Keutamaan Mengajak Dalam Kebaikan
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda:
مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى، كَانَ لَهُ مِنَ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ، لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا
Maksudnya:
“Barangsiapa yang menyeru (seseorang) kepada hidayah, baginya ganjaran sepertimana ganjaran orang yang mengikutinya tanpa mengurangi sedikitpun daripada ganjaran mereka (yang melakukan).”
Riwayat Muslim (2674)
Yang demikian sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَن دَعا إلى هُدًى، كانَ له مِنَ الأجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَن تَبِعَهُ، لا يَنْقُصُ ذلكَ مِن أُجُورِهِمْ شيئًا، ومَن دَعا إلى ضَلالَةٍ، كانَ عليه مِنَ الإثْمِ مِثْلُ آثامِ مَن تَبِعَهُ، لا يَنْقُصُ ذلكَ مِن آثامِهِمْ شيئًا.
Maksudnya:
“Sesiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka dia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangkan sedikit pun pahala mereka.
Dan sesiapa yang mengajak kepada kesesatan, maka dia akan menanggung dosa seperti dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangkan sedikit pun dosa mereka.”
Begitu juga pada hadith yang lain Rasulullah SAW turut bersabda:
مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ
Maksudnya:
“Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan maka dia mendapat pahala sama seperti yang melakukannya.”
Riwayat Muslim (1893)
ALLAH SWT berfirman dalam al-Quran bermaksud:
"Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat,
Kami (Allah) akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya;
dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata,
Kami beri kepadanya daripada kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan)
dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak."
(Surah ash-Shura, ayat 20)
WALLAHU A'LAM ..
No comments:
Post a Comment