Sunday, May 5, 2024

SOLAT SUNAT WUDU'


 
Rasulullah SAW menyebut tentang solat ini dengan sabdanya:

Sesiapa daripada kalangan Muslim yang berwuduk dan menyempurnakan wuduknya. 
 
Kemudian melakukan solat dua rakaat dengan mengadap kiblat dengan sepenuh hati pasti mendapat syurga

— Riwayat Muslim, Abu Dawud dan an-Nasa’i
 


Maksud Solat Sunat Wuduk
 
Solat Sunat Wuduk adalah solat yang dilakukan selepas mengambil wuduk. 
 
Solat sunat ini dilakukan ketika anggota wuduk mash lagi basah yakni sebaik sahaja seseorang itu selesai mengambil wuduk dan berdoa selepasnya. 
 
Ia juga dikenali sebagai Solat Syukur Wuduk. 
 
Solat Sunat Wuduk merupakan amalan sunat yang dipraktikkan oleh Rasulullah ﷺ sejurus setelah berwuduk.

Hukum Solat Sunat Wuduk

Solat sunat yang dilakukan selepas mengambil wuduk adalah Sunat Muakkad, iaitu sunat yang begitu digalakkan. 

 

Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja sama ada pada waktu siang ataupun malam, malah pada waktu-waktu yang diharamkan. 

Solat ini dilakukan selepas seseorang itu berwuduk.

 


No comments:

TAUBAT INSAF DAN SIFAT SOMBONG..

Antara dalil mereka ialah firman Allah SWT: إِنَّ اللَّـهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَاءُ Maksudn...