سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ ، وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُ لاحول ولا قوة الا بالله
Friday, September 5, 2025
WAKTU SOLAT SUNAT SUBUH / QOBLIAH
Thursday, September 4, 2025
SAYYIDUL ISTIGHFAR ..
HADITH SAHIH SELAWAT KE ATAS NABI SAW ..
“Barangsiapa yang berselawat ke atas baginda sepuluh kali ketika pagi hari dan sepuluh kali ketika petang maka dia mendapatkan syafaatnya”.
(HR. Thabrani).
Wednesday, September 3, 2025
ZIKIR BERSUMBERKAN HADITH RASULULLAH SAW TTG REZEKI ..
apabila berada di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila sukar
mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah dengan
kebenaran dhuha-Mu, keagungan-Mu, keindahan-Mu dan kekuatan-Mu,
berikanlah kepadaku apa yang Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang
saleh
DOA DGN ASMAULHUSNA AL HAYYU DAN AL QAYYUM ..
‘Al-Hayyu’ (Yang Maha Hidup) dan ‘Al-Qayyum’ (Yang Tidak Bergantung Kepada Makhluknya).
#1- Doa Tidak Akan Ditolak
عَنْ أَنَسٍ أَنَّهُ كَانَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- جَالِسًا وَرَجُلٌ يُصَلِّى ثُمَّ دَعَا اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ بِأَنَّ لَكَ الْحَمْدَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ الْمَنَّانُ بَدِيعُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ يَا حَىُّ يَا قَيُّومُ
(فَقَالَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- (لَقَدْ دَعَا اللَّهَ بِاسْمِهِ الْعَظِيمِ الَّذِى إِذَا دُعِىَ بِهِ أَجَابَ وَإِذَا سُئِلَ بِهِ أَعْطَى
Dari Anas, ia pernah bersama Rasulullah SAW yang dalam keadaan duduk lantas ada seseorang yang solat, kemudian dia berdoa,
“Allahumma inni as-aluka bi-anna lakal hamda, laa ilaha illa anta al-mannaan badii’us samaawaati wal ardh, yaa dzal jalaali wal ikram, yaa hayyu yaa qayyum.
Ertinya:
Ya Allah, aku meminta padaMu kerana segala puji hanya untukMu, tidak ada sesembahan yang berhak disembah kecuali Engkau,
Yang Banyak Memberi Kurnia,
Yang Menciptakan langit dan bumi,
Wahai Allah yang Maha Mulia dan Penuh Kemuliaan,
Ya Hayyu Ya Qayyum
(Yang Maha Hidup dan Tidak Bergantung pada MakhlukNya)”
Kemudian Nabi SAW bersabda,
“Sungguh dia telah berdoa pada Allah dengan nama yang agung di mana siapa yang berdoa dengan nama tersebut, maka akan diijabahi. Dan jika diminta dengan nama tersebut, maka Allah akan beri.”
(HR. Abu Daud, no. 1495 dan An-Nasa’i no. 1301 – Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih)
#2- Doa Ketika Dirundung Kesedihan
(عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا كَرَبَهُ أَمْرٌ قَالَ (يَا حَىُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ
Dari Anas bin Malik, ia berkata, “Nabi SAW ketika dapat masalah berat, beliau membaca:
“Yaa Hayyu Yaa Qayyum, bi rahmatika as-taghiits”
Ertinya:
Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmatMu aku minta pertolongan).”
(HR. Tirmidzi, no. 3524. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa hadis ini hasan)
#3- Doa Yang Diwasiatkan Kepada Fatimah, Puteri Rasulullah SAW
Dari Anas bin Malik r.anhu, ia berkata bahawa Nabi SAW bersabda pada Fatimah (puterinya),
“Apa yang menghalangimu untuk mendengar wasiatku atau yang kuingatkan padamu setiap pagi dan petang iaitu ucapkanlah:
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ أَبَدًا
“Ya hayyu ya qoyyum bi rahmatika astaghiis, wa as-lihlii sya’nii kullahu wa laa takilnii ilaa nafsii thorfata ‘ainin abadan”
(Ertinya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri
tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmatMu aku minta pertolongan,
perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekali pun
sekejap mata tanpa mendapat pertolongan dariMu selamanya).”
(HR. Ibnu As Sunni dalam ‘Amal Al-Yaum wa Al-Lailah no. 46, An-Nasa’i dalam Al-Kubra, 381: 570, Al-Bazzar dalam musnadnya 4/ 25/ 3107, Al-Hakim 1:545. Sanad hadis ini hasan sebagaimana dikatakan oleh Syaikh Al-Albani dalam Silsilah Al-Ahadis As-Sahihah, no. 227)
WALLAHU A'LAM ..
Monday, September 1, 2025
Sunday, August 31, 2025
Saturday, August 30, 2025
MIMPI YANG BENAR ..
- Bersyukur: Sampaikan pujian dan syukur kepada Allah SWT.
- Ceritakan kepada Orang Terpercaya: Menceritakan mimpi baik kepada orang yang disukai dan dipercaya dapat membawa kebaikan dan harapan agar mimpi tersebut menjadi kenyataan.
- Berlindung dari Hal Buruk: Jika mimpi buruk, berlindunglah kepada Allah SWT (bertaawwudz) dan jangan menceritakannya kepada orang lain.
TAKDIR ALLAH ..
- Penjelasan: Ini adalah ketentuan Allah yang dapat diubah melalui usaha dan doa (ikhtiar) manusia.
- Contoh: Seseorang boleh mencapai kejayaan dalam perniagaan hasil daripada usaha yang gigih dan doa yang berterusan.
- Penjelasan: Ini adalah ketetapan abadi Allah yang tidak dapat diubah.
- Contoh: Kematian seseorang adalah takdir mubram yang telah ditentukan dan tidak dapat diubah.
Thursday, August 21, 2025
FIRMAN ALLAH ~ QS AL HIJR 98 & 99 ..
فَسَبِّح بِحَمدِ رَبِّكَ وَكُن مِّنَ السّٰجِدينَ
maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah kamu di antara orang-orang yang bersujud (solat),
Hijr Ayat 98:
Dalilnya adalah hadith,
أَقْرَبُ ما يَكونُ العَبْدُ مِن رَبِّهِ، وهو ساجِدٌ، فأكْثِرُوا الدُّعاءَ
Keadaan yang paling hampir seseorang itu kepada Tuhan-nya adalah ketika dia sedang sujud.
Oleh itu, perbanyakkanlah doa ketika sujud.
(Hadith Riwayat Muslim: (482))
وَاعبُد رَبَّكَ حَتّىٰ يَأتِيَكَ اليَقينُ
dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal).
ZIKIR ASMAULHUSNA 3. AL MALIK ..
Yang Maha Merajai/Maha Memerintah/Maha Menguasai – Ialah Raja yang paling agung diseluruh alam, iaitu mengatur kerajaan-Nya sesuai dengan kehendak-Nya sendiri.
Fadhilat Al-Malik
Apabila dizikirkan ‘Ya Malik’ sebanyak 121 X setiap pagi atau pada waktu Zawal iaitu setelah tergelincirnya matahari;
Sesiapa menyebut ‘Ya Malik’ berulang kali,
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/10/18/fadhilat-asma-ul-husna-%e2%80%93-al-malik/
WALLAHU A'LAM ..
ZIKIR ASMAULHUSNA 23. AR RAAFI' ..
Yang Maha Meninggikan (makhluknya) / Maha Peninggi/ Maha Mengangkat / Yang Menaikkan – Yang meninggikan darjat hambaNya. Iaitu terhadap orang yang selayaknya diangkat dengan memberinya kemuliaan.
Fadhilat Ar-Raafi’
Sesiapa menyebut ‘Ya Raafi’ sebanyak 100 X berulang kali pada waktu siang dan malam, maka Allah akan meninggikan martabatnya, kekayaannya serta darjatnya.
Apabila ‘Ya Raafi’ dibaca setiap hari terutama pada malam hari sebanyak 70 X, pasti hartanya akan terpelihara daripada pencuri, perompak, penipuan dan sebagainya.
‘Ya Raafi’ dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 X, Insya’Allah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.
Sesiapa mengamalkan ‘Ya Raafi’100 X pada tengah malam ke 14 haribulan hijrah, Insya’Allah dikurniakan hidup yang sempurna dan tidak bergantung harap kepada orang lain.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
https://shafiqolbu.wordpress.com/
Wednesday, August 20, 2025
40 days starting from 21 august to 29 september 2025 ..
1. murka - 40 days
drop all ..
2. laknat - 10 days
solat sunat taubat setiap malam
3. azab - 7 days
no food just drink
4. neraka - 3 days
jgn berkata kata diam sj ..
nauzubillahimin zalik ..
Tuesday, August 19, 2025
FIRMAN ALLAH SWT .. ISLAM AGAMA YG SEMPURNA ..
Firman Allah SWT lagi:
وَمَا مِن دَآبَّةٖ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَلَا
طَـٰٓئِرٍۢ يَطِيرُ بِجَنَاحَيۡهِ إِلَّآ أُمَمٌ أَمۡثَالُكُمۚ مَّا
فَرَّطۡنَا فِي ٱلۡكِتَٰبِ مِن شَيۡءٖۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِمۡ يُحۡشَرُونَ
٣٨
“Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua-dua belah sayapnya, melainkan umat (juga) seperti kamu.
Tiadalah Kami alpakan sesuatu pun dalam al-Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan.”
[Surah al-An‘am: 38]
Firman Allah SWT:
هُوَ ٱلَّذِيٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ
بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ
وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ ٩
“Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, agar Dia memenangkannya atas segala agama meskipun orang Musyrik membenci.”
[Surah al-Saff: 9]
أَفَغَيۡرَ دِينِ ٱللَّهِ يَبۡغُونَ
وَلَهُۥٓ أَسۡلَمَ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ طَوۡعٗا وَكَرۡهٗا
وَإِلَيۡهِ يُرۡجَعُونَ ٨٣
“Maka, apakah mereka mencari agama yang lain daripada agama Allah (Islam), padahal kepada-Nya sahaja menyerahkan diri (Islam) segala yang ada di langit dan di bumi, baik secara sukarela mahupun terpaksa mengikut fitrah, dan hanya kepada Allah jua mereka dikembalikan.”
[Surah Ali ‘Imran: 83]
Firman Allah SWT:
وَلَقَدۡ كَرَّمۡنَا بَنِيٓ ءَادَمَ
وَحَمَلۡنَٰهُمۡ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ وَرَزَقۡنَٰهُم مِّنَ
ٱلطَّيِّبَٰتِ وَفَضَّلۡنَٰهُمۡ عَلَىٰ كَثِيرٖ مِّمَّنۡ خَلَقۡنَا
تَفۡضِيلٗا ٧٠
“Dan sesungguhnya,
Kami telah memuliakan anak-anak Adam (manusia),
Kami angkut mereka di daratan dan di lautan,
Kami berikan kepada mereka rezeki daripada yang baik-baik, dan
Kami melebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.”
[Surah al-Isra’: 70]
كَانَ ٱلنَّاسُ أُمَّةٗ وَٰحِدَةٗ
فَبَعَثَ ٱللَّهُ ٱلنَّبِيِّۧنَ مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ وَأَنزَلَ
مَعَهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِيَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ فِيمَا
ٱخۡتَلَفُواْ فِيهِۚ وَمَا ٱخۡتَلَفَ فِيهِ إِلَّا ٱلَّذِينَ أُوتُوهُ مِنۢ
بَعۡدِ مَا جَآءَتۡهُمُ ٱلۡبَيِّنَٰتُ بَغۡيَۢا بَيۡنَهُمۡۖ فَهَدَى
ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَا ٱخۡتَلَفُواْ فِيهِ مِنَ ٱلۡحَقِّ
بِإِذۡنِهِۦۗ وَٱللَّهُ يَهۡدِي مَن يَشَآءُ إِلَىٰ صِرَٰطٖ مُّسۡتَقِيمٍ
٢١٣
“Manusia itu ialah umat yang satu (setelah timbul perselisihan),
maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi peringatan,
dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar,
untuk
memberi keputusan antara manusia tentang perkara yang mereka
perselisihkan.
Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab,
iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata,
kerana melampau (sempadan Allah) antara mereka sendiri.
Maka, Allah memberi petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya.
Dan Allah sentiasa memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.”
[Surah al-Baqarah: 213]
Firman Allah SWT:
إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن
تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ
ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم
بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨ يَـٰٓأَيُّهَا
ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ
وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ
إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ
ٱلۡأٓخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا ٥٩
“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menunaikan segala jenis amanah kepada yang berhak menerimanya,
dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia,
(Allah menyuruh) kamu supaya menghukum dengan adil.
Sesungguhnya, Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu.
Sesungguhnya, Allah itu Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (58)
Wahai orang-orang yang beriman!
Taatilah kamu kepada Allah, taatilah Rasul-Nya dan kepada ulu al-amri (ulama’ dan umara’) antara kamu.
Kemudian, jika kamu saling berbantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.
Oleh yang demikian, perkara itu adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (59)”
[Surah al-Nisa’: 58-59]
Firman Allah SWT:
إِنَّآ أَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَٰبَ
بِٱلۡحَقِّ لِتَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ بِمَآ أَرَىٰكَ ٱللَّهُۚ وَلَا
تَكُن لِّلۡخَآئِنِينَ خَصِيمٗا ١٠٥
“Sesungguhnya, Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia menurut apa yang Allah telah wahyukan kepadamu;
dan janganlah kamu menjadi pembela (orang yang tidak bersalah) kerana (membela) orang-orang yang khianat.”
[Surah al-Nisa’: 105]
Firman Allah SWT lagi:
كِتَٰبٌ أَنزَلۡنَٰهُ إِلَيۡكَ مُبَٰرَكٞ لِّيَدَّبَّرُوٓاْ ءَايَٰتِهِۦ وَلِيَتَذَكَّرَ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَٰبِ ٢٩
“Ini
adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan keberkatan
supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran
orang-orang yang mempunyai fikiran.” [Surah Sad: 29]
Dan dinyatakan dalam ayat-ayat yang lain. Seterusnya, Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا حَكَمَ الْحَاكِمُ فَاجْتَهَدَ ثُمَّ أَصَابَ فَلَهُ أَجْرَانِ، وَإِذَا حَكَمَ فَاجْتَهَدَ ثُمَّ أَخْطَأَ فَلَهُ أَجْرٌ
“Apabila seseorang hakim menentukan keputusan,
lalu dia berijtihad dan betul, nescaya baginya dua pahala.
Namun, apabila dia menentukan keputusan, lalu dia berijtihad dan salah, maka baginya satu pahala.”
[Riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-I‘tisam bi al-Kitab wa al-Sunnah, No. 7352, dan Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Aqdiyah, No. 1716, daripada ‘Amr bin al-‘As]
Firman Allah SWT:
أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ ضَرَبَ ٱللَّهُ
مَثَلٗا كَلِمَةٗ طَيِّبَةٗ كَشَجَرَةٖ طَيِّبَةٍ أَصۡلُهَا ثَابِتٞ
وَفَرۡعُهَا فِي ٱلسَّمَآءِ ٢٤ تُؤۡتِيٓ أُكُلَهَا كُلَّ حِينِۢ بِإِذۡنِ
رَبِّهَاۗ وَيَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡأَمۡثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ
يَتَذَكَّرُونَ ٢٥
“Tidakkah kamu memerhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti sebatang pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit. (24)
Pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya.
Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka sentiasa beringat. (25)”
[Surah Ibrahim: 24-25]
Imam al-Ghazali RH menyebut dalam kitabnya, al-Iqtisad fi al-I‘tiqad:
الدِّينُ أُسٌّ والسُّلْطَانُ حَارِسٌ وَمَا أُسَّ لَهُ فَمَهْدُومٌ وَمَا لَا حَارِسَ لَهُ فَضَائِعٌ
“Agama (Islam) itu menjadi asas yang kukuh, adapun pihak yang berkuasa itu pula menjadi pengawasnya.
Suatu perkara yang tiada asasnya, pasti akan runtuh (binasa);
manakala suatu perkara yang tiada pengawasnya akan hilang.”
[Al-Ghazali, al-Iqtisad fi al-I‘tiqad, Hlm. 128]
Ayat ini bagi mentafsirkan firman Allah SWT:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ
أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ
فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن
كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ
وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا ٥٩
“Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah kamu kepada Allah,
taatilah Rasul-Nya dan kepada ulu al-amri (ulama’ dan umara’) antara kamu.
Kemudian, jika kamu saling berbantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara,
maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.
Oleh yang demikian, perkara itu adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”
[Surah al-Nisa’: 59]
Islam mewajibkan berilmu dan bertafaqquh (berilmu dengan faham urusan agama) berdasarkan
Firman Allah SWT:
۞وَمَا كَانَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ
لِيَنفِرُواْ كَآفَّةٗۚ فَلَوۡلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرۡقَةٖ مِّنۡهُمۡ
طَآئِفَةٞ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوۡمَهُمۡ إِذَا
رَجَعُوٓاْ إِلَيۡهِمۡ لَعَلَّهُمۡ يَحۡذَرُونَ ١٢٢
“Dan tidaklah sepatutnya orang-orang yang beriman itu semuanya pergi (ke medan perang).
Mengapa tidak pergi sebahagian daripada mereka (yang tinggal) untuk bertafaqquh (memperdalam pengetahuan dan kefahaman mereka tentang agama),
dan untuk memberikan peringatan kepada kaumnya (yang keluar berjuang) apabila mereka telah kembali kepadanya;
supaya mereka dapat menjaga dirinya (daripada melakukan larangan Allah dengan petunjuk-Nya).”
[Surah al-Taubah: 122]
WALLAHU A'LAM ..
https://harakahdaily.net/2024/10/islam-agama-allah-yang-sempurna-tinggi-dan-berdaulat-suatu-pandangan-terhadap-ruu-mufti/
ASMAUL HUSNA AS SALAAM ..
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 5. As Salaam Peace and Blessing Yang Maha Memberi Keamanan / Maha Penyelamat – ...
-
Selain disunnahkan untuk dibacakan pada Solat Jumaat rakaat pertama, Surah Al A’la juga mempunyai kelebihan lainnya yang sangat berguna...
-
Niat puasa sunat Isnin adalah seperti berikut: Maksudnya: Sahaja aku berniat puasa sunat hari isnin kerana Allah Taala N...
-
FIRMAN ALLAH SWT .. وَاذْكُر رَّبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً Maksudnya : Dan ingatlah Tuhan kamu di dalam diri kamu secara ren...