surah al hasyr ayat 21-24 ..

Thursday, June 4, 2026

ASMAULHUSNA ALLAH ANSWERED ALL ..



13. Ya Baarii’ – Maha Perancang
Sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 kali selama 7 hari berturut-turut, Insya Allah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.




 96. Ya Baaqy – Maha Kekal
Diamalkan zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, Insya Allah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.



21. Al Baasith
The Expander/ The Munificent

Yang Maha Melapangkan (makhluknya) / Maha Pelapang Hidup / Maha Meluaskan / Maha Melimpahkan Nikmat – Ia berkuasa memperluas dan membesarkan, iaitu memudahkan terkumpulnya rezeki bagi siapa yang diinginkan olehNya.

Fadhilat Al-Baasith

Bagi peniaga atau mereka yang mempunyai usaha-usaha lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ‘Ya Baasithu’  ini setiap hari, Insya’Allah akan dimudahkan dan murah rezeki.

Sesiapa menyebut ‘Ya Baasithu’  berulang-ulang kali sewaktu fajar dengan mendedahkan kedua-dua tapak tangannya keatas dan kemudiannya menyapu tapak tangan kemukaNya , Insya’Allah ia tidak akan perlukan bantuan orang lain.

Sesiapa menyebut ‘Ya Baasithu’  10 X sewaktu fajar dengan menadahkan kedua-dua tapak tangannya ke atas dan kemudian menyapu tapak tangan kemukanya, Allah akan mengurniakan ‘kelengkapan sempurna pada diri’ dan ia tidak perlu kepada bantuan orang lain.
 
Apabila ‘Ya Baasithu’ dibaca selesai Solat Dhuha 10 kali, Insya’Allah akan diluaskan rezeki dan ilmunya.

Sesiapa menyebut ‘Ya Baasith’ 10 X sewaktu fajar dengan menadahkan kedua-dua tapak tangannya ke atas dan kemudian menyapu tapak tangan kemukanya, Allah akan mengurniakan ‘kelengkapan sempurna pada diri’ dan ia tidak perlu kepada bantuan orang lain.


95. Al Badii’
Incomparable/ The Originator

Yang Maha Pencipta / Yang Tiada Tandingan / Tiada Tolok Banding  / Maha Pemula / Maha Pencipta Yang Baru – Yang menciptakan yang belum wujud sebelumnya, iaitu Ia membentuk segala-galanya dalam dunia ini tanpa rekaan, sehingga tidak ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu.

Fadhilat Al Badii’

Bagi mencapai sesuatu maksud, zikirkan ‘ Ya Badii’ ’ sebanyak 1200 X, InsyaAllah dalam tempoh 13 hari hajatnya akan tercapai.

Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & ingin menjayakannya, maka zikirkanlah ‘ Ya Badii’ ’ sebanyak 500 X selepas solat fardhu. Insyaallah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.

Jika merancang suatu pengembaraan atau perjalanan, amalkanlah zikir ‘ Ya Badii’ ’ ini sebelum tidur sebanyak mungkin, InsyaAllah akan diberi ilham dan petunjuk bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Sesiapa menyebut ‘ Ya Badii’ ’ 70 kali berulang-ulang, diikuti dengan doa (Ya  Allah! Dikaulah yang menjadikan segala-galanya di dunia ini). InsyaAllah kesusahannya akan hilang.

Amalkanlah zikir ‘ Ya Badii’ ’ ini sebanyak 1000 X pada setiap hari. InsyaAllah akan menghilangkan kesusahan dan kesedihan.

Jika diamalkan zikir ‘ Ya Badii’ ’ sebanyak 1000 X di antara Maghrib dan Isyak, InsyaAllah ianya akan diberi kemudahan dan meninggal sebagai seorang Mukmin.



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


27. Al Bashir
The All Seeing

Yang Maha Melihat – Ia berupaya melihat segala-galanya.

Fadhilat Al Bashir

Dizikirkan ‘Ya Bashiir’  sebanyak 100 X sebelum Solat Jumaat, Insya’Allah akan menjadikan kita terang hati & fikiran akan bertambah cerdas.

Sesiapa membaca ‘Ya Bashiir’ 100 X selepas Solat Jumaat, Allah akan memberikan kekuatan pada pandangan dan ‘Nur’ pada wajahnya.

Sesiapa menyebut ‘Ya Bashiir’ 100 X berulang-ulang antara solat fardhu dan yang utama setelah Solat Jumaat, Allah akan menjadikan dirinya mulia dikhalayak ramai.

Apabila ‘Ya Bashiir’  dibaca sebelum Solat Jumaat dimulai sebanyak 100 X, Insya’Allah hatinya akan terbuka dan selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.






Allah is Ar-Rafi (The Exalter) The One who raises whom He wills. He alone decides who will be elevated in rank and honor, according to His wisdom and decree. #




WALLAHU A'LAM ..



No comments:

Hadith Qudsi .. ALLAH haramkan kezaliman .

Sifat Zalim Diharamkan Atas Diri-Nya Di dalam sebuah Hadis Qudsi yang sahih, Allah SWT secara tegas berfirman:  "Wahai hamba-hamba-Ku!...