Tuesday, December 10, 2024

FIRMAN ALLAH SWT .. BERZIKIR LAHH ..


Sementara dari segi istilah pula zikir bermaksud mengingati Allah s.w.t. bilamana dan di mana sahaja berada dengan cara-cara yang dibolehkan oleh syarak seperti menerusi ucapan perbuatan atau dengan hati. 
 
Zikir terbahagi kepada dua sama ada
 qalbi (dalam hati) atau 
lisani (iaitu pada lafaz lidah).
 


Daripada Anas Ibn Malik RA.., beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 “Tidak ada satu kaum (kumpulan manusia) yang berhimpun untuk berzikir kepada Allah SWT; mereka tidak mahukan sesuatu apa pun dengan (himpunan zikrullah) tersebut melainkan keredaanNya, melainkan akan ada satu penyeru yang menyeru mereka dari langit dengan berkata: 

Bangunlah kamu semua dalam keadaan keampunan diberikan kepada kamu.

 Sesungguhnya kejahatan-kejahatan kamu telah ditukarkan menjadi kebaikan .



 WALLAHU A'LAM ..

No comments:

"Setiap ucapan adalah doa" ..

"Setiap ucapan adalah doa" bermaksud kata-kata yang keluar dari lisan membawa tenaga, pengaruh, dan berpotensi menjadi kenyataan. ...