Dalam pada itu, Rasulullah SAW amat rindu untuk bertemu dengan saudaranya.
Siapakah saudaranya?
Baginda menjelaskannya dalam hadis yang panjang.
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW pergi ke kawasan perkuburan, lalu baginda SAW menyebut:
“Assalamualaikum wahai penghuni perkampungan manusia beriman.
Sesungguhnya aku insya-Allah, akan bersama-sama kamu selepas ini. Aku sangat suka agar kita dapat melihat saudara-saudaraku (ikhwanku) nanti.”
Para sahabat bertanya,
“Apakah kami bukan saudaramu wahai Rasulullah?”
Jawab baginda,
“Kamu adalah sahabat-sahabatku. Ikhwanku adalah mereka yang belum muncul lagi.”
Para sahabat bertanya,
“Bagaimana engkau boleh mengenali umatmu yang belum muncul lagi wahai Rasulullah?”
Jawab Rasulullah SAW,
“Apakah kamu dapat melihat, jika seorang lelaki mempunyai kuda berbulu putih di dahi dan kakinya, dan ia berada dalam kelompok kuda-kuda hitam, apakah tuannya dapat mengenali kudanya?”
Jawab para sahabat:
“Sudah pasti (tuannya dapat mengenali kudanya) wahai Rasulullah.”
Nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya mereka akan datang (pada hari kiamat) dengan bercahaya kerana berwuduk. Aku akan mengetuai mereka ke telaga al-Haudh.”
“Ketahuilah!
Terdapat manusia yang akan dihalau daripada telagaku sepertimana terhalaunya unta-unta yang sesat. Aku pun memanggil mereka,
‘Datanglah kamu semua.'”
Setelah itu dikatakan kepada baginda SAW,
“Sesungguhnya mereka telah menukarkan ajaranmu setelahmu (kewafatanmu).”
Maka aku pun bersabda,
‘Jauhilah! Jauhilah!'”
(HR Muslim, No. 249)
WALLAHU A'LAM ..
No comments:
Post a Comment