Friday, April 25, 2025

zikir yg melebihi apa shaja ,,

 


Justeru itu apabila ingin mengamalkan zikir perkara utama yang perlu dirujuk adalah hadis Baginda s.a.w. Ada tak dalam hadis,

Baginda s.a.w. telah tetapkan jumlahnya. Jika ada maka amalkanlah seperti hadis dari Abu Hurairah r.a. yang mengatakan,

“Beberapa orang fakir dari kalangan Muhajirin mendatangi Rasulullah s.a.w. dan mereka mengeluhkan,

 “Wahai Rasulullah!

 Orang-orang kaya mendapat tingkatan darjat yang tinggi dan kenikmatan abadi”.

Rasulullah bertanya, 

Apa itu?” 

“Mereka solat seperti kami, puasa seperti kami, namun ketika mereka bersedekah, kami tidak mampu bersedekah, ketika mereka membebaskan hamba, kami tidak mampu membebaskan hamba”

Lalu Rasulullah mengatakan, 

“Mahukah aku ajarkan kepada kalian suatu amalan dengannya kalian boleh menyamai orang yang telah mengalahkan kalian. 

Serta dengannya kalian boleh mendahului orang-orang setelah kalian?. 

Tidak ada seorang pun yang boleh mengalahkan mengalahkan kalian kecuali dia melakukan amalan seperti kalian”

Mereka menjawab, “Tentu ya Rasulullah!”

Rasulullah s.a.w. menjelaskan, 

“Ucapkanlah tasbih, tahmid dan takbir setelah selesai solat 33 kali.

 (ternyata orang-orang kaya juga mendengar hal tersebut dan mengamalkannya) 

Rasulullah bersabda lagi,

“Itulah keutamaan dari Allah yang diberikan kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki” 

(HR Bukhari & Muslim)

Sekiranya ingin mengamalkan lebih atau kurang itu juga tiada masalah namun jangan sesekali ditetapkan jumlah dan kadar yang wajib dibaca dan diamalkan jika tiada nas dari al-Quran dan as-Sunnah kerana ditakuti akan menjadi bid’ah. Seeloknya ikutlah sebagaimana yang dinyatakan oleh Baginda dalam hadis di atas setiap kali lepas solat.

 Dan diluar solat bacalah apa pun zikir sama ada asma al husna atau lafaz-lafaz yang lain. 


wallahu a'lam ..


No comments:

ALLAH SWT MURKA .. AN NISA' AYAT 93 ..

Surah AnNisaa'. Ayat 093.     Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Neraka Jahannam, kekal dia ...