Monday, May 6, 2024

GANJARAN SELAWAT KE ATAS RASULULLAH SAW ..



Menurut beliau, Allah swt berfirman dalam surah Al-Ahzab, ayat 56 yang bermaksud: 
 
"Sesungguhnya Allah dan malaikat- Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad saw); 
 
wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."

 Salah satu hadis itu datang daripada Abu Hurairah ra, yang berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:
 
 "Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, nescaya Allah berselawat kepadanya 10 kali." 
 
 
(HR Muslim, Abu Daud, An-Nasai, At-Tirmidzi dan Ibnu Hibban).


Dalam satu hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
 

رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ

 
Maksudnya: 
 
Amat rugilah seseorang itu apabila disebutkan namaku tetapi dia tidak berselawat ke atasku.

Riwayat Ahmad (7451) dan al-Tirmizi (3545)

Di dalam hadith yang lain pula, Rasulullah SAW bersabda:

الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ

 
Maksudnya: 
 
Orang yang bakhil adalah orang yang apabila disebutkan namaku, maka dia tidak berselawat ke atasku.

Riwayat al-Thabrani, al-Mu’jam al-Kabir (2885)

Dengan berselawat, umat Nabi saw dapat memperoleh ganjaran pahala yang besar, rahmat Allah swt, doa daripada malaikat, kenaikan darjat dan pengampunan dosa.
 

Firman Allah SWT:

 

إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

 

Maksudnya: 

 

“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

al-Ahzab: 56


No comments:

TAUBAT INSAF DAN SIFAT SOMBONG..

Antara dalil mereka ialah firman Allah SWT: إِنَّ اللَّـهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَاءُ Maksudn...