SELAWAT AL FATIH ..
Bacaan selawat al-Fatih adalah diharuskan kerana ia adalah salah satu bentuk selawat kepada Baginda SAW dan satu bentuk doa yang baik.
Antara doa tersebut adalah memohon hidayah Allah SWT dan sentiasa dalam kebenaran.
Berikut adalah teks dan terjemahan selawat al-Fatih:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ
Ya Allah, sampaikanlah selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW yang membuka apa yang tertutup dan pengkahiran kepada yang terdahulu.
Yang menolong kebenaran dengan kebenaran dan penunjuk jalan hidayah ke jalan yang lurus.
Juga selawat dan salam kepada ahli keluarga Baginda bersesuaian dengan darjat dan kedudukan mereka yang agung.
Bacaan selawat al-Fatih diharuskan dan boleh diamalkan kerana ia mengandungi lafaz puji-pujian serta doa yang baik kepada Nabi Muhammad SAW, walaupun ia bukan daripada hadis sahih atau riwayat Nabi secara langsung.
wallahu a'lam ..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.