Monday, April 29, 2024

Amalan mendapat ganjaran haji dan umrah SEMPURNA..


Kami mulakan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik R.Anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ، ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ، كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ، تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ

Maksudnya: “Sesiapa yang solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga terbit matahari, kemudian solat sunat dua rakaat, maka baginya pahala haji dan umrah yang sempurna, (pahala haji dan umrah) yang sempurna, (pahala haji dan umrah) yang sempurna.”

Hadith riwayat al-Tirmizi (586)







Ibnu Abbas r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ” Sesungguhnya setiap hari Allah menurunkan 120 rahmat kepada Baitullah ini. 60 rahmat untuk orang yang bertawaf, 40 rahmat untuk orang yang mengerjakan solat dan 20 rahmat untuk orang yang memandang Baitullah”.


Anas bin Malik pula mengatakan Rasulullah s.a.w bersabda “2 jenis tawaf di mana apabila seorang hamba Allah dapat melakukannya, niscaya seluruh dosanya akan diampuni seperti ketika ia dilahirkan oleh ibunya.


Dua jenis tawaf itu adalah TAWAF SETELAH SELESAI SOLAT SUBUH yang selesai bersamaan dengan terbitnya matahari dan TAWAF SETELAH SOLAT ASAR yang selesai bersamaan dengan terbenamnya matahari.” Kerana itu jika perasan, pada 2 waktu inilah bilangan jemaah yang bertawaf bertambah berlipat kali ganda berbanding sebelumnya.




Ulama’ Besar Tanah Haram, Syaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimiin (Syarh al-Mumti’, 7/407). Ia dianggap makruh dan tidak disyari’atkan (iaitu berulang-alik mengerjakan umrah dengan keluar ke tanah halal berkali-kali) dengan sekali perjalanan umrah.


Al-Hafidz alFaqih Ibn al-Qayyim (Zaad al-Ma’ad, 2/86) menghitung umrah Nabi saw hanya 4 kali dalam sejarah hidup baginda. Setiap kali kunjungan ke Mekah, baginda mengerjakan satu kali umrah sahaja.


Umrah Hudhaibiyah tahun ke 6 H

Umrah Qadhiyah tahun ke 7H

Umrah Ji’ranah tahun ke 8

Umrah terakhir pada Haji Wada’

Sebaliknya, ibadah yg diutamakan semasa umrah ialah perbanyakkan tawaf.


Dari surah al-Baqarah: 2:125: “Dan bersihkan rumahku utk orang2 yang tawaf”. Dalil Hadith: Barangsiapa yg bertawaf rumah ini (Kaabah) tujuh kali, laksana (pahala) membebaskan seorang hamba” (sahih An-Nasa’iy 2919).



Amalan mendapat ganjaran haji dan umrah SEMPURNA..

Kami mulakan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik R.Anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda: مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ ...