Thursday, February 20, 2025

SEDEKAH 360 persendian ..


 

Daripada Abu Zar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ، فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ، وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ، وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ، وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ، وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ، وَنَهْيٌ عَنِ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ، وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنَ الضُّحَى

Maksudnya:

 “Pada pagi hari,

 setiap sendi salah seorang daripada kamu memerlukan kepada sedekah. 

Maka setiap tasbih 

(Subhanallah) itu adalah sedekah, 

setiap tahmid (Alhamdulillah) itu adalah sedekah, 

setiap takbir (Allahu Akbar) itu adalah sedekah, 

menyuruh berbuat perkara yang baik adalah sedekah, 

melarang daripada perkara yang mungkar adalah sedekah.

 Dan semua itu cukup (bersedekah kepada semua sendi itu) dengan dua rakaat yang telah didirikan oleh seseorang itu daripada solat Dhuha.” 

[HR. Muslim (720)]

 

 



SEDEKAH .....

Daripada Aisyah RA, bahawasanya Rasulullah SAW berkata,
 
 “Bahawasanya diciptakan daripada setiap anak cucu Adam tiga ratus enam puluh persendian. 
Maka barang siapa yang bertakbir, bertahmid, bertasbih, beristighfar, menyingkirkan batu, duri atau tulang daripada jalan, amar ma’ruf nahi mungkar, maka akan dihitung sejumlah tiga ratus enam puluh persendian. Dan ia sedang berjalan pada hari itu, dia telah menjauhkan dirinya dari neraka”
 
 [Riwayat Muslim]


 WALLAHU A'LAM ..
 

No comments:

ZKIR 3 QUL .. SURAH .. QULHU AL FALAQ DAN AN NAS

  Barang siapa yang membacanya 3 kali pada pagi dan petang,  maka segala sesuatu akan dicukupkan untuknya.  [HR AT TIRMIDZI DAN ABU DAWUD]...