Monday, March 2, 2026

AYATUL KURSI ``` SURAH AL BAQARAH 255 ..

 





Menurut Imam al-San’ani seperti ayat di bawah, ayatul kursi ini istimewa kerana dalam ayat ini ia menerangkan nama-nama dan sifat-sifat Allah. 


Ia juga merupakan syiar kebesaran Allah yang memiliki kekuasaan meliputi tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi.


وَاخْتَصَّتْ آيَةُ الْكُرْسِيِّ بِذَلِكَ لِمَا اشْتَمَلَتْ عَلَيْهِ مِنْ أُصُولِ الْأَسْمَاءِ وَالصِّفَاتِ الْإِلَهِيَّةِ، وَبِالْوَحْدَانِيَّةِ، وَالْحَيَاةِ، وَالْقَيُّومِيَّةِ، وَالْعِلْمِ، وَالْمُلْكِ، وَالْقُدْرَةِ، وَالْإِرَادَةِ

Maksudnya:


 “Kelebihan ayat ini Kursi ini adalah disebabkan padanya terhimpun segala usul nama-nama dan sifat-sifat Allah seperti 

Wahdaniyyah

 (Maha Esa),

 al-Hayah

(Maha Hidup), 

al-Qayyumiyyah

 (Maha Kekal),

 al-‘Ilm

 (Maha Mengetahui),

 al-Mulk 

(Maha Menguasai),

 al-Qudrah 

(Maha Berkuasa) 

dan juga al-Iradah

 (Maha Berkehendak)”.

 
[Lihat: Subul al-Salam, 297/1]




1. Dijanjikan Syurga

Sesiapa yang mengamalkan ayatul kursi selepas setiap kali solat fardhu, Allah menjanjikannya syurga. Ini adalah berdasarkan hadis berikut;

Daripada Abi Umamah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ، إِلَّا الْمَوْتُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardhu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati”. 

[Riwayat al-Thabarani di dalam Mu’jam al-Kabir (7532)] [Riwayat al-Nasa’ie di dalam al-Sunan al-Kubra (9848)][Hadith ini dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban]

2. Ayat Pelindung Diri Sebelum Tidur

Seperti yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a dalam riwayat al-Bukhari, syaitan tidak akan berani mendekati mereka yang membaca ayatul kursi sebelum tidur.

Oleh itu, kita digalakkan untuk membaca ayat ini sebelum tidur untuk melindungi diri daripada gangguan syaitan. 

3. Melindungi Rumah

“Sesungguhnya, seorang yang membaca ayat Kursi setiap kali masuk ke rumahnya, maka syaitan akan keluar dari rumah tersebut.”

 (Tafsir Ibn Kathir)

4. Terpelihara Dari Bala Bencana & Gangguan Syaitan

Dalam hadith-hadith Nabi,
 (Bukhari, Muslim dan lain-lainnya) diterangkan bahawa Ayatu’l-Kursi”

 ialah Penghulu ayat-ayat Al-Quran,

 dan sesiapa yang mengamalkannya akan terpelihara ia dari bala bencana dan dari gangguan syaitan, serta mendapat pahala yang besar.


AYATUL KURSI 



WALLAHU A'LAM ..


No comments:

DOA DARI AL QURAN .. KESAH NABI ZAKARIA as. DAN NABI YUSUF as.

 Ayat Rabbi la tazarni fardan  (رَبِّ لَا تَذَرْنِيْ فَرْدًا)  bermaksud:  "Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang d...