Waktu Solat Sunat Subuh
Berbalik kepada persoalan yang diajukan di atas, bagi menjelaskan berkenaan dengan waktu melakukan solat sunat Subuh, kami datangkan beberapa nas dan pendapat para fuqaha untuk memahaminya dengan lebih lanjut.
Dalam menjelaskan waktu solat sunat Subuh, Baginda SAW melakukannya setelah azan Subuh dan jelas masuknya waktu fajar.
Ini seperti mana hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RA, sabda Nabi SAW:
فَإِذَا سَكَتَ الْمُؤَذِّنُ مِنْ صَلاَةِ الْفَجْرِ وَتَبَيَّنَ لَهُ الْفَجْرُ وَجَاءَهُ الْمُؤَذِّنُ قَامَ فَرَكَعَ رَكْعَتَيْنِ خَفِيفَتَيْنِ ثُمَّ اضْطَجَعَ عَلَى شِقِّهِ الأَيْمَنِ حَتَّى يَأْتِيَهُ الْمُؤَذِّنُ لِلإِقَامَةِ
Maksudnya:
Apabila muazzin selesai azan solat Subuh dan fajar telah nyata, muazzin pun menemui Baginda, lalu Baginda bangun bersolat sunat dua rakaat yang ringkas, kemudian Baginda mengiring atas lambung kanannya sehingga muazzin menemuinya lagi untuk iqamah.
Riwayat Muslim (736)
Selain itu di dalam hadis yang lain yang diriwayatkan oleh Abd al-Razaq,
Sabda Nabi SAW
:
لَا صَلَاةَ بَعْدَ طُلُوعِ اَلْفَجْرِ إِلَّا رَكْعَتَيْ اَلْفَجْرِ
Maksudnya; Tidak ada solat selepas terbitnya Fajar melainkan dua rakaat (Sunat) Fajar
Bulugh al-Maram (28)
Imam al-San’ani menyebut hadis di atas adalah dalil pengharaman solat sunat selepas terbitnya fajar sebelum menunaikan solat fardhu Subuh melainkan solat sunat fajar sahaja. (Lihat Subul al-Salam, 1/175)
Selain itu Imam al-Nawawi menjelaskan di dalam kitabnya bahawa pandangan ashab al-Syafi’e waktu masuk waktu solat sunat iaitu sebelum menunaikan solat fardhu dengan masuknya waktu solat fardhu itu.
(Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 4/11)
Begitu juga sepertimana yang dinukilkan oleh Imam Khatib al-Syirbini dan Syeikh Muhammad Umar al-Bantani, bahawa masuknya waktu solat sunat rawatib sebelum solat fardhu dengan masuknya waktu solat fardhu dan selepas melakukan solat fardhu.
No comments:
Post a Comment