makna dan menghayatinya.
 
Daripada Jabir bin Abdullah  RA, sabda Rasulullah SAW:
 
أَفْضَلُ الذِّكْرِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
 
Maksudnya: 

Sebaik-baik zikir ialah

 Lā`ilāha`illāllāh

 (Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah).
 
Hadis riwayat al-Tirmidzi, Ahmad, Ibnu Majah dan lain-lain.




WALLAHU A'LAM ..



 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.