Monday, September 14, 2026

RAHMAT ALLAH KEPADA HAMBA NYA ..


Rahmat Allah ialah kasih sayang, belas kasihan, dan kebaikan mutlak yang Allah SWT kurniakan kepada seluruh makhluk-Nya

Diriwayatkan) Daripada ‘Umar ibn al-Khattab RA, katanya:

قدِم رَسُول الله – صلى الله عليه وسلم – بسَبْيٍ فَإِذَا امْرَأةٌ مِنَ السَّبْيِ تَسْعَى
Rasulullah SAW pulang dengan tawanan (di kalangan wanita dan kanak-kanak).
Tiba-tiba, seorang wanita dari kalangan tawanan tersebut berlari-lari (seakan mencari-cari sesuatu).

إِذْ وَجَدَتْ صَبيًا في السَّبْيِ أخَذَتْهُ فَألْزَقَتهُ بِبَطْنِهَا فَأَرضَعَتْهُ
Apabila dia bertemu dengan seorang anak kecil di kalangan tawanan tersebut, dia mengambilnya lalu merapatkannya ke perutnya dan dia terus menyusukannya.

فَقَالَ رَسُول الله – صلى الله عليه وسلم: «أتَرَوْنَ هذِهِ المَرْأةَ طَارِحَةً وَلَدَها في النَّارِ؟» قُلْنَا: لاَ وَاللهِ.
Lalu, Rasulullah SAW bertanya,

“Apa pandangan kalian.. Adakah wanita ini sanggup untuk melemparkan anaknya ke dalam api?”

Kami menjawab, ‘Tidak! Demi Allah!’

فَقَالَ: اللهُ أرْحَمُ بِعِبَادِهِ مِنْ هذِهِ بِوَلَدِهَا
Nabi SAW menjawab, “Allah jauh lebih mengasihi terhadap hamba-hambaNya berbanding ibu ini terhadap anaknya”

مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
(HR Al-Bukhari & Muslim)

No comments:

RAHMAT ALLAH KEPADA HAMBA NYA ..

Rahmat Allah ialah kasih sayang, belas kasihan, dan kebaikan mutlak yang Allah SWT kurniakan kepada seluruh makhluk-Nya Diriwayatkan) Daripa...